Top Ad unit 728 × 90

Evidens SKPMg2 Standard 3.2 Pengurusan KoKurikulum

Evidens SKPMg2 Standard 3.2 Pengurusan KoKurikulum medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Evidens SKPMg2 Standard 3.2 Pengurusan KoKurikulum

Sekarang ini, di hujung tahun ramai guru data dan guru ICT pastinya sedang sibuk memasukkan data maklumat sekolah ke dalam sistem nkra. Data-data ini dimasukkan ke dalam sistem hasil daripada feedback yang diberikan oleh guru-guru kepada urusetia yang bertanggungjawab memasukkan data ini.

Bagi guru-guru, perlu difahami bahawa setiap feedback ataupun markah yang diberikan perlulah hadir dan mempunyai evidens yang tersendiri. Para guru tidak boleh memasukkan markah secara rambang tanpa dapat mengemukakan evidens evidens tersebut. Evidens ini perlu disimpan di dalam sekolah kerana dikhuatiri pihak JNJK datang ke sekolah dan meminta semua evidens tersebut dikeluarkan.

Bagi standard 3.2 pengurusan kokurikulum, terdapat beberapa aspek dalam standard ini yang perlu dihadirkan oleh pihak sekolah bagi mendapat markah yang baik. Berikut merupakan aspek aspek dalam standard 3.2 pengurusan kokurikulum.

Antara aspek yang terdapat dalam pengurusan kokurikulum ini adalah seperti 3.2.1 Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum, Aspek 3.2.2 Pengurusan Kelab Persatuan, Aspek 3.2.3 Pengurusan Badan Beruniform, Aspek 3.2.4 Pengurusan Sukan Permainan, Aspek 3.2.5 Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum, Aspek 3.2.6 Pengurusan Sukan untuk Semua dan Aspek 3.2.7 Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum.

Bagi aspek 3.2.1 Ketetapana Pelaksanaan kokurikulum antara evidens yang boleh diberikan adalah dokumen ketetapan kokurikulum dan carta organisasi kokurikulum. Bagi dokumen ketetapan kokurikulum, pihak sekolah boleh menyediakan fail untuk meletakkan pelbagai pelan strategik 3 tahun bagi semua sukan, badan beruniform, dan kelab persatuan serta semua program kebitaraan sekolah. Bagi pengurusan kokurikulum, anda semua boleh rujuk buku panduan ini yang boleh dicetak sebagai panduan evidens.

Buku panduan pengurusan kokurikulum sekolah rendah dan menengah

Bagi carta organisasi kokurikulum pihak sekolah boleh sediakan carta organisasi seperti di bawah ini.

carta organisasi kokurikulum dan jadual perjumpaan

Bagi aspek 3.2.2 hingga 3.2.4 iaitu Pengurusan Kelab Persatuan, Badan Beruniform, dan Sukan Permainan, evidens yang boleh disediakan adalah seperti Buku Panduan pengurusan atau aktiviti, Pelan strategik, Taktikal dan Operasi, jadual Perjumpaan sepanjang tahun, Buku laporan aktiviti atau fail laporan, instrumen pemantauan, kad borang penilaian, rumusan aktiviti, laporan tahunan, fail-fail setiap gerko dan juga penyelaras.

Antara evidens yang boleh digunakan bagi aspek ini adalah seperti

Senarai semak surat menyurat dan fail lengkap guru penasihant GERKO

Buku panduan Unit Beruniform

Perancangan Strategik Unit Beruniform

Bagi aspek 3.2.5  Pengurusan Program Kecemerlangan Kokurikulum,antara evidens adalah seperti  pelan pelan program kecemerlangan kokurikulum, minit mesyuarat kokurikulum, takwim pengurusan, laporan program dan rekod pencapaian. Rekod pencapaian adalah seperti sijil yang diperolehi murid dalam setipa aktiviti sukan yang disertai.

Bagi aspek 3.2.6 Pengurusan Sukan untuk Semua, antara evidens adalah seperti Pelan pelan berkait, minit mesyuarat, takwim sukan, laporan, dan rekod pencapaian. Rekod pencapaian adalah seperti sijil yang diperolehi murid dalam setiap aktiviti sukan yang disertai. Bagi takwim sukan, sila simpan jadual sukan mssr yang biasanya diedarkan pada awal tahun persekolahan melalui PPD.

Pelaksanaan 1 murid 1 sukan

TAKWIM KEJOHANAN MSSM 2017-HARI PERGERAKAN

Bagi aspek 3.2.7 Pengurusan Pentaksiran Kokurikulum. Antara evidens adalah seperti analisis dalam PAJSK. Dalam PAJSK ini, sila cetak pencapaian dan rekod markah murid dalam Segak, ekstra kokurikulum, dan markah murid bagi setiap gerko.

Pautan Sistem PAJSK

Semoga perkongsian standard 3.2 pengurusan kokurikulum bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Evidens SKPMg2 Standard 3.2 Pengurusan KoKurikulum appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Evidens SKPMg2 Standard 3.2 Pengurusan KoKurikulum

Evidens SKPMg2 Standard 3.2 Pengurusan KoKurikulum merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Evidens SKPMg2 Standard 3.2 Pengurusan KoKurikulum atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Evidens SKPMg2 Standard 3.2 Pengurusan KoKurikulum Reviewed by Unknown on 7:24 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.