Top Ad unit 728 × 90

Senarai Tempat Bercuti Sempena Cuti Sekolah Sepanjang Tahun di Malaysia

Senarai Tempat Bercuti Sempena Cuti Sekolah Sepanjang Tahun di Malaysia medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

tempat-percutian-di-malaysia

Assalamualaikum. Musim cuti sekolah sudah semestinya masa yang paling kita tunggu-tunggu. Itulah masa terbaik untuk kita bersama-sama keluarga bercuti bagi mengeratkan silaturrahim antara sesama ahli dan menenangkan fikiran. Jadi, kali ini admin SGO ingin kongsikan satu senarai panjang yang pastinya diharap dapat membantu setidak-tidaknya memberikan idea lokasi percutian anda nanti sempena cuti sekolah yang bakal tiba.

Di dalam senarai panjang ini, admin campurkan item-item dibawah dan masukkannya secara rawak. Jadi diharap ianya dapat membantu anda semua tidak kira dimana sahaja lokasi anda ingin bercuti di seluruh pelosok negara kita. Oh ya, antara item-item tersebut ialah :

  • Lokasi semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.
  • Tempat makan yang sedap.
  • Tempat peranginan dan penginapan yang hebat
  • Taman tema & pelbagai jenis muzium.
  • Air Terjun, Air Panas dan Pantai

Hebat bukan? Jom kita saksikan senarai ini.

1. Masbro Village Melaka

  • Lokasi : Negeri Melaka
  • Alamat : Lot 291, Batu 7 ½, Paya Rumput,, Jalan Paya Rumput Perdana, 76450 Melaka.
  • Nombor Telefon : 013-313 6872
  • Details : Masbro Village
  • Penerangan : Tempat penginapan lengkap pelbagai kemudahan asas rumah.

2. Taman Buaya Melaka

  • Lokasi : Negeri Melaka
  • Alamat : Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka.
  • Nombor Telefon : 06-232 2350
  • Details : Taman Buaya
  • Penerangan : Tempat rekreasi keluarga atau lawatan sekolah. Selain pertunjukan buaya, ada juga aktiviti rumah hantu, jurassic world dan taman tema.

3. Muzium Baba dan Nyonya Melaka

  • Lokasi : Negeri Melaka
  • Alamat : 48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka.
  • Nombor Telefon : 06-282 1273
  • Details : Muzium Baba & Nyonya
  • Penerangan : Muzium ini kaya dengan warisan dari segi pakaian tradisional, perabot antik dan ukiran. Sesuai sebagai tempat perlancongan keluarga dan aktiviti sekolah.

4. Menara Taming Sari

  • Lokasi : Negeri Melaka
  • Alamat : Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Menara Taming Sari
  • Penerangan : Sangat sesuai sebagai destinasi perlancongan. Dari menara ini, anda boleh melihat keindahan Bandaraya Melaka dari pandangan atas. Anda dapat melihat tempat bersejarah dan tempat menarik di sekitar Melaka.

5. Masjid Selat

  • Lokasi : Negeri Melaka
  • Alamat : Garden City 8-Storey Apartment, Jalan Merdeka, Taman Pulau Melaka, 75000 Melaka
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Masjid Selat Melaka
  • Penerangan : Suasana ketenangan dan kedamaian di Masjid Selat Melaka cukup membuatkan hati anda terusik. Lebih terasa ketenangan apabila anda bersolat di dalamnya, diselangi dan disulami hembusan bayu Selat Melaka yang pasti menenangkan jiwa.

6. Masjid Kampung Hulu

  • Lokasi : Negeri Melaka
  • Alamat : Jalan Kampung Hulu, 75200, Melacca, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 6-285 9700
  • Details : Masjid Kampung Hulu
  • Penerangan : Masjid ini dikatakan dibina oleh seorang mualaf dan hartawan berbangsa Cina yang bernama Shamsuddin bin Arom. Ia dibina dengan kebenaran Belanda bagi menggantikan masjid pertama Melaka yang dikatakan dihancurkan oleh penjajah Portugis.

7. Bustel Klebang

  • Lokasi : Negeri Melaka
  • Alamat : Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang, Melaka.
  • Nombor Telefon : 0197414113
  • Details : Bustel Klebang
  • Penerangan : Hotel yang diperbuat daripada bas ini mempunyai keunikan sendiri. Anda boleh merasai sendiri keunikan hotel ini. Bas yang trpakai diubahsuai menadi bilik hotel yang mewah.

8. Upside Down House Gallery

  • Lokasi : Negeri Melaka
  • Alamat : G12&G14, Jalan Pm 7, Plaza Mahkota, 75000 Melaka, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 011-1072 2260
  • Details : Upside Down House Gallery
  • Penerangan : Anda boleh bergambar dengan suasana di dalam rumah yang tunggang terbalik. Semua peralatan samada sofa, meja makan, meja hiasan, tandas, mangkuk jamban, katil dan sekecil-kecil gelas semuanya dalam keadaan terbalik.

9. Muzium Kapal Selam

  • Lokasi : Negeri Melaka
  • Alamat : Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang, Jalan Klebang Besar, 75200 Melaka.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Muzium Kapal Selam
  • Penerangan : Apabila datang di Muzium Kapal Selam ini, pengunjung bukan sahaja boleh melawat, tetapi pengunjung juga boleh bermalam di muzium kapal selam tersebut kerana pihak muzium melaka juga mempunyai pakej tersebut.

10. Pantai Klebang

  • Lokasi : Negeri Melaka
  • Alamat : Pantai Klebang, Melaka.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Pantai Klebang
  • Penerangan : Pantai ini lebih berfokuskan kepada aktiviti santai dan lepak bersama kawan-kawan dan keluarga. Anda boleh bermain layang-layang atau bersiar-siar di tepi pantai. Pasti anda akan seronok bersama keluarga.

11. Bukit Tinggi

  • Lokasi : Pahang
  • Alamat : Bukit Tinggi, Pahang.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Bukit Tinggi
  • Penerangan : Banyak tempat menarik yang akan mencuri perhatian anda di sini. Pemandangan disini sangat menakjubkan seperti berada di luar negara. Tempat yang menarik disini seperti Colmar Tropicale Berjaya Hill, Japanese Village dan banyak lagi. Anda pasti kagum dengan pemandangan disini yang sangat cantik dan menarik.

12. Pulau Kapas

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : Pulau Kapas, Terengganu.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Pulau Kapas
  • Penerangan : Masyarakat memanggil Pulau Kapas kerana pantai pasir ini putih bagaikan kapas. Selain mempunyai pantai yang cantik dengan air laut di perairan yang jernih, pulau ini mempunyai pemandangan dasar laut yang indah.

13. Bukit Fraser

  • Lokasi : Pahang
  • Alamat : Pahang, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Bukit Fraser
  • Penerangan : Bukit ini terletak di Banjaran Titiwangsa Pahang dan suhu disini sangat sejuk iaitu mencecah 17 darjah celcius. Sangat sesuai tempat ini dijadikan tempat untuk berbulan madu bersama pasangan anda.

14. Pulau Redang

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : Pulau Redang, 21090 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Pulau Redang
  • Penerangan : Pengalaman bercuti di pulau ini sangat seronok dan destinasi seperti ini sangat sesuai untuk anda jadikan sebagai tempat percutian keluarga untuk mencari ketenangan dan juga sangat sesuai dijadikan tempat berbulan madu.

15. Pulau Pangkor

  • Lokasi : Perak
  • Alamat :  Perak, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Pulau Pangkor
  • Penerangan : Rancanglah percutian anda ke Pulau Pangkor bagi menikmati sendiri keindahan flora dan fauna. Anda boleh datang pada bila masa sahaja ke pulau ini kerana ianya terlindung dari angin kencang dan hujan lebat yang dibawa oleh angin monsun.

16. Mesra Mall Kerteh

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : Mesra Mall, Lot 6490, Jalan Kemaman-Dungun, Daerah Kemaman, 24200 Kemasik, Terengganu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 9-864 9000
  • Details : Mesra Mall Kerteh
  • Penerangan : Apabila sampai di Mesra Mall anda boleh membeli belah pelbagai barang kelengkapan diri dan fesyen. Anda juga boleh membeli belah kelengkapan rumah dan pelbagai barang di Pasaraya TMC di dalam Pusat Membeli Belah ini.

17. Simpang Mengayau Sabah

  • Lokasi : Negeri Sabah
  • Alamat : Jln Tanjung Simpang Mengayau, 89050 Kudat, Sabah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Simpang Mengayau
  • Penerangan : Panorama disini sangat menakjubkan dan sangat cantik. Abadikan setiap kenangan anda disini dengan mengambil gambar. Disini terdapat beberapa pondok yang boleh anda duduk dan rehat sambil melihat keindahan ciptaan Tuhan yang terlajak cantik.

18. Restoran Sambal Hijau

  • Lokasi : Kuala Lumpur
  • Alamat : Lot 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-7731 2045
  • Details : Restoran Sambal Hijau
  • Penerangan : Restoran Restoran Sambal Hijau menyediakan lebih 80 jenis masakan istimewa, lauk-pauk, sayur-sayuran, ulam-ulaman berkualiti dan lazat untuk anda nikmati setiap hari. Makanan yang disediakan pasti akan membuka selera anda dan anda mempunyai banyak pilihan lauk mengikut citarasa sendiri.

19. Nasi Lemak Tepi Jalan 1996

  • Lokasi : Kuala Lumpur
  • Alamat : D1- 7, 28-G, Jalan Dutamas 1, Balakong, 43200 Cheras 9 Miles, Selangor, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-9082 0680
  • Details : Nasi Lemak Tepi Jalan 1996
  • Penerangan : Lobster dan ketam dimasak dengan sos keju. Pasti akan membuka selera anda. Harga juga sangat berpatutan. Pengunjung yang datang ke restoran ini sangat berpuas hati dengan rasa nasi lemak disini.

20. Pantai Batu Buruk

  • Lokasi : Negeri Terengganu
  • Alamat : 20400 Terengganu.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Pantai Batu Buruk
  • Penerangan : Aktiviti santai bersama keluarga sangat sesuai dilakukan di pantai ini. Anda dapat merehatkan minda dan fizikal dengan menikmati keindahan pantai dan udara yang sangat segar.

21. Pulau Warisan

  • Lokasi : Negeri Terengganu
  • Alamat : Pulau Warisan, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Pulau Warisan
  • Penerangan : Jika anda ingin berkungjung ke pulau ini disarankan datang pada waktu petang atau malam. Ini kerana pada waktu malam pulau ini persisi seperti i-City. Keindahan pula ini akan dihiasi dengan kilauan lampu yang berwarna-warni. Pemandangan ini pasti membuatkan anda akan terpukau.

22. Dataran Syahbandar Terengganu

  • Lokasi : Negeri Terengganu
  • Alamat : Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Dataran Syahbandar Terengganu
  • Penerangan : Landskap yang dibina di dataran ini dibina dengan indah sekali menyebabkan sesiapa yang berada di sini akan terpesona. Tambahan pula berhampiran dataran ini terdapat jeti untuk ke pulau-pulau di Terengganu yang dibina di tepi muara Sungai Terengganu dan berhampiran dengan Pasar Payang.

23. Nasi Dagang Kak Jah

  • Lokasi : Negeri Terengganu
  • Alamat : 1139, Jalan Pasir Panjang, Kampung Pasir Panjang, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Nasi Dagang Kak Jah
  • Penerangan : Nasinya yang lembut dan berasnya yang panjang, ikan tongkolnya yang segar dan yang istimewanya cili apinya bukan di campur sekali dalam kuah gulai nasi dagang ini. Cilinya adalah yang dijeruk dan dihidangkan sekali di atas meja makannya. Pasti anda akan berpuas hati dan ingin mencuba lagi pada masa akan datang.

24. Restoran Kuah Singgang

  • Lokasi : Negeri Terengganu
  • Alamat : 84, Jalan Tok Ku, Kampung Tok Ku, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 19-985 6133
  • Details : Restoran Kuah Singgang
  • Penerangan : Disini bukan hanya singgang ikan aya tetapi juga terdapat singgang sotong. Makan kuah singgang ini lagi menyelerakan dengan dimakan bersama ulam-ulaman dan sambal belacan. Anda pasti akan berselera dan akan berpuas hati dengan masakan di restoran ini. Selain itu, terdapat juga masakan panas disini.

25. Uptown Dapo Pata

  • Lokasi : Negeri Terengganu
  • Alamat : PT 31964, Kg.Tok Jembal, 21000 Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 60 10-800 1383
  • Details : Uptown Dapo Pata
  • Penerangan : Uptown Kontena, satu tapak bazaar niaga di tepi pantai, di mana pengunjung boleh menikmati hidangan makanan yang enak di tepi Pantai Tok Jembal sambil menghirup udara segar angin pantai. Pemandangan di sini amat cantik. Jadi jangan lupa untuk membawa kamera.

26. Maggie Telur Sotong Kak Zah

  • Lokasi : Negeri Kelantan
  • Alamat : Kampung Cherang Laut, Tawang Kelantan, 16020 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 19-997 0123
  • Details : Maggie Telur Sotong Kak Zah
  • Penerangan : Kedai makan ini berada di kawasan kampung. Jadi tidak hairanlah sepanjang perjalanan ke kedai ini mengikut waze akan melalui kawasan kampung. Walaupun kedai makan ini kecil dan tidak mewah, namun kualiti makanan sangat dijaga oleh pemilik kedai ini. Ramai yang memberi respond yang positif mengenai makanan disini.

27. Lido Corner

  • Lokasi : Negeri Kelantan
  • Alamat : 15200, Jalan Post Office Lama, 15000 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 19-959 3622
  • Details : Lido Corner
  • Penerangan : Bagi yang pertama kali berkunjung menjamu selera di sini, daging dan ayam bakar seharusnya dicampurkan colek (sos) manis bagi menjamin rasanya sebati bila makan bersama nasi dan sup. Sememangnya makan dengan pakej lengkap pasti mengundang ingatan untuk kembali buat kali keduanya.

28. Pantai Cahaya Bulan (PCB)

  • Lokasi : Negeri Kelantan
  • Alamat : Jalan Pantai Cahaya Bulan, 15350 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Pantai Cahaya Bulan
  • Penerangan : Jika anda membawa anak-anak ke pantai ini, mereka boleh bermain layang-layang. Angin yang kuat di pantai ini sangat sesuai untuk bermain layang-layang. Disini juga ada menjual layang-layang. Pada hujung minggu, pantai ini akan dipenuhi oleh pengunjung samada dalam atau luar negeri.

29. Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh

  • Lokasi : Perak
  • Alamat : 43-45, Jalan Ali Pitchay, Taman Jubilee, 31650 Ipoh, Perak, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 5-254 4318
  • Details : Nasi Lemak Ayam Kampung Ipoh
  • Penerangan : Restoran ini bukan sekadar menawarkan nasi lemak ayam kampung paling sedap di Ipoh, tetapi pelbagai lagi menu lain yang sedap dan unik boleh didapati di sini. Pelanggan akan disambut oleh belut hidup di dalam akuarium.

30. Restoran Singgang Budu

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : 20300 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 012-9668584
  • Details : Restoran Singgang Budu
  • Penerangan : Antara menu tradisional masakan negeri ini ialah nasi putih, ikan singgang, ikan panggang, ikan goreng, ayam kampung goreng, ulam – ulaman dan budu serta dua menu istimewa iaitu lidah lembu goreng dan laksa singgang.

31. Pasar Besar Kedai Payang

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : 20000, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Pasar Besar Kedai payang
  • Penerangan : Uniknya pasar ini adalah daripada segi namanya yang dikatakan diperolehi daripada nama sejenis perahu yang sering digunakan oleh nelayan di negeri Terengganu sejak dahulu lagi iaitu perahu payang. Hasil tangkapan ikan oleh nelayan akan dijual di pasar ini yang kemudiannya terus mendapat nama Pasar Payang atau orang Terengganu panggil Kedai Payang.

