Top Ad unit 728 × 90

Nombor Kod Fail Sekolah Terkini Bermula 2020

Nombor Kod Fail Sekolah Terkini Bermula 2020 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Nombor Kod Fail Sekolah Terkini Bermula 2020

Perkongsian ini adalah berkenaan dengan klasifikasi fail sekolah ataupun nombor kod fail sekolah terkini bermula 2020. Nombor kod fail ini adalah hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Arkib Negara Malaysia (ANM)

Manual Klasifikasi Fail Sekolah ini disediakan dengan tujuan membantu pegawai dan kakitangan untuk memastikan pengurusan rekod dilaksanakan dengan cekap dan teratur. Seterusnya, memudahkan pencapaian dan perkongsian maklumat.

Pengurusan sistem fail yang baik akan membolehkan pengesanan dan pengeluaran fail dengan segera. Seterusnya, sesuatu maklumat dapat diperoleh dengan cepat dan tindakan dapat diambil dengan segera. Keadaan ini akan dapat meningkatkan kecekapan pentadbiran serta memberi kepuasan kepada pengguna serta meningkatkan kecekapan tadbir urus kementerian.

Penggunaan Klasifikasi Fail berdasarkan fungsi dalam sektor awam telah disebar luaskan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007 – Panduan Pengurusan Pejabat. Klasifikasi Fail ini dapat mewujudkan keseragaman dalam pengurusan rekod kerajaan.

Klasifikasi Fail adalah perkara yang berkaitan fungsi, aktiviti khusus dan sub-aktiviti bagi sesebuah organisasi. Ia menggambarkan perkhidmatan teras sesebuah organisasi yang menyediakan satu kerangka pengurusan rekod yang sistematik. Ia akan mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Sepertimana tercatat dalam template Klasifikasi Fail yang dimajukan, terdapat peringkat/hierarki klasifikasi (tulisan berwarna) iaitu :

3.1 Fungsi (tulisan warna merah) – peringkat ini bukan merupakan peringkat fail, ianya merupakan penetapan fungsi kepada sesuatu klasifikasi contohnya fungsi PENTADBIRAN. Ianya digunakan sebagai rujukan di bawah fungsi mana sesuatu fail akan diwujudkan berdasarkan kepada Fungsi atau Aktiviti yang dijalankan ;

3.2  Aktiviti (tulisan warna biru) – peringkat ini bukan merupakan peringkat fail, ianya merupakan peringkat aktiviti yang menyokong kepada sesuatu Fungsi. Ianya digunakan sebagai rujukan untuk mewujudkan fail dalam skop yang lebih kecil. Contoh di bawah Fungsi PENTADBIRAN ada Aktiviti PENGURUSAN MESYUARAT ;

3.3  Sub-aktiviti (tulisan warna hijau) – peringkat ini bukan merupakan peringkat fail, ianya merupakan peringkat sub-aktiviti yang menyokong kepada sesuatu aktiviti. Ianya digunakan sebagai rujukan untuk mewujudkan fail secara lebih terperinci. Contoh di bawah Fungsi PENTADBIRAN ada Aktiviti PENGURUSAN MESYUARAT ada sub aktiviti MESYUARAT DALAM JABATAN ; dan

3.4  Transaksi/Fail (tulisan warna hitam) – ini merupakan peringkat fail, pewujudan fail adalah berdasarkan keperluan iaitu apabila ada surat/dokumen yang perlu dimasukkan ke dalam fail maka baru dibuka fail tersebut. Ini mengelakkan fail kosong dibuka. Contoh di bawah Fungsi PENTADBIRAN ada Aktiviti PENGURUSAN MESYUARAT ada sub aktiviti MESYUARAT DALAM JABATAN, fail MESYUARAT PENGURUSAN JPN.

Contoh :

100 PENTADBIRAN

100-1 Pengurusan Mesyuarat

100-1/1  Mesyuarat Dalam Jabatan

100-1/1/1 Mesyuarat Pengurusan JPN

Antara contoh nombor bagi pengurusan fail sekolah. Gambar di bawah contoh pengurusan pentadbiran di sekolah

Gambar di bawah pula merupakan contoh bagi pengurusan kurikulum sekolah

Gambar di bawah untuk pengurusan kokurikulum di sekolah

Gambar di bawah adalah untuk pengurusan hal ehwal murid…

Berikut merupakan manual klasifikasi fail sekolah atau nombor kod fail sekolah…kongsikan…

Manual Klasifikasi Fail Sekolah

Semoga bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

The post Nombor Kod Fail Sekolah Terkini Bermula 2020 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Nombor Kod Fail Sekolah Terkini Bermula 2020

Nombor Kod Fail Sekolah Terkini Bermula 2020 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Nombor Kod Fail Sekolah Terkini Bermula 2020 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Nombor Kod Fail Sekolah Terkini Bermula 2020 Reviewed by Unknown on 12:52 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.