Top Ad unit 728 × 90

Evidens SKPMg2 Standard 3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid

Evidens SKPMg2 Standard 3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Evidens SKPMg2 Standard 3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid

Sekarang ini, di hujung tahun ramai guru data dan guru ICT pastinya sedang sibuk memasukkan data maklumat sekolah ke dalam sistem nkra. Data-data ini dimasukkan ke dalam sistem hasil daripada feedback yang diberikan oleh guru-guru kepada urusetia yang bertanggungjawab memasukkan data ini.

Bagi guru-guru, perlu difahami bahawa setiap feedback ataupun markah yang diberikan perlulah hadir dan mempunyai evidens yang tersendiri. Para guru tidak boleh memasukkan markah secara rambang tanpa dapat mengemukakan evidens evidens tersebut. Evidens ini perlu disimpan di dalam sekolah kerana dikhuatiri pihak JNJK datang ke sekolah dan meminta semua evidens tersebut dikeluarkan.

Bagi standard 3.3 pengurusan hal ehwal murid, terdapat beberapa aspek dalam standard ini yang perlu dihadirkan oleh pihak sekolah bagi mendapat markah yang baik. Berikut merupakan aspek aspek dalam standard 3.3 pengurusan hal ehwal murid.

Aspek 3.3.1 Ketetapan Pelaksanaan Hal Ehwal Murid. Antara evidens seperti dokumen ketetapan hal ehwal murid dan carta organisasi Hem. Dokumen ketetapan HEM ini boleh meliputi semua bidang kerja yang melibatkan hem ataupun buku pengurusan hem dalam setiap sekolah.

Carta Organisasi HEM

Buku Pengurusan Hem

Aspek 3.3.2 Pengurusan Disiplin Murid. Antara evidens adalah seperti Laporan Mingguan Perhimpunan Tahun semasa, Rekod Disiplim Murid, Perancangan Program Pembangungan Sahsiah Murid, Laporan Rumusan Rekod Disiplin Murid, Laporan Program Pembangunan Sahsiah Murid.

Kertas kerja Program Sahsiah Diri Murid

Kertas kerja kem kepimpinan

Laporan Mingguan Perhimpunan Sekolah

Modul Pembangunan Sahsiah dan Disiplin Murid

Aspek 3.3.3 Pengurusan Keselamatan Murid. Antara evidens adalah seperti Program Keselamatan Murid, Panduan atau SOP menghadapi bencana dan sebagainya.

Evidens Pengurusan Keselamatan Murid

Program Keselamatan Murid

Aspek 3.3.4 Pengurusan Kesihatan Murid. Antara evidens adalah seperti Buku Panduan Pengurusan Kesihatan Murid, Rekod kesihatan murid, papan sudut info kesihatan, dan laporan program keihatan.

Pengurusan Kesihatan Murid

Aspek 3.3.5 Pengurusan Bantuan Murid. Antara evidens adalah seperti Panduan dan kelayakan bantuan murid, senarai murid layak e bantuan.

Aspek 3.3.6 Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling yang mempunyai sub aspek 3.3.6.1 Perkhidmatan Bimbingan dan kaunseling diurus secara profesional dan terancang dan 3.3.6.2 Pentaksiran Psikometrik diurus secara sistematik dan terancang.

Antara evidens bagi aspek 3.3.6.1 adalah pekeliling berkaitan bimbingan kaunseling, buku rph GBK, Kertas kerja program laporan UBK dan Takwim UBK.

Antara evidens 3.3.6.2 pula adalah seperti panduan pengurusan pentaksiran psikometrik, jadual pentaksiran, analisis data pentaksiran psikometrik dan program atau intervensi.

 

Semoga perkongsian standard 3.3 pengurusan hal ehwal murid bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Evidens SKPMg2 Standard 3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Evidens SKPMg2 Standard 3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid

Evidens SKPMg2 Standard 3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Evidens SKPMg2 Standard 3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Evidens SKPMg2 Standard 3.3 Pengurusan Hal Ehwal Murid Reviewed by Unknown on 9:40 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.