32. Masjid Terapung Terengganu

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : Kuala Ibai, 20400, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 9-617 4867
  • Details : Masjid Terapung Terengganu
  • Penerangan : Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung ini merupakan salah satu masjid tercantik di Terengganu dan menjadi mercu tanda Bandar Kuala Terengganu dan Negeri Terengganu.Keindahan seni bina masjid ini menarik ramai pengunjung untuk berkunjung dan menunaikan solat di sini.

33. Masjid Kristal Kuala Terengganu

  • Lokasi : Negeri Terengganu
  • Alamat : Pulau Wan Man, 21000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 9-627 1111
  • Details : Masjid Kristal
  • Penerangan : Anda dapat melihat keindaan binaan masjid ini yang diperbuat daripada kaca, kristal dan keluli. Binaan masjid ini sangat cantik dan lain daripada masjid yang lain. Kedudukan masjid ini di atas sungai menambahkan lagi keindahan masjid ini seolah-ola terapung di permukaan air.

34. Keropok Lekor Kampung Losong

  • Lokasi : Negeri Terengganu
  • Alamat : Kampung Losong, Kuala Terengganu.
  • Nombor Telefon : 06-232 2350
  • Details : Keropok Lekor Kampung Losong
  • Penerangan : Keropok Lekor Kampung Losong dikenali ramai kerana bentuknya yang kecil iaitu sepanjang 12.7 cm. Bentuknya inilah yang membezakan Keropok Lekor Kampung Losong dengan yang lain. Selain itu, rasa ikan yang asli juga memberikan rasa keropok lekor disini sangat sedap dan menjadi pilihan orang ramai apabila sampai di Negeri ini.

35. Kedai Makan Nasi Kuning

  • Lokasi : Negeri Kelantan
  • Alamat : Lot2577 Jalan Lebuh Raya, Gual Tinggi, 17200 Rantau Panjang, Kelantan, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 14-500 3339
  • Details : Kedai Makan Nasi Kuning
  • Penerangan : Nama menu yang agak pelik bukan? Nasi Kuning Khoumok merupakan nasi kuning yang dimasak bersama rempah-ratus ciptaan sendiri dan dihidangkan bersama air lada dan lauk ayam goreng ataupun gulai. Anda perlu mencubanya sendiri bagi merasakan kelainan makanan ini dan pastinya sangat sedap.

36. Restoran ZZ Sup Tulang

  • Lokasi : Negeri Johor
  • Alamat : 20, Jalan Petri 5/1, Kampung Bahru, 80100 Johor Bahru, Johor, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 7-224 0417
  • Details : Restoran ZZ Sup Tulang
  • Penerangan : Mee Rebus Tulang di sini mempunyai satu rasa yang unik dan sangat sedap. Kuahnya bukan sahaja pekat tapi penuh dengan rasa rempah-rempah istimewa. Rasa pada kuahnya sangat pekat dengan rasa daging yang seolah-olah ianya telah dimasak begitu sebati. Daging pada tulangnya juga amat lembut dan sesuai menjadi pelengkap bagi kuah Mee Rebus.

37. Muzium Hantu Georgetown

  • Lokasi : Negeri Pulau Pinang
  • Alamat : 57, Lebuh Melayu, George Town, 10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 4-312 3123
  • Details : Muzium Hantu
  • Penerangan : Ini adalah muzium hantu yang pertama di Malaysia yang menyediakan 13 set yang berbeza dengan 20 jenis anak patung hantu dari pelbagai negeri dan negara. Anda pasti akan teruja untuk melihat pelbagai jenis hantu yang wujud di muka bumi ini. ( Hantu rekaan )

38. Nasi Padang Minang

  • Lokasi : Pulau Pinang
  • Alamat : 92, Jalan Transfer, George Town, 10050 George Town, Pulau Pinang, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Nasi Padang Pinang
  • Penerangan : Restoran ini akan sesak dengan pelanggan apabila tiba waktu makan tengah hari. Hal ini kerana terdapat pelbagai jenis lauk yang dihidangkan dan pastinya akan membuka selera. Yang paling menjadi kegemaran pelanggan di sini adalah ayam goreng bercili dan sambal hijau yang dapat memikat selera siapa sahaja yang merasakannya.

39. Roti Canai Kayu Arang

  • Lokasi : Negeri Melaka
  • Alamat : lot 459 kg bakar batu mukim, 75350 Bachang, Malacca, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 16-661 2434
  • Details : Roti Canai Kayu Arang
  • Penerangan : Gerai ini begitu terkenal dengan makanan pagi dan makanan traditional yang biasa kita makan di waktu pagi seperti, roti canai, roti tampal dangdut (telur ayam separuh masak) dan nasi lemak kukus. Menariknya, di sini semua jenis roti canainya ditebar oleh penebar roti canai wanita dan digoreng di atas dapur atau kuali yang menggunakan bakaran kayu arang.

40. Restoran Lempeng

  • Lokasi : Negeri Terengganu
  • Alamat : 11, Malaysia, Jalan Mawar 3, 21080 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 9-617 8660
  • Details : Restoran Lempeng
  • Penerangan : Antara pilihan makanan lain yang digemari ramai ialah ketupat sotong, nasi dagang, nasi minyak. Menu istimewa dan pelik disini ialah air tuak aiskrim. Menu ini perlu dicuba kerana tiada di tempat lain. Anda akan berpuas hati dengan lempeng yang dihidangkan di restoran ini.

41. Restoran Mat Binjai

  • Lokasi : Negeri Terengganu
  • Alamat : 20000, 71, Jalan Sultan Sulaiman, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Restoran Mat Binjai
  • Penerangan : Pelbagai jenis lauk tradisional Negeri Terengganu terdapat di sini. Istimewanya konsep di Restoran Mat Binjai adalah makan berhidang. Kalau anda datang bersama keluarga seramai 6 orang, nanti mereka akan datang hidang semua jenis makanan yang ada termasuk budu dan ulam-ulaman. Jangan terkejut pula tengok semua jenis makanan tu nanti.

42. Lata Sri Pulai

  • Lokasi : Negeri Johor
  • Alamat : No. 4 Kampung Melayu Raya, Jln Rizab 1, 81500 Pekan Nanas, Johor
  • Nombor Telefon : 019-328 2881
  • Details : Lata Sri Pulai
  • Penerangan : Di Lata Sri Pulai ini sebenarnya mempunyai kolam renang yang asli serta kolam buatan yang dipenuhi dengan ikan talapia. Apa yang lebih menarik ialah kita sebagai pengunjung yang menyewa di Lata Sri Pulai ini dibenarkan untuk cuba memancing ikan tersebut.

43. Paya Beach Resort

  • Lokasi : Pahang
  • Alamat : Kuala Paya, Pulau Tioman, Tioman Beach, Pahang, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 65 6733 4333
  • Details : Paya Beach Resort
  • Penerangan : Keindahan resort ini pasti akan memukau sesiapa sahaja yang bermalam di sini. Nikmati pasir putih pantai di depan resort dengan percutian eksklusif. Resort ini berada di hadapan pantai yang terbentang indah. Anda pasti berpuas hati dengan keindahan dan perkhidmatan yang ditawarkan resort ini.

44. Sun Beach Resort

  • Lokasi : Pahang
  • Alamat : Kampung Genting, Pulau Tioman, Pahang, 86807, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 9-419 7043
  • Details : Sun Beach Resort
  • Penerangan : Deretan chalet Sun Beach Resort terletak di hadapan pantai. Jarak dari Kampung Genting jeti hanya kira-kira 100 meter dan perjalanan mengambil masa 2 minit untuk sampai ke resort ini. Ianya merupakan lokasi yang sesuai untuk anda.

45. Juara Mutiara Resort

  • Lokasi : Pahang
  • Alamat : Juara Mutiara Resort, Kampung Juara, 86800 Pulau Tioman, Pahang, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 9-419 3161
  • Details : Juara Mutiara Resort
  • Penerangan : Kampung Juara adalah kampung yang sunyi dan tenang terletak di pantai timur Malaysia. Di sini terletak pantai yang paling panjang dan indah di pulau ini. Anda akan mendapati diri anda lebih menghampiri alam semula jadi dengan udara yang segar, matahari , laut , langit , pantai pasir putih segar dan pokok kelapa yang melambai-lambai.

46. Salang Sayang Resort

  • Lokasi : Pahang
  • Alamat : Pulau Tioman, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +6 09-4195020
  • Details : Salang Sayang
  • Penerangan : Kecantikan semulajadi seperti pantai yang berpasir halus, air lautnya yang jernih dan hutan yang belum tercemar membuatkan resort ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat penginapan. Banyak aktiviti yang boleh dijalankan di sini, pasti anda akan berpuas hati.

47. Pangkor Laut Resort

  • Lokasi : Perak
  • Alamat : Pangkor Laut Island, Pangkor Laut, 32200 Lumut, Perak, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 5-699 1100
  • Details : Pangkor Laut Resort
  • Penerangan : Panorama di resort ini pasti dapat memukau anda. Keselesaan pengunjung adalah keutamaan bagi resort ini. Admin pasti penginapan disini pasti menjadi penginapan yang terbaik di Pulau Pangkor. Sangat sesuai dijadikan tempat berbulan madu bagi pasangan yang baru kahwin atau tempat menyambut ulang tahun perkahwinan bagi yang dah lama berkahwin.

48. Pulau Tioman Pahang

  • Lokasi : Pahang
  • Alamat : Pulau Tioman, Pahang.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Pulau Tioman
  • Penerangan : Pulau ini terdiri daripada 4 kampung yang utama. Kampung Tekek yang terletak dibahagian utara pulau  merupakan kampung yang paling besar serta ramai yang mendudukinya. Selain daripada Kampung Tekek, terdapat juga Kampung Juara, Kampung Salang dan Kampung Air Batang.

49. Cameron Highland

  • Lokasi : Negeri Pahang
  • Alamat : Cameron Highland, Pahang.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Cameron Highland
  • Penerangan : Suhu di Cameron Highland adalah sekitar 25 ° C pada waktu siang dan 18 ° C pada waktu malam. Suhu seperti ini sangat sesuai untuk sayuran dan buah-buahan benua yang perlukan suhu yang rendah untuk hidup seperti strawberi.

50. Sunway Lagoon Taman Tema Air

  • Lokasi : Selangor
  • Alamat : 3, Jalan PJS 11/11, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 3-5639 0000
  • Details : Sunway Lagoon
  • Penerangan : Taman seluas 88 ekar ini dubuna 150 kaki di bawah paras laut iaitu pada tempat bekas lombong bijih timah dan kiini mempunyai 90 tarikan didalam enam taman. Taman yang dimaksudkan ini punyai keisitimewaan dari bentuk taman air, taman tema hantu, teman ekstrim, taman hidupan dan lain lain lagi.

51. Sunway Pyramid Petaling Jaya

  • Lokasi : Selangor
  • Alamat : 3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-7494 3100
  • Details : Sunway Pyramid
  • Penerangan : Sebuah bangunan besar yang mudah dibezakan dengan kepala singa besar yang berdiri mengawal pintu masuk. Reka bentuk ini menambahkan lagi keunikkan bangunan Sunway Pyramid. Anda pasti akan teruja dengan reka bentuk pusat membeli belah ini yang bukan sekadar untuk membeli belah.

52. Gold Coast Morib

  • Lokasi : Negeri Selangor
  • Alamat : PT. 294, Kawasan Kanchong Laut, Mukim Morib, 42700 Banting, Selangor, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-3850 8028
  • Details : Gold Coast Morib
  • Penerangan : Resort yang siap dibina sekitar 2011 ini mempunyai 400 buah bilik penginapan yang terdiri daripada jenis studio yang berkatil 1 atau 2, apartmen berbilik dan juga penhouse. Harga bilik disini berbeza mengikut jenis dan masa percutian. Kebiasaanya musim cuti sekolah dan hujung minggu lebih mahal.

53. Genting Highland

  • Lokasi : Pahang
  • Alamat : Genting Highlands, 69000 Genting Highlands, Pahang, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-2718 1118
  • Details : Genting Highland
  • Penerangan : Genting Highland boleh dianggap seperti Las Vegas. Bezanya Las Vagas di kawasan gurun manakala genting highland di kawasan tanah tinggi. Anda juga boleh memilih untuk bermalam disini kerana banyak hotel terkemuka terdapat di Genting Highland. Jika mahu melihat suasana malam di sini bolehlah menyewa hotel yang disediakan mengikut kemampuan.

54. Restoran By T Laksam

  • Lokasi : Negeri Kelantan
  • Alamat : Jalan Raja Perempuan Zainab II, Kampung Belukar Lanjut Kumumin, 16100 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Restoran By T Laksam
  • Penerangan : Selain dari laksam , pengunjung juga boleh membuat pilihan untuk menikmati Laksa Kelantan Kuah Lemak, Laksa Penang dan Nasi Kerabu. Jadi sekiranya anda datang ke Kelantan jangan lupa singgah ke restoran ini yang pasti menjanjikan makanan yang sedap dan menarik.

55. Lexis Hibiscus Port Dickson

  • Lokasi : Negeri Sembilan
  • Alamat : 12th Mile, Jalan Pantai, Port Dickson, 71250 Pasir Panjang, Negeri Sembilan, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 6-660 2626
  • Details : Lexis Hibiscus Port Dickson
  • Penerangan : Nasinya yang lembut dan berasnya yang panjang, ikan tongkolnya yang segar dan yang istimewanya cili apinya bukan di campur sekali dalam kuah gulai nasi dagang ini. Cilinya adalah yang dijeruk dan dihidangkan sekali di atas meja makannya. Pasti anda akan berpuas hati dan ingin mencuba lagi pada masa akan datang.

56. KidZania Kuala Lumpur

  • Lokasi : Kuala Lumpur
  • Alamat : Curve NX, 18, Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-2203 9666
  • Details : KidZania Kuala Lumpur
  • Penerangan : Ianya adalah sebuah tempat hiburan berilmiah bagi kanak-kanak. Ia melatih supaya anak-anak dapat gambaran sebenar apa yang mereka cita-citakan. Selama ini kanak yang kecil apabila ditanya apakah cita-cita apabila mencecah umur dewasa kelak, mereka biasanya akan menjawab pilot, doktor, engineer dan sebagainya.

57. IOI City Mall

  • Lokasi : Putrajaya
  • Alamat : IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-8328 8899
  • Details : IOI City Mall
  • Penerangan : Disini terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Antaranya ialah menonton wayang, bermain ice skating, district 21 dan macam-macam lagi. Jadi, selain membeli belah anda dapat menghabiskan masa terluang dengan membuat aktiviti-aktiviti yang ada di pusat membeli belah ini.

58. Avillion Port Dickson

  • Lokasi : Negeri Sembilan
  • Alamat : Batu 3, Jalan Pantai, Taman Dato Haji Abdul Samad, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 6-647 6688
  • Details : Avillion Hotel Port Dickson
  • Penerangan : Direka dengan seni bina sebuah perkampungan nelayan Melayu, resort ini menggabungkan budaya tradisional dengan kemewahan kontemporari. Ianya memberi tetamu peluang untuk mengalami warisan yang kaya di Malaysia sambil hidup dalam keselesaan. Hasilnya adalah suasana yang aman dan damai serta unik terhasil di mana anda boleh melarikan diri dari kesibukan bandar dan mengambil masa untuk merehatkan fizikal dan mental.

