Top Ad unit 728 × 90

Panduan Penerangan Pelepasan Cukai Taksiran 2023

Panduan Penerangan Pelepasan Cukai Taksiran 2023 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Panduan Penerangan Pelepasan Cukai Taksiran 2023

Berikut dikongsikan panduan penerangan pelepasan cukai taksiran tahun 2023 yang boleh diisi bermula 1 mac 2024.

Untuk panduan penerangan mengisi pelepasan cukai 2023 (download di bawah)

Nota_BE Pelepasan Cukai 2023

Sedikit maklumat berkenaan dengan pelepasan cukai

Beberapa perkara mengenai pelepasan cukai tahun 2023

Rujukan grafik FB Rasmi LHDN

Gaya hidup – Perbelanjaan untuk kegunaan / manfaat diri sendiri, suami / isteri atau anak bagi:

Pembelian atau langganan buku / jurnal / majalah / surat khabar / lain-lain penerbitan seumpamanya

Perbelanjaan bagi pembelian atau langganan buku, jurnal, majalah, surat khabar dan lain-lain penerbitan seumpamanya (dalam bentuk hardcopy atau elektronik tetapi TIDAK termasuk bahan bacaan yang terlarang seperti majalah lucah) untuk kegunaan diri sendiri, pasangan atau anak dibenarkan sebagai potongan.

Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet

Perbelanjaan bagi pembelian komputer peribadi, telefon pintar (smartphone) atau tablet [TIDAK termasuk caj tambahan jaminan (warranty)] untuk kegunaan diri sendiri, pasangan atau anak, dan BUKAN digunakan untuk tujuan perniagaan.

Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 dan bayaran keahlian gimnasium

Perbelanjaan untuk kegunaan diri sendiri, pasangan atau anak bagi:

  1. (a)  pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan

    mengikut jenis sukan yang disenaraikan dalam Akta Pembangunan Sukan 1997. Peralatan sukan termasuk alat-alat yang mempunyai jangka hayat yang singkat seperti bola golf dan bulu tangkis tetapi TIDAK TERPAKAI kepada jenis basikal bermotor; serta

  2. (b)  bayaran keahlian gimnasium (TIDAK TERMASUK keahlian kelab yang menyediakan kemudahan gimnasium).

Subperenggan 46(1)(p)(iii) ACP 1967.

Bayaran bil bulanan bagi langganan untuk internet

Bayaran bil bulanan bagi langganan internet yang didaftarkan atas nama individu untuk kegunaan sendiri, pasangan dan anak.
Subperenggan 46(1)(p)(iv) ACP 1967.

Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997

Perbelanjaan bagi pembelian peralatan sukan bagi apa- apa aktiviti sukan yang disenaraikan di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 (TIDAK termasuk basikal roda dua bermotor) untuk kegunaan diri sendiri, pasangan atau anak dibenarkan sebagai potongan.

Jumlah potongan ini adalah tambahan kepada pelepasan gaya hidup di bawah G9(iii).

Contoh:

Encik Kevin membeli peralatan sukan bagi kegunaan diri dan ahli keluarganya pada tahun 2023 yang berharga RM3,000. Amaun yang layak dituntut bagi perbelanjaan pembelian peralatan sukan di bawah perenggan 46(1)(p) bagi TT 2023 adalah sebanyak RM2,500 manakala baki perbelanjaan sebanyak RM500 adalah layak dituntut sebagai pelepasan tambahan khusus untuk sukan di bawah perenggan 46(1)(u) bagi TT 2023

Bayaran sewa atau fi kemasukan ke fasiliti sukan

Perbelanjaan bayaran sewaan atau fi kemasukan ke mana-mana fasiliti sukan untuk kegunaan diri sendiri, pasangan atau anak.

Yuran penghantaran anak berumur 6 tahun dan ke bawah ke taman asuhan kanak-kanak /tadika yang berdaftar

Potongan ini dibenarkan berhubung yuran penghantaran anak yang berumur 6 tahun dan ke bawah ke:

– taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan tertakluk pada Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; atau

– tadika yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan tertakluk pada Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Potongan ini terhad kepada RM3,000 walaupun bilangan anak yang memenuhi syarat-syarat tersebut melebihi satu. Sekiranya amaun tuntutan kurang daripada RM3,000, amaun potongan yang dibenarkan adalah terhad kepada amaun yang dibayar sahaja.

Sekiranya taksiran suami dan isteri dibuat secara berasingan, potongan cukai di bawah perenggan ini hanya boleh dituntut sama ada oleh suami ATAU isteri yang melakukan perbelanjaan tersebut.

Bagi pasangan yang sudah bercerai, potongan cukai ini layak dituntut oleh bekas suami dan bekas isteri dengan syarat kedua-duanya telah membuat pembayaran bagi yuran penjagaan anak dan anak tersebut bukan anak yang sama.

Tuntutan potongan ini hendaklah disokong dengan:
 dokumen kelahiran anak (MyKid atau sijil kelahiran); dan
 resit pembayaran yuran bulanan yang dikeluarkan oleh taman asuhan

kanak-kanak atau tadika tersebut.

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Panduan Penerangan Pelepasan Cukai Taksiran 2023 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Panduan Penerangan Pelepasan Cukai Taksiran 2023

Panduan Penerangan Pelepasan Cukai Taksiran 2023 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Panduan Penerangan Pelepasan Cukai Taksiran 2023 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Panduan Penerangan Pelepasan Cukai Taksiran 2023 Reviewed by Unknown on 12:15 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.