Top Ad unit 728 × 90

Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tahun 2018

Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tahun 2018 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

 

Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tahun 2018. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mohon perhatian khususnya kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana dan Kedoktoran pada tahun ini (Tahun 2018), Bahagian Tajaan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia akan menawarkan Program Penajaan iaitu Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) yang dijangka akan dibuka pada Februari 2018.

BAGI TAHUN 2018, KPM membuka permohonan penajaan/Cuti Belajar kepada PPP untuk melanjutkan pengajian dalam bidang dan pengkhususan berdasarkan ketetapan dan keperluan KPM. (Sila rujuk Lampiran A – Senarai Bidang Pengajian Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tahun 2018).

PPP perlu memastikan bidang yang dimohon adalah berkaitan dengan kelayakan akademik yang telah dimiliki, kesesuaian opsyen atau pengalaman perkhidmatan serta perancangan peningkatan kerjaya pada masa akan datang. PPP juga harus mematuhi ketetapan KPM untuk mengikuti pengajian dalam dua (2) pilihan mod pengajian iaitu Mod Campuran (Kerja Kursus Dengan Disertasi/Tesis) atau Mod Penyelidikan Sepenuhnya bagi pengajian Ijazah Sarjana serta Mod Penyelidikan Sepenuhnya bagi Pengajian Ijazah Kedoktoran.

PPP yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui Sistem ePenawaran di laman sesawang KPM yang dijangka akan dibuka pada Februari 2018. (Sila rujuk LAMPIRAN B – Carta Alir Permohonan Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tahun 2018).

PPP yang berhasrat untuk memohon kemudahan penajaan/Cuti Belajar digalakkan untuk membuat persediaan dan perancangan awal termasuk mengenal pasti universiti-universiti yang menawarkan bidang pengajian yang ingin dimohon (bidang perlu selaras dengan ketetapan KPM sewaktu penawaran dibuka) dan pensyarah yang berkelayakan serta berkepakaran untuk dilantik sebagai penyelia sewaktu pengajian kelak.

KPM akan meneliti dan memilih PPP yang terbaik dan memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk dipanggil temuduga. Sehubungan itu, PPP yang berjaya dipanggil temuduga dinasihatkan untuk membuat persediaan yang baik sebelum menghadiri temuduga termasuk membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam Dalam Negara bagi peringkat Sarjana dan Kedoktoran atau Universiti terkemuka Luar Negara yang ditetapkan KPM bagi peringkat Kedoktoran berdasarkan bidang yang dimohon bagi mengelak kegagalan mendapat tempat untuk kemasukkan sesi September 2018 sekiranya berjaya ditawarkan penajaan/Cuti Belajar kelak.

Selain itu, PPP perlu menyediakan KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris untuk pengajian Dalam Negara dan Bahasa Inggeris bagi pengajian Luar Negara) yang berkualiti dan ASLI bersesuaian dengan bidang yang dimohon beserta SLAID pembentangan untuk diserahkan kepada BT dan dibawa semasa sesi temuduga.

PPP yang berjaya temuduga akan menerima Surat Tawaran Bersyarat dan WAJIB menghadiri Program Persediaan bagi suatu tempoh yang akan ditentukan oleh pihak KPM serta LULUS ujian bertulis yang diadakan semasa Program Persediaan tersebut. Kegagalan PPP untuk menghadiri Program Persediaan berkenaan boleh mengakibatkan penawaran terbatal.

PPP yang menerima kemudahan penajaan/Cuti Belajar adalah terikat dengan kontrak perkhidmatan dan tertakluk kepada terma-terma yang terkandung di dalam perjanjian. Selain itu, PPP bertanggungjawab terhadap pengajian dan WAJIB menamatkan pengajian dalam tempoh Cuti Belajar yang diluluskan (Graduate On Time (GOT)).

Sepanjang tempoh Cuti Belajar yang diluluskan, PPP akan mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan (BT), KPM dan BT merupakan Ketua Jabatan baharu yang berperanan untuk menguruskan hal-hal perkhidmatan PPP sepanjang tempoh tersebut. Tempoh Cuti Belajar ini juga layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Selain itu, diingatkan bahawa PPP boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat (Time-Based Berdasarkan Kecemerlangan) dalam tempoh mengikuti kursus tersebut sekiranya telah memenuhi syarat dalam skim perkhidmatan berkenaan.

PPP akan kembali berkhidmat setelah tamat tempoh Cuti Belajar sekaligus perlu memanfaatkan sepenuhnya ilmu dan kepakaran yang dimiliki untuk kemajuan diri dan organisasi (pulangan ke atas pelaburan). PPP yang melapor diri akan ditempatkan ke dalam ekosistem pendidikan mengikut keperluan semasa Kementerian serta bersesuaian dengan bidang kepakaran dan kekosongan tempat bagi membolehkan KPM melaksanakan perancangan pembangunan sumber manusia secara berkesan.

 

 

Setelah memahami maklumat program penajaan/Cuti Belajar ini, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berminat perlu meneliti dan memahami syarat-syarat permohonan (rujuk Lampiran C – Syarat-Syarat Permohonan Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tahun 2018) terlebih dahulu sebelum memohon.

Untuk sebarang perkembangan terkini dan pertanyaan mengenai perkara ini, boleh layari facebook Bahagian Tajaan Pendidikan atau emel ke: epenawaran@moe.gov.my atau hubungi 03- 8321 7100/7028.

Selamat memohon tawaran ini dan semoga berjaya daripada kami, warga Sistem Guru Online. Semoga perkongsian Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tahun 2018 ini memberikan manfaat.

Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tahun 2018
Mohd Suhaimin Isnen


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tahun 2018

Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tahun 2018 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tahun 2018 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Tawaran Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) Tahun 2018 Reviewed by Unknown on 4:03 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.