59. Kinokuniya Malaysia

  • Lokasi : Kuala Lumpur
  • Alamat : Lot 406-408 & 429-430, Level 4, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur City Centre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 3-2164 8133
  • Details : Kinokuniya Malaysia
  • Penerangan : Kedai buku ini amat menarik dan anda mampu berehat dan mentelaah buku buku di sini dengan senang hati. Terdapat kedai kopi di  Aras Mezzanine iaitu Coffee Club Xpress yang menawarkan suasana pembacaan bersama aroma kopi. Konsep kedai buku ini amat unik seumpama kedai buku di Jepun.

60. Mid Valley Mega Mall

  • Lokasi : Kuala Lumpur
  • Alamat : The Gardens South Tower, 75, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-2938 3333
  • Details : Mid Vally Megamall
  • Penerangan : Pusat membeli belah ini menjanjikan pengalaman membeli belah yang luar biasa dimana pelbagai jenis kedai iaitu kedai inovasi fashion, perabut rumah, kelengkapan rumah, kosmetik dan keperluan penjagaan kesihatan dan hiburan. Terdapat lebih daripada 400 buah kedai yang boleh anda kungjungi untuk cuci mata dan membeli belah. Di dalam pusat membeli belah ini terdapat pasaraya Metrojaya, Carrefour dan JUSCO.

61. Berjaya Times Square

  • Lokasi : Kuala Lumpur
  • Alamat : 1, Jalan Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +603 2117 3111
  • Details : Berjaya Times Square
  • Penerangan : Terletak di sisi Jalan Imbi, kompleks dengan menara berkembar 48 tingkat ini telah dibuka  pada tahun 2003. Para pengunjung yang tidak mahu meredah kesesakan lalu lintas boleh terus menaiki tren RapidKL yang berhenti di stesen Jalan Imbi. Stesen ini berada sberang jalan pusat membeli belah ini tetapi jangan bimbang kerana anda boleh melalui jejantas berbumbung yang memudahkan perjalanan anda ke Berjaya Times Square.

62. Zoo Negara Malaysia

  • Lokasi : Kuala Lumpur
  • Alamat : Jalan Ulu Kelang, Kemensah Heights, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-4108 3422
  • Details : Zoo Negara Kuala Lumpur
  • Penerangan : Terdapat lebih daripada 15 kawasan pameran haiwan untuk anda lawati iaitu dari spesies orang utan di dunia monyet, ikan tropika di taman ekologi air tawar pertama negara hinggalah kepada kodok di dunia amfibia. Anda juga boleh melihat secara dekat burung kakak tua di kawasan perlindungan burung dan mengambil gambar anda dengan ular dan kuda kecil berhampiran pintu masuk utama zoo.

63. Le Meridien Kota Kinabalu

  • Lokasi : Sabah
  • Alamat : Jalan Tun Fuad Stephens, Sinsuran, Sinsuran Kompleks, 88000 Kota Kinabalu, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 88-322 222
  • Details : Hotel Le Meridien
  • Penerangan : Hotel Le Meridien Kota Kinabalu mengungkapkan penstrukturan moden dan Bilik yang menghadap Pemandangan Laut Indah serta ruangan lobi, bilik acara dan kolam renang santai lengkap dengan acara hiburan dan makan malam inovatif.

64. Pantai Tengah Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Langkawi, Kedah.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Pantai Tengah Langkawi
  • Penerangan : Pantai Tengah sangat cantik dengan pasirnya halus dan landai sesuai untuk mandi manda. Pengalaman mandi manda di pantai ini pasti menyeronokkan dan tidak boleh dilupakan. Anda juga dapat melihat pulau tepor dengan jelas sekiranya berada di tepi pantai. Ini pasti menjanjikan pemandangan yang sangat indah dan sangat sesuai untuk mengambil gambar sebagai kenangan.

65. Oriental Village Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Burau Bay Padang Matsirat, 07000 Pantai Kok, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 4-959 1855
  • Details : Oriental Village Langkawi
  • Penerangan : Tempat ini terletak di Pantai Kok, tempatnya sangat tenang dan damai kerana terletak di kaki Gunung Mat Chincang. Di sini ada pelbagai aktiviti yang boleh dibuat, antaranya elephant adventure, tiger gallery, animal feeding dan yang paling utama adalah cable car ride. Tiket Masuk ke sini adalah percuma tetapi untuk aktiviti disini perlu dibayar. Kebiasaanya orang akan datang ke sini untuk menaiki kereta kabel bagi melihat pemandangan Langkawi.

66. Sunset Tropical Cruise

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Kedai no 3, Kampung Tasik Anak, Jalan Telok Baru, Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 4-955 3407
  • Details : Sunset Tropical Cruise
  • Penerangan : Sunset Cruises di Langkawi atau Tropical Charters Langkawi beroperasi selamat 7 malam seminggu dan ianya selalu mendapat sambutan kepada pengunjung untuk melihat matahari terbenam sambil menikmati on board BBQ Dinner feast bersama ayam, udang, ikan, daging lembu dan termasuk campuran sayur sayuran serta salad. Ianya suatu pengalaman yang baru dan menarik dan pasti tidak akan dapat di tempat lain.

67. Skytrex Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Jalan Teluk Yu, Kampung Kok, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon :  +60 19-280 5679
  • Details : Skytrex Langkawi
  • Penerangan : Skytrex ialah satu aktiviti extreme di atas pokok. Anda kena melalui halangan yang agak mencabar (boleh pilih mahu yang biasa-paling mencabar). Antara halangan tersebut termasuklah flying fox, panjat tangga, meniti kayu, meniti tali dan banyak lagi. Terdapat 3 pakej yang disediakan di Skytrex iaitu little legend adventure, eagle thrill dan island extreme. Jadi anda bolehlah pilih pakej mengikut kemampuan dan keyakinan anda.

68. Tiger! Tiger! Langkawi!

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Tiger! Tiger! Langkawi, Panthera Maximus Sdn Bhd, E.01 Oriental Village, Burau Bay07100 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : (+604) 959 4959
  • Details : ]Tiger! Tiger! Langkawi
  • Penerangan : Di pusat pameran, anda akan berjumpa dengan Pegawai yang boleh membantu anda mengumpulkan lebih banyak pengetahuan tentang harimau Malaysia. Malah, Harimau Malaysia adalah sub-spesies Harimau Indo-Cina. Anda akan lebih dekat dengan harimau Malaysia melalui pameran-pameran yang disediakan.

69. Kilim Geofores Park Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Jalan Air Hangat, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 4-959 2323
  • Details : Kilim Geoforest Park Langkawi
  • Penerangan : Projek untuk melawat Geoforest Park ini di usahakan oleh Koperasi Komuniti Kampung Kilim. Untuk menjelajah paya bakau dan juga melihat keindahan pulau-pulau ini terdapat beberapa pekej mangrove tour yang ditawarkan. Dalam perjalanan di Sungai Kilim ini anda bakal melihat spesies pokok-pokok bakau yang dikatakan berusia ratusan ribu tahun dan struktur batuan batu kapur yang sudah berusia jutaan tahun.

70. Kota A Famosa Melaka

  • Lokasi : Melaka
  • Alamat : Jalan Parameswara, Bandar Hilir, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Kota A Famosa
  • Penerangan : Melaka merupakan kotaraya penuh bersejarah. Setelah anda tiba ke  bandar raya melaka banyak senarai tempat yang anda boleh lawati disekitar kota A Famosa ini.

71. Colmar Tropicale Resort

  • Lokasi : Pahang
  • Alamat : KM 48 Persimpangan Bertingkat, Lebuhraya Karak, Bukit Tinggi, 28750 Bentong, Pahang, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 9-221 3666
  • Details : Colmar Tropical French Theme Resort
  • Penerangan : Colmar Tropical French Theme Resort adalah hotel bertaraf 4 bintang yang berkonsepkan senibina perancis dan berada betul betul di puncak Bukit Tinggi. Resort ini boleh dikatakan salah satu tempat bercuti yang terbaik di Malaysia selain ia juga amat sesuai untuk melepaskan tekanan selepas sekian lama bekerja. Resort ini mempunyai 235 bilik dan suit, 8 jenis kedai makan atau lounge dengan pelbagai jenis makanan tempatan dan antarabangsa.

72. Uptown Danau Kota

  • Lokasi : Kuala Lumpur
  • Alamat : Jalan Taman Ibu Kota, Taman Setapak Indah, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • Nombor Telefon :  +60 13-232 1696
  • Details : Uptoown Danau Kota
  • Penerangan : Pasar yang aktif sehingga lewat malam ini merupakan antara Uptown yang terawal di Ibu Kota Kuala Lumpur. Uptown ini beroperasi masih di tapak yang sama semenjak kali pertama pembukaannya dan keluasan tapak bazaar juga telah berkembang pesat.

73. Alemy Maggie Ketam

  • Lokasi : Kelantan
  • Alamat : Jln Semerak, Pekan Cherang Ruku, 16700 Cherang Ruku, Kelantan, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 12-952 4657
  • Details : Alemy Maggie Ketam
  • Penerangan :Restoran Alemy Maggi Ketam mula dibuka dari tahun 2011 lagi. Kini restoran ini sudah beroperasi lebih dari 7 tahun. Pelanggan yang datang ke sini sentiasa berterusan. Jika menjelang musim cuti umum, pastikan anda membuat tempahan makan malam terlebih dahulu kerana tiada tempat kosong yang dapat dijamin jika anda datang ‘on the spot’. Restoran Alemy Maggi Ketam dikatakan peneraju dan pencipta maggi ketam pertama di Malaysia.

74. Restoran KFC Jalan Larut

 

  • Lokasi : Pulau Pinang
  • Alamat : 52, Jalan Larut, 10300 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 19-331 0105
  • Details : KFC Jalan Larut
  • Penerangan : Restoran ini antara restoran KFC paling unik di dunia kerana ia dibina dalam bangunan kolonial tinggalan bangunan lama zaman pemerintahan kolonel British di Malaysia. Bangunan yang lama dan masih cantik ini mengekalkan rekaan lama namun sebahagian rekaan dalaman telah ditambah seperti Lampu LED dan pelbagai lagi.

75. Haji Ismail Group Langkawi (HIG)

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Jalan Pandak Mayah, Pusat Bandar Kuah, 07000 Kuah, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon :
  • Details : Haji Ismail Group HIG Langkawi
  • Penerangan : Perniagaan Haji Ismail adalah merupakan syarikat perniagaan bumiputera yang menjalankan aktiviti mengimport dan mengeksport barangan bebas cukai di Pulau Langkawi. Di antara barangan yang diimport adalah Pinggan Mangkuk, Kelengkapan Dapur, Coklat, Bagasi, Batik, Pelikat, Tuala dan sebagainya.

76. Island Horses Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Lot No. 1666, 67 & 68, Jalan Telaga 7 (Seven Wells Waterfall), Mukim Padang Matsirat, Kedah Darul Aman, 07100 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 4-959 4753
  • Details : Island Horses Langkawi
  • Penerangan : Cari pengalaman menunggang kuda di Island Horses yang pasti membuatkan anda teruja. Anda pasti akan suka dan jatuh hati dengan aktiviti ini. Di tempat lain mungkin anda tidak akan diberi peluang untuk menunggang kuda. Jadi, datanglah ke Island Horses ini.

77. Buffalo Park Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 11-1997 5113
  • Details : Buffala Park Langkawi
  • Penerangan : Anda berpeluang merasai sendiri proses pemerahan susu secara manual sekiranya anda datang pada jam 9.00 hingga 10.00 pagi. Pengunjung turut dapat merasai aktiviti lain yang disediakan seperti Buffalo riding, bergambar dengan kerbau (prop khas disediakan), farm tour, melihat proses pempasteruran susu dan perbuatan mozzarella cheese. Jadi tidak perlu pergi jauh hanya disini dapat melihat pembuatan keju.

78. Taman Lagenda Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Kuah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.  
  • Nombor Telefon :
  • Details : Taman Lagenda Langkawi
  • Penerangan : Tujuan taman lagenda langkawi dibina adalah untuk ‘menghidupkan semula’ cerita-cerita lagenda dan mitos pulau langkawi. Sangat sesuai dengan gelarannya sebagai pulau lagenda. Di sini juga ada bukit tinjau setinggi 20 kaki. Menariknya, anda boleh melihat keindahan selat kuah dan seluruh lagenda langkawi.

79. Pantai Cenang Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Pantai Cenang, 07000, Kedah, Malaysia. 
  • Nombor Telefon :
  • Details : Pantai Cenang
  • Penerangan : Bagi yang berkeluarga, Pantai Cenang juga menempatkan dua tarikan yang terkenal iaitu Underwater World Langkawi dan Muzium Laman Padi. Selain itu, Pantai Cenang menyediakan tempat untuk dilawati sekitar pantai yang mesra pelancong seperti Castaway Picnic.

80. Air Terjun Durian Perangin

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat :  07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 12-476 0403
  • Details : Air Terjun Durian Perangin
  • Penerangan : Terletak dalam Hutan Simpan Gunung Raya, Langkawi. Lokasi hutan lipur ini disempadani oleh beberapa kawasan perkampungan dengan dusun buah-buahan milik penduduk tempatan. Tarikan utama Air Terjun Durian Perangin ini adalah, ia mempunyai 14 peringkat air terjun dan batu-batannya yang unik. Ianya sesuai untuk berkelah, berehat dan aktiviti rekreasi bersama keluarga dan rakan-rakan.

81. Muzium Seni 3D

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Jalan Telaga Tujuh, 07100 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 13-509 1209
  • Details : Muzium Seni 3D
  • Penerangan : Terletak di Oriental Village, muzium yang memiliki keluasan ruang pameran hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat, terbahagi kepada sembilan zon yang meliputi ilusi optik, akuarium, safari, interaktif 1 dan 2, fantasi, klasik, zon tema Mesir, istana lama dan pemandangan serta zon Malaysia.

82. Tasik Dayang Bunting

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Kedah, Malaysia
  • Nombor Telefon : 04-959 3099
  • Details : Tasik Dayang Bunting
  • Penerangan : Tasik ini merupakan tasik air tawar yang luas melebihi keluasan 3 padang bola sepak. Tasik ini sungguh unik dan sangat cantik jika dipandang dari udara. Kedudukannya hampir dengan laut namun masih mengekalkan air tawar kerana bukit batu yang membentuk dinding memisahkan keduanya. Disebabkan tasik ini dikelilingi bukit pengunjung perlu mendaki bukit yang agak tinggi. Namun tangga dan laluan pejalan kaki selesa dibina hingga ke destinasi.

83. Hafiz Rojak

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Jalan Pantai Kok, Kampung Kok, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 12-489 2334
  • Details : Hafiz Rojak
  • Penerangan : Pelbagai makanan santai disediakan seperti rojak buah, laksa, pasembur, nasi lemak bungkus,cendol dan mee rebus. Keenakkan dan kesedapan makanan disini memang tidak dapat digambarkan. Anda perlu datang dan cuba sendiri bagi mengetahui kebenaran mengenai makanan di Hafiz Rojak yang menjadi destinasi makan wajib di Pulau Langkawi.

84. Beras Terbakar di Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Kampung Raja, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 13-492 4807
  • Details : Beras Terbakar
  • Penerangan : Kawasan beras terbakar telah dipagar sebagai tanda letaknya tapak beras terbakar. Untuk ke kawasan beras terbakar, anda perlu melalui kawasan bazar yang terdapatnya kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai barangan seperti kain batik, produk berasaskan gamat dan cenderamata. Di penghujung laluan, akan kelihatan pintu masuk ke sebuah rumah Melayu tradisional. Sebaik melepasi pintu masuk, di sebelah kiri anda akan terletaknya tapak beras terbakar.

85. Nasi Dagang Pak Malau

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 12-271 1977
  • Details : Nasi Dagang Pak Malau
  • Penerangan : Nasi Dagang Pak Malau kini menjadi salah satu menu unik sarapan pagi di Langkawi. Menggunakan resepi asli nasi dagang Terengganu, Pak Malau turut menyediakan pelbagai menu tambahan yang dimakan bersama nasi dagang istimewanya seperti gulai ikan tongkol, kurma kambing, daging kerutup, ayam kampong dan macam-macam lagi. Secara keseluruhannya semua masakan yang disediakan kat sini memang sedap dan disesuaikan dengan citarasa orang tempatan.

