Top Ad unit 728 × 90

Kertas Kerja dan Bahan Minggu Transisi 2021

Kertas Kerja dan Bahan Minggu Transisi 2021 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Kertas Kerja dan Bahan Minggu Transisi 2021

Antara program pertama yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah di awal tahun adalah program minggu transisi murid tahun 1. Program Transisi bertujuan untuk membantu pelajar baru menghadapi perubahan dalam keadaan transisi dan pendidikan tidak formal di rumah atau di PraSekolah ke arah pendidikan yang lebih formal di tahun 1 sekolah rendah.

Program ini memastikan semua pelajar tahun 1 yang datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yg berbeza memulakan proses pembelajaran mereka di tahun 1 yang sama. Ia dirancang supaya proses pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan dalam masa yang sama pelajar dapat mengikuti pembelajaran dalam suasana yang gembira. Program ini dijalankan selama 2 minggu dan pelbagai aktiviti secara individu atau kumpulan dijalankan.

Pelajar berpeluang merasai pengalaman baru berada dalam kawasan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif tersedia untuk mereka. Mereka diajar menyanyi pelbagai lagu yang berkaitan dengan sekolah , negeri dan negara. Mereka juga diberi peluang mengambil bahagian dalam acara sukanika yang dirancang untuk mereka.

Program Transisi Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama.

Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid-murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran  secara formal di Tahun Satu.

Antara matlamat Program Transisi  Tahun Satu ialah :

  1. Membimbing murid melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara formal.
  2. Menyediakan dan membantu murid-murid menyesuaikan diri dengan situasi persekitaran, guru-guru dan kawan-kawan baru dalam masa yang singkat.
  3. Menarik minat murid untuk berasa seronok untuk datang ke sekolah untuk belajar.

Bagi kegunaan tahun 2020 pula, boleh rujuk di sini untuk minggu transisi dan guru penyayang 2020.

Kertas Kerja Minggu Transisi Tahun 1 2021

Jadual Mengikut Hari dan Minggu Program Transisi Tahun 1 2021

Modul Transisi Murid Tahun 1

Modul latihan transisi tahun 1 2021

Berikut pula adalah jadual dan contoh modul program transisi seperti contoh cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan.

Jadual Transisi Tahun 1

Modul Program Transisi Tahun 1

Selamat bertransisi cikgu.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

The post Kertas Kerja dan Bahan Minggu Transisi 2021 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Kertas Kerja dan Bahan Minggu Transisi 2021

Kertas Kerja dan Bahan Minggu Transisi 2021 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Kertas Kerja dan Bahan Minggu Transisi 2021 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Kertas Kerja dan Bahan Minggu Transisi 2021 Reviewed by Unknown on 11:16 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.