Top Ad unit 728 × 90

Teknik Menjawab Kertas 1 Bahasa Melayu SPM

Teknik Menjawab Kertas 1 Bahasa Melayu SPM medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Teknik Menjawab Kertas 1 Bahasa Melayu SPM

SPM atau Sijil Pelajaran Malaysia merupakan satu peperiksaan awam yang sangat penting kepada pelajar. Peperiksaan ini akan menilai pencapaian pelajar sepanjang 11 tahun dalam peringkat persekolahan rendah dan menengah. Peperiksaan ini amat penting kerana akan menentukan jurusan dan universiti / pusat pengajian tinggi yang boleh dimasuki oleh pelajar.

Dalam menghampiri permulaan peperiksaan bertulis SPM yang semakin hampir ini, pastinya ramai rakan guru yang menyediakan pelbagai bentuk latih tubi dan soalan soalan percubaan spm daripada pelbagai negeri. Ini bagi membiasakan diri murid dengan pelbagai aras dan bentuk soalan percubaan spm ini.

Selain soalan soalan percubaan SPM daripada tahun semasa atau tahun terdahulu, guru juga pastinya akan mendedahkan murid dengan pelbagai teknik menjawab dan kemahiran menjawab soalan soalan supaya murid menyedari beberapa langkah penting dalam mendapatkan markah dan juga tackle soalan dengan baik.

Antara ciri karangan yang baik adalah memenuhi dan menepati kehendak arahan soalan, mempunyai isi-isi penting yang cukup, mempunyai idea yang tersusun iaitu isi yang penting didahulukan dan isi yang kurang penting dikemudiankan, mempunyai perenggan yang padu dengan isi , huraian, serta contoh yang sesuai, menggunakan kosa kata mengikut laras bahasa yang betul dan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul.

Karangan yang lengkap dengan segala isi penting tetapi susunan yang tidak teratur hingga menyebabkan gaya dan pengolahan kurang lancar akan menyebabkan markah tidak dapat diberi pada peringkat cemerlang kerana cacat.

Pendahuluan merupakan pintu gerbang bagi sesuatu karangan. Pemeriksa akan dapat membuat tanggapan pertama melalui penulisan pendahuluan. Pendahuluan yang menarik akan berjaya menambat hati pemeriksa.

Pendahuluan yang hambar pula akan mematikan minat pemeriksa. Pendahuluan yang dibina mestilah berkisar tentang isu yang dkemukakan dalam soalan.

Berikut merupakan bahan bacaan tips dan teknik menjawab kertas 1 bahasa melayu SPM. Credit kepada Cg Saharuddin bin Abdullah.

teknik menjawab kertas 1 bahasa melayu spm

Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Teknik Menjawab Kertas 1 Bahasa Melayu SPM appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Teknik Menjawab Kertas 1 Bahasa Melayu SPM

Teknik Menjawab Kertas 1 Bahasa Melayu SPM merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Teknik Menjawab Kertas 1 Bahasa Melayu SPM atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Teknik Menjawab Kertas 1 Bahasa Melayu SPM Reviewed by Unknown on 9:16 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.