86. Kompleks Kraft Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Kompleks Budaya Kraf, Jalan Telok Ewa, Kuah, 07000, Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 4-959 1913
  • Details : Kompleks Kraft Langkawi
  • Penerangan : Kompleks Kraf Langkawi mempunyai dua buah Muzium iaitu Muzium Adat Istiadat Perkahwinan dan Muzium Warisan yang memaparkan budaya dan adat Perkahwinan kaum-kaum utama di Malaysia serta pameran barang-barang seperti keris-keris dan artifak-artifak lama yang mempunyai nilai dan sejarah yang tersendiri. Anda pasti akan terpegun dengan pameran yang disediakan.

87. Restoran SeaShells Laman Padi Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : The Seashells @ Laman Padi Pantai Cenang, Mukim Kedawang 07000 Langkawi Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +604-955 3581 / 82
  • Details : Restoran SeaShells Laman Padi
  • Penerangan : Restoran ini terletak betul-betul di pintu masuk Pantai Chenang. Restoran ini merupakan tarikan pengunjung untuk ke Laman Padi. Mengekalkan Suasana Kampung Melayu, restoran ini mewarisi pengaruh sawah padi yang memang simbolik kepada negri Kedah. Pasti pemadangan dan suasana restoran ini akan meningkatkan lagi selera makan anda.

88. Pantai Pasir Tengkorak

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia. 
  • Nombor Telefon :
  • Details : Pantai Pasir Tengkorak
  • Penerangan : Pantai yang berpasir putih dan airnya jernih kristal pasti akan memikat hati anda. Keindahan pantai ini akan membuatkan anda rasa terpegun. Pantai ini juga mempuyai tempat yang berbatu dimana ukiran-ukiran batu ini seperti tengkorak. Persekitaran disini sangat bersih kerana dijaga sepenuhnya oleh Jabatan Hutan Langkawi. Sangat unik dan cantik, sangat sesuai untuk abadikan kenangan anda dipantai ini dengan mengambil gambar.

89. Hutan Lipur Air Terjun Temurun

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
  • Nombor Telefon :
  • Details : Hutan Lipur Air Terjun Temurun
  • Penerangan : Sungai Temurun mempunyai air terjun yang menarik dengan ketinggian 30 meter, sesuai untuk aktiviti bermandi manda, berkelah dan berehat. Pemandangan Flora dan Fauna disini akan membuatkan anda lebih teruja. Anda pasti dapat rehatkan minda dan fizikal jika datang ke air terjun ini kerana suasana disini tenang dan jauh daripada kesibukan kota.

90. Idaman Suri Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Bangunan Idaman Suri, No. 1, Taman Seri Berlian, Kedah, 07000 Kuah, Pulau Langkawi, Malaysia.
  • Nombor Telefon :  +60 4-966 6871
  • Details : Idaman Suri
  • Penerangan : Sesiapa yang datang kesini kena berhati-hati kerana pasti semua benda yang ada di dalam ini akan memikat anda terutamanya kaum hawa. Rancang perbelanjaan sebelum datang ke sini bagi mengelakkan pembaziran dan terlebih beli barang. Walaupun murah tetapi jika beli terlalu banyak akan dikenakan cukai juga.

91. Nusantara Gamat 

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 17-207 6411
  • Details : Nusantara Gamat Langkawi
  • Penerangan : Disini ada dijual pelbagai produk gamat seperti Kapsul, minyak, ubat sapu, sabun, bam, pil, krim sabun dan pelbagai lagi. Uniknya disini dibandingkan dengan kedai gamat yang lain ialah anda dapat melihat sendiri proses membuat gamat di depan mata. Anda juga boleh mencuba untuk mencelup sendiri tangan ke dalam gamat yang sedang dimasak. Pasti anda akan terkejut kerana tangan anda tidak melecur walaupun gamat sedang dimasak.

92. Galeri Perdana Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Galeria Perdana, Kampung Kilim, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia. 
  • Nombor Telefon : +60 4-959 1498
  • Details : Galeri Perdana Langkawi
  • Penerangan : Ini adalah selaras dengan pemahaman bahawa setiap koleksi yang dipamerkan di Galeria Perdana adalah milik kerajaan dan rakyat Malaysia. Dengan tanda persahabatan dari serata dunia, pelawat dan pelancong akan menikmati peluang untuk menghargai keunikan dan kepelbagaian nilai warisan kesenian dan kebudayaan dari dalam dan luar negara.

93. Laman Padi Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 4-955 3225
  • Details : Laman Padi Langkawi
  • Penerangan : Suasana sawah padi sebenar akan dapat dirasai kerana terdapat juga orang-orang yang berada di tengah-tengah sawah padi. Pasti anda aakan teruja dengan pemandangan yang dilihat walaupun berada di atas sebuah pulau. Selain daripada melihat sawah padi, pengunjung juga akan mengenali lebih dekat jenis-jenis padi yang ada disini. Disini terdapat sebuah muzium padi yang boleh anda lawati.

94. Pulau Beras Basah Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon :
  • Details : Pulau Beras Basah
  • Penerangan : Pakej untuk ke Pulau Beras Basah biasanya sekali dengan pakej lawatan 2 pulau lain iaitu Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting. Jangan risau, jika mahu dapatkan pakej island hoping di sekitar pulau-pulau ini sangat mudah kerana hampir setiap agensi pelancongan di Langkawi menyediakan pakej lawatan dari pulau ke pulau di Langkawi dengan harga yang berpatutan.

95. Langkawi Wild Life Park

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Lot 1485, Kampung Belanga Pecah,, Jalan Ayer Hangat, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 4-966 5855
  • Details : Langkawi Wild Life Park
  • Penerangan : Bird Paradise Wildlife Park atau lebih dikenali sebagai Langkawi Wildlife Park menempatkan pelbagai jenis haiwan liar mahupun haiwan domestik yang boleh diberi makan dan dipegang. Bagi pencinta alam, tempat sebegini adalah satu tempat yang menarik untuk dilawati. Anda pasti tidak akan menyesal dan berpuas hati.

96. Gunung Raya Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Gunung Raya, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon :
  • Details : Gunung Raya Langkawi
  • Penerangan : Gunung Raya merupakan gunung tertinggi di Langkawi dengan ketinggian 881 meter dari aras laut. Gunung ini dilindungi dengan hutan hujan yang tebal dan penuh dengan flora & fauna yang menakjubkan. Trek pendakian gunung Raya bermula di Hutan Lipur Lubuk Semilang dan merupakan tempat tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama keluarga pada hujung minggu. Terdapat kemudahan bilik air, surau dan resort yang telah dibina di hutan lipur ini.

97. Telaga Harbour Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Lot 1 Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 4-959 2208
  • Details : Telaga Harbour Langkawi
  • Penerangan : Ia asalnya merupakan sebuah perkampungan nelayan yang kecil dan suram, kemudian LADA (Langkawi Development Authority) menaikkan tarafnya menjadi sebuah pelabuhan kapal layar. Selain itu, kawasan disekitarnya dijenamakan semula dengan nama Perdana Quay yang menempatkan restoran-restoran dan apartment mewah menjadikan tempat ini kelihatan mewah dan eksklusif.

98. Taman Agro Teknologi Mardi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : 1, Jalan Padang Gaong, Lubuk Semilang, Ulu Melaka Kuah, 07000, Langkawi, Kedah, 07000, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 4-953 2550
  • Details : Taman Agro Teknologi Mardi
  • Penerangan : Taman seluas 27.39 hektar ini dibuka kepada umum bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai penggunaan teknologi moden dalam industri pertanian di Malaysia. Di sini terkenal dengan ladang buah-buahan pelbagai jenis dan bercirikan komersil. Terdapat lebih 20 jenis pokok buah-buahan di sini. Antaranya ialah belimbing, mangga, cempedak, limau bali, nanas, pitaya dan banyak lagi.

99. Pantai Tanjung Rhu Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Jalan Tanjung Rhu, Tanjung Rhu, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon :
  • Details : Pantai Tanjung Rhu Langkawi
  • Penerangan : Pantai Tanjung Rhu di Langkawi ni adalah sebuah kawasan pantai yang lebih tenang dan aman berbanding Pantai Cenang. Ia dikatakan antara kawasan pantai tercantik di Pulau Langkawi dan disenaraikan di antara 100 pantai tercantik di dunia oleh gergasi media CNN. Kalau di peringkat dunia mengiktiraf pantai ini sangat cantik jadi rakyat Malaysia perlulah datang sendiri bagi melihat keindahan pantai ini.

100. Pulau Payar Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Langkawi, Malaysia.
  • Nombor Telefon :
  • Details : Pulau Payar Langkawi
  • Penerangan : Pulau Payar merupakan salah sebuah pulau yang termasuk di dalam senarai 99 buah pulau yang bertaburan di sekitar Pulau Langkawi. Jaraknya pula, kira-kira 30 kilometer dari Pulau Langkawi. Pulau ini tidak didiami oleh sesiapa kecuali kakitangan Jabatan Laut yang bertugas. Aktiviti memancing adalah dilarang sama sekali di pulau ini kerana ia telah pun digazetkan sebagai salah satu taman laut negara.

101. Aquaria KLCC 

  • Lokasi : Kuala Lumpur
  • Alamat : Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 3-2333 1888
  • Details : Aquaria KLCC
  • Penerangan : Aquaria KLCC merupakan ruangan 60,000 kaki persegi (5,600 m2) dalam 2 aras bangunan yang mempunyai 90-metre (300 kaki) terowong air bawah tanah. Aquaria KLCC menghuni lebih 250 spesis hidupan laut dan lebih 5,000 hidupan tanah yang berasal dari Malaysia dan serata dunia. Makluman Interaktif dari mesin kiosk juga membantu pemahaman mengenai ikan dan penyu.

102. Restoran Anje Nasi Beriyani Gam

  • Lokasi : Selangor
  • Alamat : 13, Jalan 15/1c, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
  • Nombor Telefon : +6013-742 8160
  • Details : Restoran Anje Nasi Beriyani Gam
  • Penerangan : Nasi Briyani Gam Johor sudah pasti agak berbeza dengan Nasi Briyani yang biasa. Nasi Briyani yang berasal dari India biasanya akan memasakkan daging ayam atau kambing terus bersama Beras Basmathi. Nasi Briyani Gam pula memasakkan Lauk berasingan dari Nasi itu sendiri. Ianya diibaratkan telah disesuaikan oleh citarasa tempatan Malaysia. Oleh itu, kombinasi antara beras basmathi dan kuah kari daging beserta sedikit keropok pasti menjamu selera kita semua.

103. All You Can Eat Durian SS2

  • Lokasi : Selangor
  • Alamat : 193, Jalan SS 2/24, SS 2, 47300 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 12-234 5619
  • Details : Durian SS2
  • Penerangan : Penggemar Durian dari Malaysia wajib singgah di gerai ini supaya dapat merasai sendiri dan bertukar pandangan dengan kaki durian yang lain kerana minat anda pasti sama dengan semua pengunjung di gerai ini. Gerai ini terletak di SS2 dan telah beroperasi selama dua tahun. Disini, anda boleh bertemu durian durian yang sedap umpamanya D78, dan raja rasa durian iaitu Musang King. Bukan setakat itu, dengan moto ‘All you can eat’ sudah pasti gerai ini menawarkan buffet bagi menjamu selera durian.

104. Kereta Kabel Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat :  Jalan Telaga Tujuh, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia
  • Nombor Telefon :  +60 4-959 4225
  • Details : Kereta Kabel Langkawi
  • Penerangan : Mengembara di kecuraman 42 darjah, sejauh 2.2 kilometer dari stesen dasar ke dua stesen gunung, walaupun angin sepoi-sepoi bahasa sudah cukup membuatkan anda gementar. Tetapi apabila anda sudah biasa dengan perasaan berada di udara, perjalanan ini akan menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan, dan mengujakan.

105. Air Terjun Telaga Tujuh Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 12-570 0104
  • Details : Air Terjun Telaga Tujuh
  • Penerangan : Air terjun ini dinamakan Telaga Tujuh kerana ianya dibentuk daripada tujuh mata air semulajadi yang mengalir ke tujuh telaga semulajadi yang berasingan. Sungai Perangin bermula di puncak Gunung Machinchang menghasilkan tujuh peringkat air terjun. Air terjun ini menghasilkan kolam-kolam semulajadi yang dikenali sebagai Telaga Tujuh.

106. Dataran Lang

 

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Kuah, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Dataran Helang
  • Penerangan : Pemandangan di dataran ini sangat menakjubkan dengan berlatar belakang gunung. Dari dataran ini, anda boleh melihat feri yang berulang-alik di teluk. Di siti juga terdapat sebuah tasik yang indah dan juga terdapat jejambat yang berbumbung. Kedudukan Dataran Helang yang strategik iaitu berdekatan dengan pantai yang cantik menjadikan ianya sangat sesuai untuk bersantai. Jika anda mahu makan malam di sini, ianya merupakan satu suasana yang menarik dengan pemandangan yang indah.

107. Kak Yan Nasi Campur

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 11-2718 7928
  • Details : Kak Yan Nasi Campur
  • Penerangan : Kak Yan Nasi Campur merupakan pilihan orang ramai untuk makan tengah hari. Ini kerana disini menyediakan pelbagai jenis lauk pauk yang pasti membuka selera anda. Lauk dihidangkan secara buffet dan ini memudahkan anda untuk memilih apa sahaja jenis lauk yang menarik perhatian untuk dimakan. Pasal harga jangan bimbang rata-rata pengungjung disini menyatakan bahawa harga makanan sangat murah.

108. Kedai Makan Rahmat

  • Lokasi : Johor
  • Alamat : Jalan Pantai, Kampung Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia
  • Nombor Telefon :  +60 7-271 1770
  • Details : Kedai Makan Rahmat
  • Penerangan : Restoran ini terletak di Kampung Pasir Putih, di antara Tanjong Puteri Golf Resort dan MMHE West Yard. Parking disini biasanya tiada masalah dan kedai ini amat menjaga kebersihannya. Hampir kesemua pengunjung restoran ke sini adalah untuk siakap goreng. Siakap di sini sebaik yang dikatakan. Segar, panas-panas, dan daging sedap dan lembut. Kemudian anda boleh mencicah ia bersama sambal petai, kacang, atau sambal belacan yang disediakan.

109. Restoran Nasi Kukus Ilham

  • Lokasi : Selangor
  • Alamat : Jalan PJU 7/16, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 14-644 2525
  • Details : Restoran Nasi Kukus Ilham
  • Penerangan : Nasi kukus ini amat popular kerana nasinya yang disiapkan dengan baik, rasa kuah kari yang kaw dan padat berserta ayam goreng berempah yang rangup. Pemilik restoran ini berasal dari Kelantan dan disebabkan itu penyediaan nasi kukus disini tipikal di Kelantan.

110. Underwater World Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 4-955 6100
  • Details : Underwater World Langkawi
  • Penerangan : Tempat ini ditubuhkan bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan memulihara hidupan akuatik kita. Ianya terbahagi kepada tiga bahagian – Hutan Hujan Tropika, Iklim Sederhana dan Sub-Antartika. Tarikan lain juga terdiri daripada teater 3D, kafeteria dan Pusat Sumber Pengetahuan. Perjalanan ke sini hanya memakan masa 10 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LIA).

111. Makam Mahsuri

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi, Kedah.
  • Nombor Telefon : +60 4-955 6055
  • Details : Makam Mahsuri
  • Penerangan : Kota Mahsuri adalah merupakan tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah. Ia terletak sekitar 12km dari Kuah dan terletak dalam kawasan kompleks Kota Mahsuri, Mukim Ulu Melaka. Cerita rakyat menyatakan Mahsuri dikuburkan di tempat dia melepaskan nafas terakhirnya selepas dia dihukum bunuh di Padang Mat Sirat.

