Top Ad unit 728 × 90

Cikgu 51 Tahun ditahan Kes Rogol Murid Tingkatan 2 di Siburan

Cikgu 51 Tahun ditahan Kes Rogol Murid Tingkatan 2 di Siburan medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

Cikgu 51 Tahun ditahan Kes Rogol Murid Tingkatan 2 di Siburan

MAHKAMAH Majistret Kuching, di Petra Jaya, membenarkan perintah reman tujuh hari, bermula hari ini, terhadap guru yang disyaki merogol pelajarnya di Siburan.

Suspek berusia 51 tahun yang memakai pakaian lokap itu tiba di kompleks mahkamah, pada 9.15 pagi.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Zulhairil Sulaiman selepas dimohon pegawai penyiasat Inspektor Nurliza Md Ruzli.

Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

GURU sekolah menengah ditahan polis kerana disyaki merogol pelajarnya di Siburan.

Suspek berusia 51 tahun itu ditahan di rumahnya di Tapah dekat Siburan, kira-kira 7 malam semalam. 

Dia ditahan sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata perbuatan suspek terbongkar selepas remaja perempuan berusia 14 tahun menceritakan kejadian kepada seorang lagi gurunya.

Menurutnya, terkejut dengan pengakuan itu, guru terbabit kemudiannya memaklumkan kejadian kepada ibu mangsa.

“Ibu mangsa yang berusia 44 tahun kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Siburan, pada kira-kira 5 petang semalam.

“Siasatan awal mendapati mangsa sudah dua kali dirogol oleh suspek di dalam kereta di Siburan antara bulan lalu dan baru-baru ini,” katanya di Kuching, hari ini.

Dev berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching di Petra Jaya, hari ini, untuk mendapatkan perintah reman.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan siasatan lanjut masih giat dijalankan polis. sumber : http://ift.tt/2ro9ZnU

Cikgu 51 Tahun ditahan Kes Rogol Murid Tingkatan 2 di Siburan
Encik Mohd Aried Rifke


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Cikgu 51 Tahun ditahan Kes Rogol Murid Tingkatan 2 di Siburan

Cikgu 51 Tahun ditahan Kes Rogol Murid Tingkatan 2 di Siburan merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Cikgu 51 Tahun ditahan Kes Rogol Murid Tingkatan 2 di Siburan atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Cikgu 51 Tahun ditahan Kes Rogol Murid Tingkatan 2 di Siburan Reviewed by Unknown on 3:20 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.