Top Ad unit 728 × 90

Modul Bimbingan Bahasa Melayu Tahun 1 MOBIM

Modul Bimbingan Bahasa Melayu Tahun 1 MOBIM medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Modul Bimbingan Bahasa Melayu Tahun 1 MOBIM

Perkongsian kali ini berkenaan dengan Modul Bimbingan Bahasa Melayu Tahun 1 MOBIM

MOBIM adalah akronim kepada Modul Bimbingan yang dihasikan bertujuan untuk membantu guru memantapkan pelaksanaan KSSR Semakan 2017.

Objektif MOBIM ialah

  • membantu guru melaksanakan kurikulum dengan peruntukan waktu sedia ada
  • membantu guru memahami kurikulum dan menterjemah Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dengan lebih berkesan.
  • Menyokong pelaksanaan kurikulum dengan pelbagai strategi termasuk elemen pembelajaran menyeronokkan
  • Memudahkan guru merancang PdP yang lebih berstruktur melalui integrasi beberapa standard pembelajaran yang sesuai.

Modul Bimbingan (MOBIM) Bahasa Melayu Tahun 1 menekankan pembelajaran bermakna melalui strategi dan pendekatan PdP dengan menggunakan bahan maujud, bergambar dan abstrak dalam pembelajaran Bahasa Melayu. MOBIM Bahasa Melayu Tahun 1 juga menekankan pembelajaran secara kontekstual, kolaboratif dan penyelesaian masalah secara ansur maju, ke arah penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan kemahiran abad ke-21. Selain itu, modul ini juga menggunakan pendekatan pengajaran dengan bahan maujud, bergambar dan abstrak serta menerapkan model VAK dalam gaya pembelajaran yang melibatkantiga gaya pembelajaran, iaitu visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestetik.

Modul ini dibangunkan bagi membantu guru untuk:

  1. Melaksanakan kurikulum dengan peruntukan waktu sedia ada;
  2. Memahami kurikulum dan menterjemahkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dengan lebih berkesan; dan,
  3. Menstruktur melalui integrasi beberapa standard pembelajaran yang sesuai.

Aktiviti yang dicadangkan dalam modul ini berdasarkan penggunaan bahan maujud dan bahan bergambar bagi membantu pemahaman serta penguasaan sesuatu konsep Bahasa Melayu, sebelum memperkenalkan ayat. Cadangan aktiviti ini adalah fleksibel dan boleh diadaptasi oleh guru agar bersesuaian dengan keupayaan murid, kemudahan fasiliti dan kesediaan bahan bantu mengajar di sekolah masing-masing. Guru juga boleh menambah baik aktiviti berdasarkan kreativiti dan daya inovasi guru.

Berikut merupakan MOBIM Tahun 1

MOBIM Tahun 1

MOBIM BAHASA MELAYU TAHUN 1

Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Modul Bimbingan Bahasa Melayu Tahun 1 MOBIM appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Modul Bimbingan Bahasa Melayu Tahun 1 MOBIM

Modul Bimbingan Bahasa Melayu Tahun 1 MOBIM merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Modul Bimbingan Bahasa Melayu Tahun 1 MOBIM atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Modul Bimbingan Bahasa Melayu Tahun 1 MOBIM Reviewed by Unknown on 9:15 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.