112. Villa Rimbun Desa

  • Lokasi : Selangor
  • Alamat : Lot 22512, Lorong Belimbing, Kuang, Sg Buloh 48050, Selangor.
  • Nombor Telefon :  013-350 9705
  • Details : Villa Rimbun Desa
  • Penerangan : illa Rimbun Desa terletak di Kuang, Sungai Buloh Selangor. Ia merupakan sebuah villa mewah yang mempunyai 2 bilik tidur yang lengkap dengan penghawa dingin. Villa Rimbun Desa cuma boleh menampung sebanyak 6 orang sahaja termasuk kanak-kanak pada satu masa. Namun begitu, kemudahan BBQ boleh menampung sebanyak 10 orang jemputan termasuk kanak-kanak.

113. RJ Ayam Bakar

  • Lokasi : Sarawak
  • Alamat : 291, Jalan Abell, 93100 Kuching, Sarawak, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 82-414 797
  • Details : RJ Ayam Bakar
  • Penerangan : Ayam Penyek merupakan salah satu makanan yang popular di Sarawak selain Laksa Sarawak dan Mee Kolok. Ayam penyek ini berasal daripada masyarakat kalimantan yang sangat sinonim dengan kesedapan ayam penyek mereka. Jadi untuk merasa ayam penyek yang sedap datanglah ke RJ Ayam Bakar yang pasti memenuhi citarasa anda.

114. Dee Wana Resort

  • Lokasi : Kelantan
  • Alamat : Lot 1593, Jln Pesisir Pantai, Kg Dlm Rhu, Pachakan 16700 Cherang Ruku, Kelantan, Kg Dlm Rhu, Pachakan, 16700 Pasir Puteh, Kelantan, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 10-221 9006
  • Details : Dee Wana Resort
  • Penerangan : Resort ini berada di tepi pantai menambahkan lagi kedamaian percutian anda. Angin pantai serta lautan membiru memberi satu pemandangan yang indah. Bagi yang bercadang untuk bercuti bersama keluarga di Kelantan, resort ini merupakan pilihan yang tepat untuk dijadikan tempat penginapan keluarga. Percutian anda sekeluarga pasti akan lebih bermakna dan anda dapat rehatkan minda dan fizikal dengan lebih aman.

115. Kedai Nasi Kak Wok

  • Lokasi : Kelantan
  • Alamat : Jalan Masjid Lundang, 15150 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 19-203 9114
  • Details : Kedai Nasi Kak Wok
  • Penerangan : Kedai Nasi Kak Wok antara kedai turun temurun yang popular di Kota Bharu. Menunya simple sahaja iaitu nasi berlauk ayam goreng atau ayam gulai. Walaupun simple tetapi yang membezakannya adalah pada rasa ayam goreng berempah yang dipotong kecil-kecil dan juga rasa gulainya yang pasti membangkitkan selera. Rasa jadi lebih hebat apabila ditambah dengan sambalnya yang sangat sedap.

116. Tempurung Seaside Lodge

  • Lokasi : Sabah
  • Alamat : Kampung Tempurung, Kuala Penyu, 89740 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 88-773 066
  • Details : Tempurung Seaside Lodge
  • Penerangan : Tempurung Seaside Lodge terletak di dalam Kuala Penyu. Kira-kira 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Tempat ini dikendalikan oleh Yanti dan Frankie selama 10 tahun yang lalu. Pemandangan disini bertambah indah apabila terdapat pantai berpasir putih yang indah serta pemandangan alam yang nyaman. Walaupun agak jauh daripada Kota Kinabalu dan jalan agak tidak baik, admin pasti semua itu tidak akan terasa apabila anda melihat keindahan Kuala Penyu ini.

117. Medan Ikan Bakar Kuala Pahang

  • Lokasi : Pahang
  • Alamat : Medan Ikan Bakar Kuala Pahang, 26600 Pekan, Pahang
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Medan Ikan Bakar Kuala Pahang
  • Penerangan : Suasana yang hebat dengan pemandangan yang menakjubkan. Percaya atau tidak inilah Pekan! Ianya ibarat seperti di kawasan yang ekslusif. Kenapa tidak, makan di tepi kawasan berair ini seperti sungai dan pantai pastinya menjadi pilihan yang “high class”. Jadi mari kita terjah!

118. Bite Cafe Alor Setar

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : No. 139, Pekan Melayu, 05000 Alor Setar, Kedah.
  • Nombor Telefon : 012-500 1714
  • Details : Bite Cafe Alor Setar
  • Penerangan : Menu utama disini adalah lebih kepada ala western dan santai. Menu popular disini yang wajib dimakan ialah berasaskan meatball. Terdapat juga menu-menu western yang lain yang pasti akan membuka selera penggemar makanan ala western. Pelbagai jenis kek juga dijual di sini seperti peach cheese cake, carrot cake walnut, butterscoth dan banyak lagi.

119. The Haven Resort Hotel

  • Lokasi : Perak
  • Alamat : Persiaran Lembah Perpaduan, 31150 Ipoh, Perak
  • Nombor Telefon : 05-540 0000
  • Details : The Haven Resort Hotel
  • Penerangan : Hanya jarak sejauh 3 km dari satu lagi tempat menarik di Ipoh iaitu Lost World of Tambun, hotel mewah ini dikelilingi oleh gunung-gunung yang subur 14.2 km dari Kuil Gua Perak. Bilik-bilik moden mempunyai Wi-Fi percuma, TV berskrin rata dengan saluran kabel dan pemain DVD, serta meja, peti sejuk dan pembuat kopi. Suite 2 dan 3 bilik tidur  ini juga dilengkapi dengan ruang makan dan ruang tamu berasingan, balkoni dengan pemandangan gunung atau tasik, dan dapur lengkap atau dapur kecil.

120. Restoran Tok Nan

  • Lokasi : Perak
  • Alamat : Restoran Tok Nan 30200, Bandar Meru Raya, 31200 Ipoh, Perak
  • Nombor Telefon : 05-2375222
  • Details : Restoran Tok Nan
  • Penerangan : Kali ini kami nak tanya, anda semua pernah ke tidak makan di restoran yang menghidangkan makanan di atas dulang sambil menikmati suasana ala-ala kampung? Kali ini kami nak kongsikan, khas untuk warga Perak. Mari kita semua ramai-ramai ke Restoran Tok Nan di hadapan Bulatan Amanjaya! Tak tahu mana satu Bulantan Amanjaya? Jangan risau, google maps dan aplikasi waze kan ada. Jadi, marilah semua terjah kesini.

121. Restoran Anjung Keli

  • Lokasi : Perlis
  • Alamat : Medan Sri Pulai,, Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 19-443 3384
  • Details : Restoran Anjong Keli
  • Penerangan : Disini disediakan pelbagai jenis lauk pauk dan juga pelbagai jenis ikan bakar antaranya keli , selar, pari, haruan, terubuk dan bermacam jenis lagi. Disini juga disediakan pelbagai jenis ulam-ulaman dan 12 jenis sambal dan air asam yang pasti membuatkan anda tidak sabar untuk menjamu selera. Terhidang juga berbelas jenis kerabu termasuk kerabu tradisional yang seperti pucuk paku, kerabu pucuk selom, kerabu kaki ayam serta banyak lagi.

122. The Shore Sky Tower

  • Lokasi : Melaka
  • Alamat : The Shore Sky Tower Sdn Bhd, Tower 1, 42 & 43F, The Shore Shopping Gallery, 193, Pinggiran @ Sungai Melaka, Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka Tengah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +06 – 288 3833
  • Details : The Shore Sky Tower
  • Penerangan : Pengalaman yang menarik menanti pengunjung untuk melihat keindahan keseluruhan bandar Melaka di sini. Terletak di tingkat 43, ia adalah struktur buatan manusia tertinggi di Bandaraya Melaka dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan sehingga 50 kilometer di setiap arah.The Shore banyak menggunakan konsep dinding berkaca bagi menerapkan lagi perasaan berada di langit dan membolehkan pengunjung melihat pemandangan bawah secara menyeluruh.

123. Renaissance Hotel Johor

  • Lokasi : Johor
  • Alamat : 2, Jalan Permas 11/19, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Johor Bahru, Johor, Malaysia
  • Nombor Telefon :  +60 7-381 3333
  • Details : Renaissance Hotel Johor
  • Penerangan : Mulakan perancangan lawatan yang penuh memori di hotel 5 bintang ini. Penginapan ini berkonsep mewah, perkhidmatan persendirian dan lokasi premium yang hanya memerlukan 10 minit dari Singapura.

124. Kambing Bakar Kontena

  • Lokasi : Kelantan
  • Alamat : Kedai Warna Merah, Jalan Padang Melintang BErhampiran Stesen Shell Beris Kubur Besar, Bachok Kelantan.
  • Nombor Telefon : 017-964 8870
  • Details : Kambing Bakar Kontena
  • Penerangan : Sebut sahaja makanan seperti Satay Jawa, Cha Kuew Tiaw, Meggi Ketam, Colek Ayam dan banyak lagi pastinya mudah didapati di negeri Kelantan. Kali ini anda pasti teruja kerana tempat yang kami ingin bawa anda kali ini ialah kedai makan yang viral sekarang di media sosial iaitu kedai Kambing Bakar Kontena!

125. Tubotel Langkawi

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Kuala Cenang, 07000 Pantai Cenang, Langkawi, Kedah
  • Nombor Telefon : 014-240 7022
  • Details : Tubotel Langkawi
  • Penerangan : Tubotel ini secara ringkasnya ialah 1 tempat penginapan yang berkonsepkan pemandangan laut. Ya, cuba anda bayangkan mungkin semua bilik meempunyai pemandangan sea view yang cantik. Dengan reka cipta bilik berbentuk bulat yang dibina dari simen dan dicat cantik pasti akan membuatkan anda teruja insyaAllah.

126. Mee Udang dan Ketam Sempoii Diraja

Mee Udang dan Ketam Sempoiii Diraja

  • Lokasi : Perak
  • Alamat : 51, Lorong Sungai Choh 10, 31250 Ipoh, Perak, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 19-466 4816
  • Details : Mee Udang dan Ketam Sempoii Diraja
  • Penerangan : Restoran yang dimiliki oleh pasangan suami isteri, Mohd. Perdaus Zahari, 44, dan Noor Badariah Abu Bakar, 41, itu menawarkan pelbagai menu makanan tetapi mee udang dan ketam menjadi kegemaran pelanggannya. Pelanggangnya bukan sahaja orang tempatan malahan datang dari pelbagai negeri dan luar negara untuk merasa sendiri keunikan menu di sini.

127. Air Terjun Chamang Bentong

  • Lokasi : Pahang
  • Alamat : 28700 Bentong, Pahang, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 17-366 6223
  • Details : Air Terjun Chamang
  • Penerangan : Air Terjun Chamang ini terletak di daerah Bentong, Pahang lebih kurang 80 KM dari pusat bandar Kuala Lumpur. Cara senang untuk ke Air Terjun Chamang ni boleh ikut sahaja Lebuhraya Karak dari Kuala Lumpur. Keluar ikut susur keluar Bentong. Bila sampai di pekan Bentong, akan ada papan tanda penunjuk arah untuk ke Air Terjun Chamang.

128. Melaka Wonderland Theme Park & Resort

  • Lokasi : Melaka
  • Alamat : Lot PT17178, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Ayer Keroh, Malacca, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 6-231 3333
  • Details : Melaka Wonderland Theme Park and Resort
  • Penerangan : Taman tema ini sesuai untuk keluarga, anak-anak, remaja dan sesiapa sahaja yang inginkan keseronokkan dan pengalaman yang manis. Dari gelongsor air berkelajuan tinggi hingga ke kehijauan yang tenang, Melaka Wonderland Theme Park & Resort akan merangsang mana-mana pengunjung. Anda pasti akan teruja dan percutian menjadi sangat bermakna dan berbaloi.

129. Lava KK Burger Bakar

  • Lokasi : Sabah
  • Alamat : 88 Marketplace Austral, Kepayan Kota Kinabalu, Kota Kinabalu.
  • Nombor Telefon : +60 88-211 877
  • Details : Lava KK Burger Bakar
  • Penerangan : Lava Burger Bakar terletak di kawasan Kepayan dan agak senang untuk dilihat kerana restorannya berada di tepi jalan raya. Keunikan burger disini menjadi bualan orang dan menjadi salah sebuah restoran western yang terkenal di Kota Kinabalu.

130. Fifty4Ferns Resort

  • Lokasi : Pahang
  • Alamat : Bentong, Pahang
  • Nombor Telefon :  019-345 4284
  • Details : Fifty4Ferns Resort
  • Penerangan : Disini, ada banyak tarikan istimewa yang menjadikan tempat ini terkenal. Mungkin ada peminat memancing yang sudah lama mencari resort yang mempunyai kemudahan ini maka ia adalah satu pilihan terbaik. Jadi, disebabkan keistimewaan seperti ini maka ianya menjadi sangat terkenal.

131. Kopi O Corner

  • Lokasi : Sarawak
  • Alamat : No. 139B, Bangunan MARA, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 17-803 2842
  • Details : Kopi O Corner
  • Penerangan : Restoran Kopi O’ Corner sudah menjadi tempat kebiasaan, tumpuan dan persinggahan pelanggan yang ramai termasuk pelancong-pelancong sama ada dari dalam atau luar negara untuk menjamu selera. Restoran ini akan dibanjiri pelanggan pada setiap masa iaitu daripada waktu pagi, tengahari, petang, dan sampailah malam. Ini menunjukkan makanan yang disediakan memenuhi citarasa pelanggan.

132. Island BBQ Steamboat

  • Lokasi : Selangor
  • Alamat : Lot 3370, Jalan Kemboja U5, Kampung Melayu Subang, Selangor, 40150 Shah Alam, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 12-680 0041
  • Details : Island BBQ Steamboat
  • Penerangan : Datanglah ke Restoran ini bagi menikmati steamboat yang pasti tidak akan mengecewakan anda. Walaupun makan sepuas hati namun elakkan daripada membazir. Makan sekadar yang mampu.

133. Nasi Bukit Padang Jawa

  • Lokasi : Selangor
  • Alamat : 22, Jalan Mat Raji, Taman Baru, 40200 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Nasi Bukit Padang Jawa
  • Penerangan : Keistimewaan disini ialah berkonsepkan nasi membukit iaitu dengan kuantiti banyak tetapi harga yang mampu dibeli. Tidak hairanlah disini menjadi tumpuan pelajar di UITM Shah Alam untuk makan kerana murah. Nasi yang banyak sehingga boleh berkongsi dengan rakan yang lain. Jimat bukan? Jadi sesiapa yang ingin makan banyak tetapi mahu jimat datanglah ke kedai makan ini.

134. Kolam Air Panas Ulu Legong

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Kampung Keda Ulu Legong, 09100 Baling, Kedah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 12-476 0403
  • Details : Kolam Air Panas Ulu Legong
  • Penerangan : Taman Rekreasi ini sentiasa menjadi tumpuan orang ramai kerana kolam air panas ini di katakan dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan. Antaranya ialah dewan seminar, taman permainan kanak-kanak, kolam air panas, tempat letak kenderaan, surau, outdoor gym, tandas awam, bilik persalinan, tapak BBQ, medan selera dan banyak lagi.

