Top Ad unit 728 × 90

8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think)

8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think) medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

 

8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think). Peta Pemikiran atau Peta i-Think merupakan salah satu unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Peta Pemikiran (i-Think) amat digalakkan untuk diaplikasikan dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Umum sedia maklum, Peta Pemikiran ini mempunyai 8 jenis iaitu :

  1. Peta Bulatan
  2. Peta Buih
  3. Peta Buih Berganda
  4. Peta Pokok
  5. Peta Dakap
  6. Peta Alir
  7. Peta Pelbagai Alir
  8. Peta Titi

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan penerangan berkaitan 8 jenis Peta Pemikiran (i-Think) ini :

1. Circle Map (Peta Bulatan)

Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

2. Bubble Map (Peta Buih)

Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.

3. Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)

Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu

4. Tree Map (Peta Pokok)

Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.

5. Brace Map (Peta Dakap)

Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian utama.

6. Flow Map (Peta Alir)

Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

7. Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)

Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.

8. Bridge Map (Peta Titi)

Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan “preview” grafik 8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think) untuk dimuat turun :

 

Dapatkan “Grafik 8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think)” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘JPEG’ dan dikumpulkan dalam satu “compressed folder” berformatkan .ZIP bersaiz 4.7MB

Download : Grafik 8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think)

 

 

Oleh itu, guru perlulah bijak dalam mengaplikasikan 8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think) ini dalam aktiviti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) agar mampu “menghasilkan” murid yang mempunyai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) selaras dengan keperluan pendidikan semasa.

 

8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think)
Mohd Suhaimin Isnen


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think)

8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think) merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link 8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think) atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
8 Jenis Peta Pemikiran (i-Think) Reviewed by Unknown on 11:10 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.