Top Ad unit 728 × 90

Evidens SKPMg2 Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum

Evidens SKPMg2 Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Evidens SKPMg2 Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum

Sekarang ini, di hujung tahun ramai guru data dan guru ICT pastinya sedang sibuk memasukkan data maklumat sekolah ke dalam sistem nkra. Data-data ini dimasukkan ke dalam sistem hasil daripada feedback yang diberikan oleh guru-guru kepada urusetia yang bertanggungjawab memasukkan data ini.

Bagi guru-guru, perlu difahami bahawa setipa feedback ataupun markah yang diberikan perlulah hadir dan mempunyai evidens yang tersendiri. Para guru tidak boleh memasukkan markah secara rambang tanpa dapat mengemukakan evidens evidens tersebut. Evidens ini perlu disimpan di dalam sekolah kerana dikhuatiri pihak JNJK datang ke sekolah dan meminta semua evidens tersebut dikeluarkan.

Bagi standard 3.1 pengurusan kurikulum, terdapat beberapa aspek dalam standard ini yang perlu dihadirkan oleh pihak sekolah bagi mendapat markah yang baik. Berikut merupakan 4 aspek dalam standard 3.1 pengurusan kurikulum.

Aspek pertama ialah Aspek 3.1.1 Ketetapan pelaksanaan Kurikulum

Bagi aspek ini, antara evidens yang diperlukan ialah dokumen ketetapan kurikulum dan Carta Organisasi Kurikulum secara menyeluruh. Dokumen ketetapan kurikulum ini merupakan satu bentuk dokumen yang merancang kurikulum sekolah. Semua jadual dan perancangan aktiviti berkaitan kurikulum boleh diletakkan di sini termasuk dengan bajet dan anggaran perbelanjaan setiap panitia mata pelajaran. Target UPSR dan LINUS dan apa sahaja berkaitan kurikulum juga boleh diletakkan di sini.  Bagi sekolah menengah pula, pastinya target untuk PT3 dan SPM boleh diletakkan dalam dokumen tersebut. Senarai nama guru mata pelajaran juga boleh diletakaan di dalam dokumen ini.

Bagi carta organisasi kurikulum, perlu disenaraikan jawatan kuasa kurikukulum termasuk dengan ketua panitia atau ketua bidang di peringkat sekolah menengah. Berikut merupakan contoh carta organisasi kurikulum yang ringkas.

Carta Organisasi Sekolah

Aspek kedua ialah Aspek 3.1.2 Pengurusan Mata Pelajaran. Bagi aspek ini terdapat 4 sub-aspek yang berada di bawah pengurusan mata pelajaran ini. 4 aspek tersebut ialah 3.1.2.1 Pelaksanaan mata  Pelajaran diurus secara profesional dan terancang,  3.1.2.2 Program Peningkatan Kualiti Pengajaran Guru diurus secara terancang, 3.1.2.3 Program Peningkatan Pencapaian Murid diurus secara sistematik dan terancang, 3.1.2.4 Bantuan Geran Perkapita Mata Pelajaran dimanfaatkan secara sistemaik dan terancang.

 

Sub aspek pertama iaitu 3.1.2.1 Pelaksanaan Mata Pelajaran diurus secara profesional dan terancang. Antara evidens yang boleh disediakan adalah RPT Mata Pelajaran bagi setiap guru, rumusan pemantaun kurikulum, minit mesyuarat pengurusan, minit mesyuarat panitia, buku atau fail rekod pdp, analisa data peperiksaan mata pelajaran dan rekod atau template pelaporan offline setiap mata pelajaran.

Antara bahan evidens tersebut adalah seperti

Minit-Mesyuarat-Kurikulum-Kali-Pertama-2017

Minit-Mesyuarat-Panitia-Bahasa-Melayu-Kali-Pertama-2017

Koleksi RPT Sek Rendah

Koleksi RPT Sek Menengah

Templat Pelaporan Offline Sek Ren

Sub aspek kedua ialah .1.2.2 Program Peningkatan Kualiti Pengajaran Guru diurus secara terancang. Antara evidens adalah seperti takwim aktiviti panitia, perancangan strategik panitia, penilaian keberkesanan impak dan intervensi LINUS / UPSR atau peperiksaan awam yang lain.

contoh perancangan strategik panitia BM

Sub aspek ketiga ialah 3.1.2.3 Program Peningkatan Pencapaian Murid diurus secara sistematik dan terancang. Antara evidens adalah seperti semakan headcount dan penggunaan tools seperti Grow dan tapak analisis soalan dan juga tapak pelaporan linus.

Sub aspek keempat ialah 3.1.2.4 Bantuan Geran Perkapita Mata Pelajaran dimanfaatkan secara sistemaik dan terancang. Antara evidens ialah minit mesyuarat kewangan panitia, rekod inventori, rekod subsudiari dan juga rekod kad petak setiap barang. Setiap barangan yang hendak dipesan melalui PCG perlu diputuskan di dalam mesyuarat kewangan panitia. Guru tidak boleh membeli sewenangnya barangan panitia tanpa membuat keputusan melalui mesyuarat panitia. Minit mesyuarat kewangan ini boleh menjadi mint mesyuarat panitia kali ketiga cuma anda perlu memutuskan nama pembekal, bajet dan barangan yang dibeli menggunakan duit panitia. Lampirkan nota minta di belakang minit mesyuarat.

Aspek ketiga ialah Aspek 3.1.3 Pengurusan Masa Instruksional. Antara evidens yang boleh disediakan oleh pohak sekolah adalah Jadual Waktu Umum guru dan Jadual Waktu Persendirian bagi setiap orang guru. Bagi kelas pdpc guru yang bercuti atau berkursus, pihak sekolah perlu menyediakan jadual guru ganti bagi kelas tersebut.

Conth jadual kelas ganti

Aspek keempat ialah Aspek 3.1.3 Pengurusan Penilaian Murid. Bagi aspek keempat ini, antara evidens yang diperlukan adalah Jadual waktu peperiksaan, analisis peperiksaan itervensi penambahbaikan, dan juga templat templat pelaporan offline.

JW SPM 2017

Jw UPSR 2017

Semoga perkongsian standard 3.1 pengurusan kurikulum bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Evidens SKPMg2 Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Evidens SKPMg2 Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum

Evidens SKPMg2 Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Evidens SKPMg2 Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Evidens SKPMg2 Standard 3.1 Pengurusan Kurikulum Reviewed by Unknown on 10:19 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.