135. Sungai Klah Hot Spring Park

  • Lokasi : Perak
  • Alamat : 35600, Sungai Klah Sungkai Perak, 35600 Sungkai, Perak, Malaysia
  • Nombor Telefon : +605 441 4493
  • Details : Sungai Klah Spring Park
  • Penerangan : Tempatnya yang berkonsepkan flora dan fauna sebagai salah satu faktor utama para pelancong dari pelbagai negeri datang dan merasai sendiri pengalaman mereka di sini. Tidak dapat dinafikan pemandangan sekitar Sungai Klah ni memang cantik. Sungai Klah ini bukan hanya tertumpu kepada kolam air panas saja tetapi terdapat banyak lagi tarikan yang terdapat di sini antaranya ialah taman tema air.

136. Air Terjun Jeram Pasu

  • Lokasi : Kelantan
  • Alamat : Jeram Pasu, Padang Pak Amat, 16800 Pasir Puteh, Kelantan
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Air Terjun Jeram Pasu
  • Penerangan : Untuk keluarga biasanya mungkin sesuai dikawasan luar kolam mandi iaitu kawasan berpasir. Bagi kanak-kanak pula sesuai untuk mandi di kolam yang lebih kecil iaitu di sebelah kanan. Jika sudah dewasa, maka kolam kiri sangat sesuai. Namun begitu apa yang paling menarik ialah kolam dewasa ini mempunyai 1 gelongsur air yang agak panjang. Gelongsur air ini bermula dari kawasan kolam tingkat atas kemudian terus turun ke kolam dewasa. Jika sukakan air yang dalam dan mencabar, maka lokasi kolam tingkat atas dengan air terjunnya sendiri adalah sangat berbaloi untuk dicuba.

137. Air Terjun Hutan Lipur Lata Tembakah

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : Besut, 22010, Terengganu, Malaysia
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Lata Tembakah
  • Penerangan : Hutan Lipur Lata Tembakah terletak di Jertih, Terengganu. Beberapa kemudahan disediakan seperti chalet, tapak perkhemahan, jambatan gantung, pondok informasi dan lorong pejalan kaki. Dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan, bermalam dan lain-lain aktiviti di hutan lipur, sila berhubung dengan Unit Hutan Lipur Dan Rekreasi, Ibupejabat, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung.

138. Hutan Lipur Latar Belatan & Gunung Tebu

 

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : Kampung Jabi, Besut, 22200, Terengganu, 22020 Jerteh, Terengganu
  • Nombor Telefon :  09-695 6388
  • Details : Hutan Lipur Lata Belatan dan Gunung Tebu
  • Penerangan : Disini adalah pintu masuk ke tapak perkhemahan yang di khaskan. Disini ada beberapa tapak perkhemahan yang kita boleh pilih. Walaupun tidak terlalu besar, namun ianya cukup untuk menampung bilangan kumpulan yang agak ramai. Biasanya mereka yang berkhemah di sini ialah mereka yang hendak pergi mendaki Gunung Tebu. Ya, biasanya mereka bergerak awal pagi dari tapak perkhemahan ini.

139. Seaventures Dive Rig Oil & Gas Resort

  • Lokasi : Sabah
  • Alamat : Berhampiran Pulau Mabul
  • Nombor Telefon : +60 6088251669 
  • Details : Seaventures Dive Rig
  • Penerangan : eaventures Dive Rig adalah berasal dari platform minyak dan gas yang beroperasi di lautan lepas Singapura. Setelah tamat tempoh pengoperasian, fasiliti ini telah dimodifikasi menjadi sebuah resort dan ditunda ke lautan Sabah berdekatan Pulau Sipadan.

140. Mustafa Cendol Kuantan Pahang

  • Lokasi : Pahang
  • Alamat : Jalan Teluk Sisek, Taman Selamat, 25000 Kuantan, Pahang, Malaysia.
  • Nombor Telefon :  +60 16-939 8384
  • Details : Mustafa Cendol
  • Penerangan : Disini bukan satu atau dua jenis cendol sahaja disediakan tetapi 13 jenis cendol disediakan untuk dinikmati oleh pelanggan yang datang. Antaranya ialah cendol aiskrim, cendol pulut, jagung, kacang dan macam-macam lagi. Kedai Cendol Mustafa ini telah lama bertapak disini dan 3 generasi keturunan telah menguruskan kedai cendol ini.

141. Nasi Lemak Cik Chom

  • Lokasi : Johor
  • Alamat : No 16, Jalan Kencana 1A/1, Taman Pura Kencana, 83300 Sri Gading, Batu Pahat, Johor.
  • Nombor Telefon : +60 12-707 3471
  • Details : Nasi Lemak Cik Chom
  • Penerangan : Nasi Lemak Cik Chom pernah menjadi viral di media sosial yang bertapak di Batu Pahat, Johor. Di Nasi Lemak Cik Chom menampilkan kelainan dengan menyediakan lauk yang unik. Antara lauknya ialah nasi lemak sotong king dan nasi lemak ikan siakap. Pengunjung jangan terkejut jika melihat suasana beratur panjang hingga ke luar kedai kerana itu adalah perkara biasa. Kalau tidak sedap, orang ramai tidak akan sanggup menunggu dan beratur panjang semata-mata mahu mendapatkan nasi lemak.

142. Avatar Secret Garden

  • Lokasi : Pulau Pinang
  • Alamat : 336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Avatar Secret Garden
  • Penerangan : Avatar Secret Garden taman yang dihiasi lampu-lampu yang berwarna- warni seakan akan di dalam filem avatar. Taman ini merupakan salah satu tempat yang telah di ubahsuai menjadi taman mini yang di penuhi dengan pokok-pokok yang dihiasi oleh lampu-pampu LED. Lampu-lampu ini akan bertukar warna. Hal ini akan mewujudkan pemandangan yang sangat cantik dan indah.

143. Samalaju Resort

  • Lokasi : Sarawak
  • Alamat : Lot 132, Block 1, Kemena Land District,, Samalaju Industrial Park, 97000 Bintulu, Sarawak, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 86-291 999
  • Details : Samalaju Resort
  • Penerangan : Di Samalaju Resort ini, fasiliti disini amat indah kerana luas resort yang meliputi 23 ekar disepanjang Tanjung Similajau, menawarkan pemandangan yang mempesonakan iaitu berhadapan Laut Cina Selatan dan Taman Negara Similajau.

144. Air Panas La Hot Spring

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : Sungai Peng, 22010 Jerteh, Terengganu, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 13-976 5723
  • Details : Air Panas La Hot Spring
  • Penerangan : Jarak perjalanan ke La Hot Spring dari bandar Jerteh ini pula rasanya tidaklah terlalu jauh mungkin tidak sampai 1 jam perjalanan. Jadi, sambil-sambil menyusuri perjalanan yang agak lama itu jangan stress sebaliknya nikmatilah pemandangan desa dan flora dan fauna yang anda sempat lihat.

145. Pantai Air Tawar

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : Kampung Raja, 22200 Kuala Besut, Terengganu, Malaysia 
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Pantai Air Tawar
  • Penerangan : Pantai Air Tawar ini sebenarnya adalah hanya bersebelahan sahaja dengan Pantai Bukit Kluang. Ianya juga terletak bertentangan dengan Pulau Rhu yang menjadi tempat kegilaan ramai anak-anak muda untuk snorkeling dan menaiki banana bot. Melalui jalan di tepi Pantai Air Tawar ini pula ialah Jeti Pusat Perikananan LKIM Besut yang menjadi tempat wajib singgah kepada orang dewasa membeli ikan-ikan segar dan murah disini.

146. Masjid Kayu Ulul Albab Seberang Jertih

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : Kampung Seberang Jertih, 22000 Jertih, Terengganu, Malaysia
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Masjid Kayu Ulul Albab
  • Penerangan : Pelawat yang melalui bandar Jertih di Besut melalui jalan utama akan dapat melihat struktur kayu yang luar biasa ini. Dibina antara 2009 dan 2011, ia telah dinamakan semula dari Masjid Kayu Seberang Jertih ke Masjid Ulul Albab oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin pada Februari 2012 ketika masjid itu dirasmikan. Direka dan dibuat oleh tukang kayu tempatan terkenal bernama Wan Mustafa Wan Su, masjid ini merupakan masjid pertama di negeri ini yang akan dibina mengikut konsep seni bina Melayu tradisional.

147. Kompleks Perikanan LKIM Besut

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : Kompleks Perikanan LKIM, Kampung Seberang Timur, 22200 Besut, Terengganu, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 9-695 6623
  • Details : Kompleks Perikanan LKIM Besut
  • Penerangan : Tempat yang penuh dengan hasil tangkapan laut yang segar seperti ikan, sotong, udang, ketam yang setiap satunya terdiri dari pelbagai jenis. Malah, bukan sahaja kesegaran hasil tangkapan yang pelbagai kita boleh perolehi disini, tetapi dek kerana harganya yang sangat murah menjadikan jeti ini begitu sibuk dengan pengunjung sejak awal subuh lagi.

148. Pulau Rawa Mersing Johor

  • Lokasi : Johor
  • Alamat : Pulau Rawa, Johor, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Pulau Rawa
  • Penerangan : Kawasan mandi di sekitar pantai Pulau Rawa memang cantik. Air yang masih jernih kehijauan dan kebiruan ditambah dengan keindahan batu karang serta ribuan anak-anak ikan laut. Memang cantik. Lebih teruja bila terdapat gelongsor air (slide) yang membawa anda terus ke laut. Tidak cukup dengan mandi, alami sendiri pemandangan dalam air dengan melihat batu karang (coral) dan ikan-ikan yang cantik berenang di persisir pantai. Kalau nak selam scuba, pun boleh.

149. Paragliding Kota Putera Park

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : Bukit Bubus, 22200 Kampung Raja, Terengganu
  • Nombor Telefon :0128151596 
  • Details : Paragliding Kota Putera Park
  • Penerangan : Bagi mereka yang tidak tahu apa itu aktiviti paragliding atau sukan luncur udara ini rasanya mudah sahaja untuk jelaskan. Paragliding ataupun Luncur Udara adalah satu cara yang paling mudah serta paling popular bagi manusia untuk melakukan penerbangan dengan menggunakan Payung Luncur dan dilancarkan menggunakan kaki. Ianya merupakan evolusi pesawat canggih yang senang dibawa, diterbangkan dan mendarat dimana-mana sahaja yang sesuai.

150. Bukit Keluang Besut

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : Pantai Bukit Kluang, 22200 Kampung Raja, Besut Terengganu, Malaysia
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Bukit Keluang Besut
  • Penerangan : Ya, antara yang mengunjungi Bukit Kluang ini adalah terdiri daripada orang persendirian, kumpulan kakitangan kerajaan atau swasta, murid sekolah, mahasiswa dan ramai lagi. Semuanya berkerumun di Bukit Kluang seawal sebelum subuh lagi untuk mendaki dan berada di puncak bukit seawal yang boleh bagi menyaksikan sendiri keindahan matahari terbit. Percayalah, pemandangan diatas sana sangat cantik terutama ketika awal pagi.

151. Pulau Rhu Pantai Bukit Keluang

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : Pantai Bukit Kluang, 22200 Kampung Raja, Besut Terengganu, Malaysia
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Pulau Rhu
  • Penerangan : Bermula dengan keindahana pantai yang bersih dan menarik kerana ditepinya ada sebuah bukit yang sangat besar menjadikan ianya kawasan terlindung dan teduh dari sinaran matahari pada sebelah pagi. Kemudian timbul pula aktiviti mendaki bukit iaitu Bukit Kluang yang betul-betul berada di tepi pantai menjadikan ianya sangat tular. Keindahan matahari terbit dan lokasi yang sesuai menjadikan ianya sebagai satu tempat atau pilihan untuk dijadikan lokasi aktiviti riadah.

152. Mee Besen Original Melaka

  • Lokasi : Melaka
  • Alamat : 17, Jalan PNDD 1, Kampung Durian Daun Dalam, 75200 Melaka, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 10-273 7895
  • Details : Mee Besen Ori
  • Penerangan : Walaupun terpaksa menunggu lama kerana menunggu tempat, naman masa yang dihabiskan untuk menungg berbaloi kerana kesedapan mee besen disini. Lagi sedap apabila mee besen ini dimakan bersama sambal kicap yang sangat meletup. Namun yang demikian, servis kedai ini bagus kerana makanan akan disiapkan dengan cepat tanpa perlu menunggu lama hanya perlu menunggun untuk mendapatkan meja.

153. Desa Balqis Beach Resort

  • Lokasi : Melaka
  • Alamat : Jalan Kuala Sungai Baru / Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka
  • Nombor Telefon : 03-4022 7728
  • Details : Desa Balqis Beach Resort
  • Penerangan : Gabungan nama yang unik iaitu Desa dan Beach pasti menggambarkan resort ini berada di tepi pantai dengan berkongsepkan desa. Jadi jika anda ingin tahu lebih lanjut mari kita saksikan sendiri dimana lokasi sebenar resort ini dan apa yang ada disana yang menjadikan resort ini sangat istimewa.

154. Fauzi Nasi Kerabu 

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : Kampung Kolam, 20000 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 12-987 9821
  • Details : Fauzi Nasi Kerabu
  • Penerangan : Nasi kerabu Fauzi masih lagi mengekalkan nasi kerabunya yang berwarna biru bersama-sama ulam-ulaman, kelapa goreng, kuah lemak, budu dan ayam bakar atau daging bakar. Nasi Kerabu Fauzi memang sedap dan enak yang akan membuatkan pengunjung masih teringat-ingat akan keenakan dan pasti ingin kembali ke sini lagi. Keistimewaan nasi kerabu di sini kerana kelazatan ayam bakar dan daging bakarnya. Selain daripada itu juga,keistimewaan nasi kerabu di Kedai Fauzi Nasi Kerabu adalah kepekatan kuah lemaknya.

155. Tadom Hill Resort

  • Lokasi : Selangor
  • Alamat : Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 12-522 5728
  • Details : Tadom Hill Resort
  • Penerangan : Tadom Hill ini terletak 45 minit dari ibu kota Malaysia iaitu di Banting, Selangor. Tempat ini adalah satu tempat yang sangat sesuai bagi anda yang meminati aktiviti luar. Selain itu, di sini juga anda dapat bersantai melakukan aktiviti bersama rakan dan keluarga. Jadi datang ke resort ini merupakan pilian yang tepat untuk bercuti bersama keluarga.

156. Villa Samadhi Kuala Lumpur

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : Persiaran Madge, Taman U Thant, 55000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 3-2143 2300
  • Details : Villa Samadhi
  • Penerangan : Villa ini dikelilingi oleh Kedutaan-kedutaan yang terletak di Jalan Madge. Seperti tidak percaya di tengah kota yang sibuk terdapat juga tempat yang cantik dan indah seperti ini. Apa yang menariknya setiap bilik mempunyai design yang berbeza dan keunikan tersendiri. Setiap bilik menjanjikan kepuasan kepada sesiapa sahaja yang menginap disini. Suasana romantik di dalam bilik akan menambahkan seri lagi percutian bersama pasangan yang mahu berbulan madu.

157. Damai Beach Resort

  • Lokasi : Sarawak
  • Alamat : Teluk Bandung Santubong, 93756 Kuching, Sarawak, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 82-846 999
  • Details : Damai Beach Resort
  • Penerangan : Damai Beach Resort terletak di pantai berpasir Teluk Bandung dan menghadap laut Cina Selatan yang mempunyai pemandangan yang mempesonakan. Tempat menarik ini dikelilingi 90 ekar pesisir lautan dan dilitupi hutan hujan tropikal yang berpuncakkan Gunung Santubong.

158. Perhentian Island Resort

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : Pulau Perhentian Besar, Kuala Besut, Terengganu, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 3-2144 8530
  • Details : Perhentian Island Resort
  • Penerangan : Perhentian Island Resort adalah Resort pantai yang ideal bagi percutian santai keluarga dalam Malaysia. Ianya dikelilingi kehijauan, keputihan pasir pantai dan keselesaan laut biru membuatkan Pulau Perhentian sebuah syurga percutian yang tidak boleh terlepas. Pulau ini masyhur dikenali sebagai Syurga Marin dan menjadikan ia Taman Laut Negara Malaysia. Pada sekeliling Perhentian Island Resort, kita akan mendapati pelbagai tarikan seperti trek hutan dibawah hutan kanopu, kelawar buah yang besar, dan murai liar.

