Top Ad unit 728 × 90

Koleksi Kertas Kerja dan Buku Program Ihya Ramadhan

Koleksi Kertas Kerja dan Buku Program Ihya Ramadhan medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Koleksi Kertas Kerja dan Buku Program Ihya Ramadhan

Sesungguhnya bulan Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima kehadiran Ramadhan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan.

PERINCIAN PROGRAM

PELANCARAN IHYA’ RAMADHAN

TUJUAN:

Merasmikan Program Ihya’ Ramadhan Menghebahkan aktiviti sepanjang Bulan Ramadhan Menggalakkan penyertaan pelajar mengikuti aktiviti yang dianjurkan

CARA PELAKSANAAN:

  • Dilaksanakan pada perhimpunan rasmi sekolah
  • Edaran pamplet kepada semua guru dan ketua kelas

TADARUS AL-QURAN

TUJUAN:

  • Memperbaiki bacaan kepada lebih baik dari semua aspek terutamanya tajwid
  • 1 bulan khatam 30 juzuk

CARA PELAKSANAAN:

  • Dilaksanakan setiap selepas Solat Zohor / Asar / Ikut kesesuaian
  • Dilaksanakan mengikut kumpulan yang ditentukan oleh penyelaras program
  • Setiap kumpulan WAJIB khatam 30 juzuk sebelum Majlis Khatam Al-Quran berlangsung.
  • Setiap kumpulan yang khatam  akan diberi cenderahati

BULETIN RAMADHAN

TUJUAN:

  • Menyampaikan pelbagai maklumat tentang kelebihan ibadah puasa, adab menyambut Hari Raya Aidil Fitri

CARA PELAKSANAAN:

  • Diedarkan mengikut kelas sekali seminggu

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & IFTHOR RAMADHAN

 TUJUAN:

  • Mengeratkan ukhuwwah antara semua warga sekolah
  • Salah satu keperluan kerohanian yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam bulan Ramadhan ialah khatam Al-Quran.

CARA PELAKSANAAN:

  • Dilaksanakan pada minggu terakhir bulan Ramadhan
  • Pelajar yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran ditentukan oleh penyelaras program
  • Semua pelajar dan guru mengikuti Majlis Khatam Al-Quran
  • Disusuli dengan Majlis Ifthor Ramadhan (Berbuka puasa) dan diakhiri dengan Solat Terawih

SOLAT TERAWIH/ QIAMULAIL

TUJUAN:

  • Mengamalkan kelebihan dan perkara sunnah di bulan Ramadhan
  • Mengimarahkan lagi malam Ramadhan
  • Mencari keredhaan Allah S.W.T
  • Membina kekuatan rohani dalam diri pelajar.

CARA PELAKSANAAN:

  • Solat Terawih
  • Dilaksanakan di musolla sekolah
  • Qiamulail
  • Dilaksanakan secara berjemaah di musolla sekolah.
  • Diadakan empat kali sebulan
  • Antara solat yang dilaksanakan solat tahajjud, solat hajat, solat sunat taubat, solat witir dan ditutup dengan makan sahur jamaie

RAMADHAN KE UDARA/TAZKIRAH

TUJUAN:

  • Menyampaikan pelbagai info tentang fadhilat Ramadhan, bacaan zikir, bacaan ayat-ayat pendek dan tazkirah melalui p.a. sistem setiap pagi
  • Memberi peluang kepada guru dan pelajar menyampaikan salam Ramadhan dan ucapan Hari Raya Aidilfitri

CARA PELAKSANAAN:

  • Melantik pelajar menguruskan perjalanan program ini
  • Guru memantau perjalanan program ini

TAYANGAN RAMADHAN

TUJUAN:

  • Menghidupkan bulan Ramadhan dengan pengisian yang berfaedah
  • Mengisi waktu rehat pelajar

CARA PELAKSANAAN:

  • Ditayangkan di bilik tayangan sekolah
  • Pelajar yang terlibat mengikut jadual yang ditetapkan oleh penyelaras program
  • Dilaksanakan pada waktu rehat dan dipantau oleh guru bertugas

GOTONG-ROYONG SURAU

TUJUAN :

  • Membersihkan dan menceriakan surau sekolah
  • Mengeratkan ukhuwwah di kalangan pelajar dan guru
  • Mengisi masa yang berfaedah
  • Memupuk nilai murni dan akhlak mulia di kalangan pelajar

CARA PELAKSANAAN:

  • Dilaksanakan sekali dalam sebulan
  • Melibatkan ahli-ahli Persatuan Agama Islam dengan kerjasama AJK Surau

CERAMAH IHYA’ RAMADHAN

TUJUAN:

  • Sebagai persediaan menghayati sepuluh malam terakhir (Lailatul Qadar)
  • Menimbulkan perasaan gembira dan cinta berada di bulan Ramadhan
  • Melahirkan perasaan rindu pada Ramadhan akan datang
  • Pelajar berada di landasan yang benar ketika menyambut ketibaan bulan Syawal

CARA PELAKSANAAN:

  • Dilaksanakan sebelum sepuluh Ramadhan terakhir
  • Dilaksanakan di dataran perhimpunan sekolah
  • Sasaran kepada semua warga sekolah

PROGRAM  MAHABBAH (SUMBANGAN) 

TUJUAN:

  • Membuat amal ibadah di bulan yang penuh barakah ini dengan memberi sedikit bantuan kepada mereka yang memerlukan.
  • Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa pelajar yang susah.
  • Membantu mereka yang memerlukan.

CARA PELAKSANAAN:

  • Mengutip sumbangan daripada guru, kakitangan serta pihak-pihak luar
  • Memilih pelajar yang layak menerima sumbangan
  • Sumbangan diberikan pada Majlis Ifthor Ramadhan

MUBARAH RAMADHAN

TUJUAN:

  • Mencungkil bakat-bakat pelajar
  • Mewujudkan persaingan sihat di kalangan pelajar
  • Menguji pengetahuan am pelajar berkaitan Ramadhan

CARA PELAKSANAAN

  • Dilaksanakan selama dua minggu mengikut tarikh yang ditetapkan
  • Antara pertandingan yang diadakan:
  • Kuiz Ramadhan
  • Mereka kad raya
  • Menulis esei pendek
  • Mencipta sajak
  • Penyampaian hadiah diberi pada Majlis Khatam Al-Quran

 Berikut merupakan koleksi kertas kerja dan buku program ihya ramadhan yang boleh dilaksanakan di sekolah.

Kertas kerja ihya Ramadhan

Contoh 2 kertas kerja ihya ramadhan

Pamplet Ihya Ramadhan

Buku program Ihya Ramadhan

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Koleksi Kertas Kerja dan Buku Program Ihya Ramadhan appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Koleksi Kertas Kerja dan Buku Program Ihya Ramadhan

Koleksi Kertas Kerja dan Buku Program Ihya Ramadhan merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Koleksi Kertas Kerja dan Buku Program Ihya Ramadhan atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Koleksi Kertas Kerja dan Buku Program Ihya Ramadhan Reviewed by Unknown on 11:15 AM Rating: 5

2 comments:

  1. assalamualaikum admin,

    saya mohon rujuk dan jadikan panduan untuk program di sekolah saya.
    minta halal ilmunya. terima kasih

    ReplyDelete
  2. salam admin

    saya guna ya kertas kerja untuk kegunaan murid saya

    terima kasih

    ReplyDelete

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.