Top Ad unit 728 × 90

Koleksi Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia Mata Pelajaran

Koleksi Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia Mata Pelajaran medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Koleksi Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia Mata Pelajaran

Di bawah bidang pengurusan kurikulum, panitia mata pelajaran memainkan peranan penting dalam merancang pelbagai aktiviti panitia untuk membantu kemenjadian murid dalam akademik.

Panitia di sekolah mewakili setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah dan ketua panitia terdiri di kalangan guru guru mata pelajaran yang lebih berpengalaman dan lebih senior dalam mata pelajaran tersebut.

Untuk membantu pihak sekolah melaksanakan kurikulum dengan sokongan system panita yang efektif, satu surat pekeliling ikhtisas (Bilangan 4, Tahun 1986) telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan bagi menjelaskan dengan lanjut fungsi dan peranan panitia mata pelajaran di sekolah.

Antara tugas ketua panitia adalah

Mengadakan mesyuarat 4 kali setahun serta mengadakan perjumpaan-perjumpaan ‘ad-hoc’(tergempar) jika perlu untuk membincangkan masalah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran berkenaan, Membantu menyelaras kerja-kerja akademik guru-guru mata pelajaran, Menentukan penggunaan Sukatan Pelajaran yang kemas kini oleh semua guru dalam panitianya, bertanggungjawab terhadap penyediaan Rancangan Mengajar Tahunan yang diselaraskan oleh guru-guru dalam sesuatu tahun, mengkaji, memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan,bahan-bahan bacaan tambahan atau ABM yang sesuai dengan keperluan pembelajaran para murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah.

Tugas lain ketua panitia pula adalah untuk mengkaji dan menilai prestasi murid dalam setiap peperiksaan serta membuat analisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan, menyediakan dan merancang aktiviti murid dalam mata pelajaran berkenaan, membuat pemerhatian, mengambil tahu dan melaporkan kepada Penolong Kanan Satu tentang hasil kerja murid serta kelemahan/kekuatan atau masalah guru-guru dalam panitianya dan memastikan supaya bahan-bahan pengajaran serta alat-alat bantu mengajar digunakan dengan sebaik-baiknya.

Visi dan kualiti kepimpinan ketua panitia akan menentukan sejauh manakah sesebuah panitia mata pelajaran akan Berjaya dalam mewujudkan satu budaya kerja yang harmoni dan sepakat di kalangan ahli-ahli untuk memperkembangkan dan menjayakan program pengajaran mata pelajaran berkenaan di peringkat sekolah.

Berikut dikongsikan koleksi perancangan aktiviti tahunan pelbagai panitia yang boleh dilaksanakan sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah.

Aktiviti Panitia Pendidikan Moral

Aktiviti Panitia Bahasa Tamil

Aktiviti panitia kemahiran hidup

Aktiviti Panitia TMK

Aktiviti panitia Bahasa Arab

Aktiviti Panitia Bahasa Cina

Aktiviti Panitia Bahasa Melayu

Aktiviti Panitia Bahasa Inggeris

Aktiviti panitia Matematik

Aktiviti panitia sains

Aktiviti Panitia Pendidikan Islam

Aktiviti panitia Muzik

Aktiviti Panitia Sejarah

Aktiviti panitia RBT

In sha Allah berguna kepada rakan guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Koleksi Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia Mata Pelajaran appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Koleksi Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia Mata Pelajaran

Koleksi Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia Mata Pelajaran merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Koleksi Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia Mata Pelajaran atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Koleksi Perancangan Aktiviti Tahunan Panitia Mata Pelajaran Reviewed by Unknown on 7:42 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.