159. Warung Pak Mat Teh Tarik Madu

  • Lokasi : Kelantan
  • Alamat : Jalan Kuala Besar, 15350 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 13-919 8131
  • Details : Warung Pak Mat Teh Tarik Madu
  • Penerangan : Teh Tarik Pak Mat menjadi tarikan kerana berbeza daripada teh tarik di warung lain. Ia menggunakan tepung susu yang dicampur sedikit madu yang menghasilkan buih. Campuran teh ais dan madu lebah asli dengan buih yang melimpah keluar daripada gelas memberikan rasa yang sangat enak. Tambahan pula, rasanya yang kaya dengan kemanisan tersendiri menjadikan rasa teh tarik madu lain daripada yang lain. Kebanyakan pelanggan pasti akan memesan lebih daripada segelas kerana keunikan rasanya. 

160. Kopitiam Pak Mansur Paroi

  • Lokasi : Negeri Sembilan
  • Alamat : Lot 717 Jalan Seremban – Kuala Pilah, 70400 Seremban, Negeri Sembilan
  • Nombor Telefon :  017-613 3418
  • Details : Kopitiam Pak Mansur Paroi
  • Penerangan : Percaya atau tidak, Kopi Mansur ini sangat terkenal hinggakan di dalam google maps dan facebook sendiri rata-rata banyak review positif yang diberikan mengenai rasa kopi ini yang dikatakan begitu sedap. Tak percaya tak apa, tapi admin kalau boleh hendak anda pergi cuba sendiri kerana review ini benar-benar seronok dibaca kerana komen-komen yang diberikan menggambarkan rasa kopi ini tersangat sedap mengalahkan Starbuck!

161. ICT Warung Pok Nong

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : A1693 Jalan Pantai, T145, Kampung Teliput, 21030 Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 9-612 7655
  • Details : ICT Warung Pok Nong
  • Penerangan : Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sendiri kesedapan ikan celup tepung di warung Pok Nong ini yang berada di tepi pantai. Sekali cuba pasti tidak akan kecewa. Walaupun boleh masak sendiri tetapi berbeza dengan rasa di warung Pok Nong dengan sos yang sangat sedap dan tepung yang ranggup memang membuka selera.

162. Restoran Yati Ayam Percik

  • Lokasi : Kelantan
  • Alamat : Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 9-747 9867
  • Details : Restoran Yati Ayam Percik
  • Penerangan : Menu berasaskan percik merupakan masakan istimewa di Kelantan. Restoran Yati Ayam Percik ini adalah antara ‘signature’ masakan percik di sini. Ia sering menjadi tumpuan pengunjung dari luar Kelantan mahupun penduduk setempat. Restoran Yati Ayam Percik ini terletak di Jalan Long Yunus, Kota Bharu. Apa yang menyebabkan restoran ini popular adalah kerana ayam serta ikan dibakar menggunakan arang kayu serta sos perciknya memang sangat istimewa dan ‘lemak berkrim’. Anda akan dapat menikmati ayam yang baru siap dibakar secara tradisional dan boleh menjamu selera dikala ayamnya masih panas.

163. Impiana KLCC Hotel

  • Lokasi : Kuala Lumpur
  • Alamat : Impiana Klcc Hotel & Spa, 13, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 3-2147 1111
  • Details : Kuala Lumpur
  • Penerangan : Hotel Impiana KLCC merupakan hotel bergaya yang beralamat betul betul di tengah kota raya Kuala Lumpur, Malaysia. Seiring melangkah keluar dari pintu utama Impiana KLCC, anda sudah berhadapan dengan Kuala Lumpur Convention Centre. Dengan kedudukan yang berdekatan dengan pusat membeli belah seperti Suria KLCC, Pasaraya PAVILLION, Bukit Bintang, dan lain lain lagi di mana pusat membeli belah ini menawarkan tawaran yang amat menarik dari butik pelbagai rekabentuk sehinggalah gaya hidup trending masa kini.

164. Paya Biru Felda Lok Heng

  • Lokasi : Johor
  • Alamat : Kampung Sedili Kechil, 81930 Kota Tinggi, Johor
  • Nombor Telefon : 011-3738 7814
  • Details : Paya Biru Felda Lok Heng
  • Penerangan : Ya, sudah semestinya Paya Biru Felda Lok Heng merupakan satu kolam renang atau paya yang terbuka. Sebetulnya ianya terletak di kawasan kelapa sawit iaitu di dalam kawasan Felda Lok Heng. Dengan pelbagai cerita dan gambar yang dimuat naik di media sosial seperti facebook telah menjadikan kawasan Paya Biru Felda Lok Heng ini sangat terkenal.

165. Pizza Seni Bidara

  • Lokasi : Pahang
  • Alamat : Lorong 13, Sebelah SK Cenderawasih, Taman Cenderawasih, Kuantan.
  • Nombor Telefon : 011-1946 3001
  • Details : Pizza Seni Bidara
  • Penerangan : Lokasi Pizza Seni Bidara ialah terletak di atas bukit dalam kawasan cenderawasih yang agak berhutan. Pizza ini unik kerana dibakar di dalam oven yang dibuat sendiri oleh pengusahanya yang pasti tiada di tempat lain. Bahasa lain yang boleh digunakan ialah pizza ala kampung tetapi rasanya sangat sedap.

166. Pulau Dayang Johor

  • Lokasi : Johor
  • Alamat : Pulau Dayang, Jalan Tun Dr Ismail, Mersing, Johor.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Pulau Dayang
  • Penerangan : Pulau Dayang yang merupakan jiran Pulau Aur di Mersing ini berdekatan juga dengan Pulau Pemanggil. Pelancong boleh ke pulau itu dengan perjalanan yang mengambil masa selama 4-5 jam bergantung kepada keadaan air laut dengan menaiki bot kecil nelayan di situ. Adakalanya, mengambil masa sehingga 8 jam untuk sampai di Pulau Dayang sekiranya llaut bergelora.

167. Ratu Rening Residency

  • Lokasi : Selangor
  • Alamat : Kampung Hulu Rening, Batang Kali, 44300 Selangor.
  • Nombor Telefon : 016-380 5999
  • Details : Ratu Rening Residency
  • Penerangan : Jangan terkejut jika setakat ini, private estate ini sudah mendapat review 4.9 bintang daripada 5 bintang. Ini bermaksud memang Ratu Rening Residency ini satu tempat yang wajib kita pergi terutama bagi mereka yang mencari ketenangan dan tidak ada masa untuk keluar jauh dari bandar. Jika anda mencari suasana tenang dengan deruan air, kesejukan air sungai yang jernih dan ingin berehat di tepi para maka memang ini ialah tempat yang wajib anda pergi. Dengan khemah yang tersedia di tepi air yang sejuk dan bunyi-bunyian seperti di dalam hutan sebenar menjadikan kita lupa akan kesibukan di bandar.

168. MAPS Movie Animation Park Studios

  • Lokasi : Perak
  • Alamat : Movie Animation Park Studios, 3, Persiaran Meru Raya, 31200 Ipoh, Perak.
  • Nombor Telefon : 05-501 5666
  • Details : Movie Animation Park Studios
  • Penerangan : Seperti yang kita tahu, terdapat banyak tempat menarik di Perak dan dengan pembukaan Movie Animation Park Studios MAPS Meru Perak telah menjadikan Ipoh sebagai satu destinasi perlancongan terkemuka di Malaysia. MAPS Perak ini sangat hebat kerana ianya bersedia menjanjikan pelbagai tarikan yang telah dibahagikan kepada jenis-jenis dan zon-zonnya yang tertentu.

169. D’Lengkuas Cafe

  • Lokasi : Sabah
  • Alamat : Lot 36, Grace Square Sembulan, Grace Villa, 88100 Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 19-862 3030
  • Details : D’Lengkuas Cafe
  • Penerangan : D’lengkuas merupakan restoran yang diusahakan oleh anak jati Kelantan yang menetap di Sabah. Makanan kampung ala Kelantan dihidangkan di restoran ini pasti membuka selera sesiapa sahaja yang datang ke Kota Kinabalu. Mencari makanan ala kampung di bandar Kota Kinabalu memang sukar tetapi D’Lengkuas merupakan pilihan yang tepat.

170. Desa Cattle Dairy Farm

  • Lokasi : Sabah
  • Alamat : 89308 Kundasang, Sabah, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 88-889 562
  • Details : Desa Cattle Dairy Farm
  • Penerangan : Disini merupakan sebuah ladang ternakan tenusu yg dikatakan mempunyai suasana seperti berada di luar negara. Ramai yang mengatakan suasana di sana persis berada di New Zealand dan para pengunjung juga berpeluang melihat lembu hitam putih yang bersaiz besar yang jarang terdapat di tempat lain. Anda juga boleh melihat sendiri proses memerah dan memproses susu selain dari berpeluang membeli susu segar terus dari ladang ini. Anak-anak juga boleh memberi makan anak lembu dan kambing sewaktu kunjungan ke kandang haiwan. Pengalaman seperti ini tidak akan diperolehi di tempat lain dan pasti akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.

171. Tok Aman Bali Beach Resort

  • Lokasi : Kelantan
  • Alamat : No. Lot 6264-1, Pantai Bisikan Bayu, 16700, Kelantan, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 9-691 8809
  • Details : Tok Aman Bali Beach Resort
  • Penerangan : Antara keunikan di resort ini yang tidak didapati di mana-mana adalah rekabentuknya, dimana kesemua blok menghadap kolam renang yang luas. Kolam renang terbuka ini memang sangat sesuai untuk mandi-manda terutamanya bagi mereka yang membawa anak-anak. Ditambah lagi dengan bilik permainan kanak-kanak serta kawasan permainan yang disediakan, pasti dapat menghiburkan anda sekeluarga.

172. Nasi Lan Kedah

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : A-5-G,Alam Avenue 2, Jalan Serai Wangi K 16/K,SEK 16,40200 Shah Alam, Selangor.
  • Nombor Telefon : 017-591 4172
  • Details : Nasi Lan Kedah
  • Penerangan : Menu utama Nasi Lan Kedah ialah nasi kandar dengan pelbagai lauk. Populariti nasi kandar sememangnya cukup menakjubkan sehinggakan hidangan itu bukan sahaja menjadi bualan masyarakat di utara Semenanjung, malah turut digemari di mana-mana pelusuk tanah air. Hanya dengan sepinggan nasi dan pilihan pelbagai lauk di samping campuran kuah yang tepat pastinya menambat selera sesiapa sahaja yang menjamahnya.

173. Castella Cafe

  • Lokasi : Perak
  • Alamat : Sungai Beruk, Kampung Kerunai, 33310 Gerik, Perak, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 11-2050 3454
  • Details : Castella Cafe
  • Penerangan : Castella Cafe merupakan salah satu tarikan pelancong untuk menikmati makanan di Perak. Restoran ini berkonsepkan berkelah di tepi sungai pasti akan menarik sesiapa sahaja yang berkungjung di Perak. Sesiapa yang mau menikmati sajian menu bangsawan, melayu pattani  dan masakan kampung wajib untuk datang ke Castella Cafe. Anda akan di beri pilihan untuk menikmati hidangan samada di pondok atau di meja yang telah di sediakan di pinggir sungai sambil berendam kaki di dalam air sungai.

174. Sutra Beach Resort

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : Sutra Beach Resort, Kg Rhu Tapai, Marang, Terengganu, Malaysia
  • Nombor Telefon : +609-653 1111
  • Details : Sutra Beach Resort
  • Penerangan : Resort ini adalah destinasi ideal untuk percutian impian anda. Konsep keanggunan klasik dan kemewahan moden menjadikan resort ini adalah tempat yang sesuai untuk lari dari kesibukan kota. Bilik yang menghadap pantai akan memberikan satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan bagi sesiapa sahaja yang mengujungi resort ini.

175. Lost World of Tambun

  • Lokasi : Perak
  • Alamat : 1, Persiaran Lagun Sunway, Sunway City, 31150 Ipoh, Perak, Malaysia
  • Nombor Telefon : +605 542 8888
  • Details : Lost World of Tambun
  • Penerangan : Taman Tema Lost World of Tambun merupakan salah satu taman tema terawal di Malaysia dan merupakan taman teman yang sangat hebat. Pengalaman hebat di Taman Tema di Lost World of Tambun ini banyak dikongsikan di media sosial seperti Facebook dan perkongsian ikhlas dari para pengunjung yang mempunyai blog. Oleh sebab itu, dari pembacaan admin maka untuk perkongsian kali ini kami akan buat perkongsian mengenai taman tema di Ipoh ini.

176. Merang Suria Resort

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : Lot 1841, Kampung Rhu Tapai, Merang, 21010 Setiu, Terengganu
  • Nombor Telefon : +609 653 1600
  • Details : Merang Suria Resort
  • Penerangan : Resort ini terletak di pesisiran pantai dan di kawasan Taman Barisan Marin Setiu Wetland yang indah mata memandang. Merang Suria Resort mempunyai pemandangan tepian pantai dan pasir keemasan, biruan air laut dan hijauan alam flora dan fauna. Resort yang terletak di Tanjung Rhu Tapai ini dikelilingi oleh tanaman hijau tropika, hutan paya bakau, hutan pantai dan teluk yang indah, desa–desa pantai yang mempesonakan serta pohon-pohon palma yang melambai.

177. Upside Down House KL

  • Lokasi : Kuala Lumpur
  • Alamat : Off, Jalan P Ramlee & Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
  • Nombor Telefon : 010-802 7547 
  • Details : Upside Down House KL
  • Penerangan : Rasanya sudah tiba untuk anda cuba menjenguk keluar dan jom datang ke Upside Down House KL ini. Ya, kalau pergi shopping nanti banyak pula habis duit betul tak? Nak pergi berkhelah atau pergi resort rasanya banyak pula bajet dan masa yang di perlukan. Jadi kenapa tidak habiskan masa sekejap dan datang ke Upside Down House KL ini.

178. Tanjong Jara Resort

  • Lokasi : Terengganu
  • Alamat : Batu 8, Off Jalan Dungun, 23000 Kuala Dungun, Terengganu
  • Nombor Telefon : 09-845 1100
  • Details : Tanjong Jara Resort
  • Penerangan : Sebenarnya, Tanjong Jara direka untuk mencerminkan keanggunan istana-istana Melayu abad ke-17. Diresort yang tenang ini, ianya menawarkan semangat asli semangat rantau dan warisan semulajadi yang kaya dengan pelbagai ciri-ciri konsep Melayu. Ianya sangat menekankan kemurnian semangat, kesihatan dan kesejahteraan, persembunyian yang terpencil ini benar-benar mengasyikkan.

179. Farm In The City

  • Lokasi : Selangor
  • Alamat : Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor.
  • Nombor Telefon : 03-8941 2099
  • Details : Farm In The City
  • Penerangan : Setiap tempat menarik biasanya ada tarikan tersendiri. Apa yang menarik di sini ialah konsep Farm In The City di Seri Kembangan Selangor ini yang mengetengahkan alam semula jadi terutama binatang kepada masyarakat. Ya, ibaratnya pergi ke zoo. Tetapi apa yang menarik disini ialah anda dapat rasai lebih dekat lagi pengalaman bersama binatang-binatang disini. Apa yang menarik? Nanti sama-sama kita lihat apa yang menarik yang bakal anda jumpa di sini.

