Top Ad unit 728 × 90

[LENGKAP] Koleksi DSKP KSSM Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 2021

[LENGKAP] Koleksi DSKP KSSM Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 2021 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

[LENGKAP] Koleksi DSKP KSSM Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 2021

Pada peringkat sekolah menengah, bermula 2017, kbsm akan digantikan dengan kssm secara berperingkat. Oleh itu, pada tahun 2020, tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3 dan tingkatan 4 serta 5 akan berada di bawah kssm yang menggunakan dskp sebagai panduan pdpc.

Huraian Sukatan Pelajaran ialah dokumen yang memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Huraian ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.

Dalam melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran secara kontekstual, dan pembelajaran secara konstruktivisme.

Terdapat beberapa perkara iaitu 3 kandungan standard utama dalam dskp ini iaitu standard kandungan, standard pembelajaran dan standard prestasi.

Standard kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalma suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

Standard pembelajaran pula merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

Standard prestasi pula merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap tahap penguasan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai.

Tahap penguasaan pula ialah kriteria pencapaian yang berasaskan setiap kelompok standard kandungan dan standard pembelajaran yang ditetapkan. DSKP dan HSP Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 2019

Beriktu merupakan dokumen standard kurikulum dan prestasi dskp bagi tingkatan 1, tingkatan 2, tingkatan 3, dan tingkatan 4 yang menggunakan KSSM.

Koleksi DSKP Tingkatan 1 KSSM

Koleksi DSKP Tingkatan 2 KSSM 2018

Koleksi DSKP Tingkatan 3 KSSM

Koleksi DSKP Tingkatan 4 KSSM

Koleksi DSKP Tingkatan 5 KSSM

Koleksi DSKP KSSM Mata Pelajaran Vokasional MPV Tingkatan 4 dan 5

Terima kasih.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

The post [LENGKAP] Koleksi DSKP KSSM Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 2021 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

[LENGKAP] Koleksi DSKP KSSM Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 2021

[LENGKAP] Koleksi DSKP KSSM Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 2021 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link [LENGKAP] Koleksi DSKP KSSM Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 2021 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
[LENGKAP] Koleksi DSKP KSSM Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 2021 Reviewed by Unknown on 9:16 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.