180. Allvision Koffee

  • Lokasi : Kelantan
  • Alamat : Bandar Baru Tunjung, 16010 Kota Bharu, Kelantan
  • Nombor Telefon : 09-7482312
  • Details : Allvision Koffee
  • Penerangan : Kalau dah addicted dengan Allvision Koffee nanti pun rasanya tidak ada masalah sebab menu sentiasa di update dan anda boleh rasai pelbagai menu baru untuk rasai perbezaannya.

181. Taman Botani Putrajaya

  • Lokasi : Putrajaya
  • Alamat : Taman Botani Putrajaya, Presint 1, 62000 Putrajaya
  • Nombor Telefon : 03-8887 7770
  • Details : Taman Botani Putrajaya
  • Penerangan : Banyak taman rekreasi dan seumpamanya di Putrajaya ini. Pendek kata kalau nak pusing semua rasanya memang mustahil untuk habis semua sehari. Jadi, kalau anda berada berdekatan bolehlah pilih-pilih dan bertukar angin untuk beriadah di mana-mana taman rekreasi diatas yang mana semuanya berada di Putrajaya.

182. Penang Escape Theme Park

  • Lokasi : Penang
  • Alamat : 828, Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang, 11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 04-881 1106
  • Details : Penang Escape Theme Park
  • Penerangan : Penang Escape Theme Park ini semuanya sangat menarik! Kenapa? Sebab dalam satu tempat ini sahaja kita boleh buat banyak sangat aktiviti yang best tidak kira peringkat umur dan mengikut kesesuaian yang ditetapkan untuk keselamatan semasa melakukan aktiviti. Tak percaya? Jom kita terjah senarai aktiviti yang ada di sini.

183. the Dusun Negeri Sembilan

  • Lokasi : Negeri Sembilan
  • Alamat : 3437, Kampung Kolam Air, Mukim Pantai, 71770 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
  • Nombor Telefon : 
  • Details : the Dusun Negeri Sembilan
  • Penerangan : the Dusun  ialah Guesthouse yang diperbuat daripada kayu dengan rekaan moden & tradisional yang memberikan sentuhan yang unik dan semulajadi. The Dusun Negeri Sembilan juga mempunyai pemandangan hutan hujan tropika yang cukup indah dan menenangkan yang ibaratnya yang belum  pernah diterokai oleh manusia. The Dusun sangat menjaga privacy tetamu, iaitu dengan menghadkan jumlah tetamu pada sekali kemasukan demi ‘menjaga’ suasana hutan yang sunyi dan tenang di samping juga memberikan ketenangan kepada tetamu lain yang datang demi menikmati ketenangan alam semulajadi ini.

184. The Pirate Adventure

  • Lokasi : Melaka
  • Alamat : The Adventure Pirate Melaka terletak di Melaka Alive, Jalan Parameswara, Banda Hilir, Melaka
  • Nombor Telefon : 03-7877 2828
  • Details : The Pirate Adventure
  • Penerangan : The Pirate Adventure ini adalah ilham daripada Nuevo Attraction & Destination Sdn. Bhd yang ingin menyediakan indoor attraction yang menggunakan 5 element dalam hidup kita. Anda sebagai pengunjung berpeluang untuk merasakan bagaimana menjadi lanun untuk selama 1 hari, anda akan mencari arah di Lautan Selat Melaka sebelum sampai di hutan belantara untuk mencari harta karun yang tersembunyi. Dengan peredaran teknologi dan kecanggihan teknologi masa kini, anda memang akan dapat merasai sendiri kegerunan ribut dan ombak di lautan luas.

185. Gua Kelam Perlis

  • Lokasi : Perlis
  • Alamat : Gua Kelam (Cave Kelam) yang terletak kira-kira 33 km ke utara Kangar, ibu negeri Perlis, berhampiran dengan sebuah bandar kecil bernama Kaki Bukit (Foot Hill). Ia berkongsi sempadan dengan Nakawan Range Thailand. Kaki Bukit, 02200 Kaki Bukit, Perlis, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 604-938 4466
  • Details : Gua Kelam Perlis
  • Penerangan : Satu-satunya jalan ialah melalui jambatan gantung kayu berukuran 8 kaki laluan luas. jalan batu kapur berongga dipercayai menjadi idea seorang Inggeris yang ditukar gua ini sebagai kaedah mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran pintu masuk aliran di Kaki Bukit. Hari ini laluan berjalan kaki yang terang diterangi, di mana anda masih boleh mencari sisa-sisa operasi lombong masa di dalam. Bunyi berdecit kelawar dan titisan air dari stalaktit boleh melegakan untuk beberapa dan menyeramkan untuk orang lain!

186. Tree Top Walk Hutan Lipur Sungai Sedim

  • Lokasi : Kedah
  • Alamat : Kampung Sedim Karangan, Kedah, 09000, Kulim, Kedah.
  • Nombor Telefon : 60 4-490 1588
  • Details : Hutan Lipur Sungai Sedim
  • Penerangan : Tree Top Walk ini mempunyai laluan kanopi sepanjang 1.5km yang mempunyai ketinggian sehingga 36 meter dari tanah. Apabila dapat berjalan di atas kanopi ini, anda akan dapat melihat pokok-pokok dari aras yang tinggi untuk memerhati pelbagai flora dan fauna yang ada di sekitar Hutan Simpan Sungai Sedim. Teruja bukan? Selain itu, ramai yang perlu tahu bahawa Hutan Lipur Sungai Sedim ialah salah satu tempat rekreasi air seperti berkayak yang sangat hebat.

187. Taman Negara Gunung Mulu Sarawak

  • Lokasi : Sarawak
  • Alamat : Mulu, Sarawak, Malaysia
  • Nombor Telefon : 010-802 7547
  • Details : Taman Negara Gunung Mulu Sarawak
  • Penerangan : Taman Negara Mulu merupakan salah satu kawasan batu kapur yang paling diselidik di dunia. Kawasan taman seluas 52,864-hektar mengandungi tujuh belas zon tumbuhan, menampilkan sekitar 3,500 spesies tumbuhan vaskular. Spesies palm di situ amat kaya dengan 109 spesies dari dua puluh genus telah dijumpai. Taman Negara ini dihiasi oleh Gunung Mulu yang merupakan gunung batu pasir setinggi 2,377 meter. Sekitar 295 km gua yang telah diterokai memberikan pemandangan yang menakjubkan dan turut merupakan gua kediaman kepada berjuta kelawar dan burung Layang-layang. Kamar Sarawak yang seluas 600 meter X 415 m dan setinggi 80 m, adalah kamar gua terbesar di seluruh dunia yang diketahui.

188. Pulau Bum-bum Sabah

  • Lokasi : Sabah
  • Alamat : Pulau Bum Bum, Semporna, Sabah Negeri Di Bawah Bayu, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Pulau Bum Bum
  • Penerangan : Dikatakan Pulau Bum Bum ini sebesar Singapura dan terletak berhampiran perairan Semporna, Kunak, dan Lahad Datu. Untuk ke Pulau Bum Bum, kita perlu ke Kampung Sum-Sum kerana iainya antara yang paling dekat dengan Pulau Bum-Bum. Di sinilah cadangan pembinaan jambatan dibuat. Namun sehingga kini, masih menunggu khabar baik dari kerajaan Persekutuan. Jika ada jambatan ini, maka mudahlah penduduk kampung di pulau tersebut berulang alik. Menurut sumber yang saya perolehi, pulau tersebut dibekalkan dengan air bersih dari Tanah Besar Borneo (Semporna) begitu juga tenaga elektrik.

189. Chalet Sungai Bil Cool Spring

  • Lokasi : Perak
  • Alamat : Tapak Perkhemahan dan Chalet di Sungai Bil Cool Spring, Tanjung Malim, Perak.
  • Nombor Telefon : 012 385 3257
  • Details : Chalet Sungai Bil Cool Spring
  • Penerangan : Tampak Perkhemahan ini terletak di Chalet Sungai Bil Cool Spring, Tanjung Malim, Perak. Ya, mesti ramai terkejut bukan yang Perak mempunyai tempat menarik untuk kita lawati seperti ini. Chalet sungai bil adalah satu tempat peranginan di Tanjong Malim. Merupakan tempat yang memberi ketenangan dan suasana damai seperti di perkampungan orang asli.

190. Souk Fil Madinatul Jadid Kota Bharu

  • Lokasi : Kota Bharu
  • Alamat : Souk Fil Madinatul Jadid, Jalan Dato Pati, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 
  • Details : Souk Fil Madinatul Jadid
  • Penerangan : Souk Fil Madinatul Jadid adalah lorong yang terletak di Jalan Dato Pati, Kota Bharu, Kelantan yang diberikan nafas baru dengan seni mural yang membuatkan pengunjungnya merasakan seolah-olah berada di timur tengah. Soul Fil Madinatul Jadid ialah lukisan mural hasil tangan artis Mohd Nawi Mat Ali, 62 dan beberapa orang lagi sahabtnya.

191. Taman Rekreasi Gunung Lang

  • Lokasi : Perak
  • Alamat : Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh, Perak, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 019-509 0196
  • Details : Taman Rekreasi Gunung Lang
  • Penerangan : Tak tahu nak bawak anak anak pergi mana hujung minggu ni? Siap boleh pusing pusing tasik naik bot. Jom ke Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak. Ya, satu lagi destinasi percutian bajet yang sangat awesome kerana kedudukannya yang terletak di Ipoh hanyalah dalam 3 jam dari Kuala Lumpur.

192. Warisan Rimba

  • Lokasi : Kuala Lumpur
  • Alamat : Ulu Klang, Selangor, Kampung Kemensah, 68000, Selangor
  • Nombor Telefon : 013-337 6934
  • Details : Warisan Rimba
  • Penerangan : Kehijauan alam semula jadi dipenuhi panorama rimba dan sungai memberi ketenangan kepada sesiapa yang menikmatinya. Warisan Rimba mempunyai pelbagai kemudahan untuk anda nikmati ketenangan alam semulajadi yang di anugerahkan oleh Yang Maha Kuasa. Lokasi kami di Kampung Kemensah belakang Zoo Negara Hulu Klang Kuala Lumpur.

193. Hounon Ridge Farmstay

  • Lokasi : Sabah
  • Alamat : Kg. Himbaan, Bundu Tuhan,, 89308 Ranau, Sabah, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 13-850 6463 
  • Details : Hounoun Ridge Farmstay
  • Penerangan : Hounon Ridge Farm ini terletak di Kg. Kimbahaan, Buntu Tuhan, Ranau, Sabah. Kenapa kami cakap Hounon Ridge Farm ini patut menjadi salah satu tempat wajib untuk anda pergi jika anda kaki holiday yang suka berjalan bercuti sana sini? Nanti anda lihat sendiri pelbagai keindahan panorama di Buntu Tuhan ini yang pasti akan menggamit jiwa kita untuk ke sana.

194. Nasi Kak Wook

  • Lokasi : Selangor
  • Alamat : Lot 575, Jalan Samudra Utara 1, Taman Samudra 68100 Batu Caves Selangor. 
  • Nombor Telefon : 017-4117 460
  • Details : Nasi Kak Wook
  • Penerangan : Ok, kalau bercakap tentang apa yang special di Restoran Nasi Bungkus Mok Dah ini pastinya ialah masakan yang sedap. Dan restoran ini juga menampilkan menu yang sangat power di kita boleh lihat Nasi Bungkus Mok Dah ini sangat terkenal dengan menunya yang tersendiri.

195. Shaqhel’s Kitchen

  • Lokasi : Selangor
  • Alamat : 13-G, Jalan Semenyih Sentral 2, Taman Semenyih Sentral, 43500 Semenyih, Selangor
  • Nombor Telefon : 019-364 7852
  • Details : Shaqhel’s Kitchen
  • Penerangan : Kalau dah sampai masuk review dari tempatmenarik.my pastinya Restoran Shaqhel’s Kitchen ini sangat istimewa. Betul tak? Jadi sebelum pergi lebih jauh mari admin kongsikan beberapa menu di sini yang mungkin dianggap “special” yang patut anda cuba jika pertama kali datang ke Shaqhel’s Kitchen.

196. Mr Steak House

  • Lokasi : Selangor
  • Alamat : G 07, No. 7 Persiaran Sukan, Laman Seri Business, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.
  • Nombor Telefon : 013-3401628
  • Details : Mr Steak House
  • Penerangan : Kalau dah sampai JJCM atau Jalan-jalan Cari Makan oleh TV3 pun dah sampai ke sini maka memang rugilah kalau anda sendiri tidak mahu datang cuba. Mengikut update dalam facebook, memang di Mr Steak House ramai orang sentiasa. Jadi pastikan jangan ketinggalan untuk mencuba pelbagai menu western disini.

197. Shellout Izi Stesen

  • Lokasi : Selangor
  • Alamat : Gerai MBSA Sg buloh. depan SMK Bdr Baru Sg buloh. Selangor. Besebelahan Shell Bandar Baru Sg Buloh, Berhadapan SMK Bandar Baru Sungai Buloh.
  • Nombor Telefon : 016-33578805
  • Details : Shellout Izi Stesen
  • Penerangan : Seterusnya kita akan dedahkan tempat yang di maksudkan ialah Izi Stesen! Kenapa? Anda mencari Shellout murah yang berharga Rm35.00 untuk set couple? Jom singgah ke Izi Stesen yang terletak di Sungai Buloh Selangor. Apa yang best disini, mereka ada SHELLOUT ASAM PEDAS bagi yang BENAR-BENAR merasakan mereka tekak orang malaysia. 

198. Tunamaya Beach & Resort Spa

  • Lokasi : Pahang
  • Alamat : Lot 20 & 21, Kampung Sarang Burung, 86800 Tioman Island, Pahang, Malaysia
  • Nombor Telefon : +60 7-759 5018
  • Details : Tunamaya Beach & Resort Spa
  • Penerangan : Tunamaya Resort is located at the secluded beach, there is no jetty at the beach where visitors will need to alight at the nearest genting village and take a shutter boat to the resort. The shutter boat journey takes about 20 minutes.

199. Kampung Sedia Cameron Highland

  • Lokasi : Pahang
  • Alamat : Taman Sedia, Cameron Highland, Pahang, Malaysia.
  • Nombor Telefon : 05-491 2005
  • Details : Kampung Taman Sedia
  • Penerangan : ertamanya, pasti ramai yang tidak tahu kewujudan Kampung Taman Sedia yang merupakan salah satu perkampungan Melayu di Cameron Highlands iaitu tempat percutian menarik di Malaysia! Lokasi Kampung Taman Sedia terletak antara pekan Tanah Rata dan Brinchang. Di sini terdapat banyak ladang Strawberi dan ladang sayur yang diusahakan oleh kaum bumiputra. Ada ladang yang boleh pengunjung petik buah Strawberi sendiri dan ada yang dijual yang telah siap ‘packed’.

200. Chengal Hill Retreat Janda Baik

  • Lokasi : Pahang
  • Alamat : Lot 8537 Kuala Lurah, Kampung Janda Baik, Pahang, Malaysia.
  • Nombor Telefon : +60 7-759 5018
  • Details : Chengal Hill Retreat
  • Penerangan : Keunikan Chengal Retreat Resort ni memang tak dapat disangkal lagi sampai rata rata telah menviral tempat ni. Kawasannya pula bertemakan alam sekitar suasana kampung/hutan yang mendamaikan.

Senarai Tempat Bercuti Sempena Cuti Sekolah Sepanjang Tahun di Malaysia
Encik Mohd Aried Rifke


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Senarai Tempat Bercuti Sempena Cuti Sekolah Sepanjang Tahun di Malaysia

Senarai Tempat Bercuti Sempena Cuti Sekolah Sepanjang Tahun di Malaysia merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Senarai Tempat Bercuti Sempena Cuti Sekolah Sepanjang Tahun di Malaysia atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Senarai Tempat Bercuti Sempena Cuti Sekolah Sepanjang Tahun di Malaysia Reviewed by Unknown on 9:18 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.