Top Ad unit 728 × 90

Teknik Membuat Rumusan

Teknik Membuat Rumusan medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Teknik Membuat Rumusan

Perkongsian kali ini melibatkan bahan Bahasa Melayu sesuai untuk peringkat sekolah rendah dan menengah iaitu Teknik Membuat Rumusan

Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.

Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).

Antara nota dan latihan berkaitan dengan ini adalah

PERATURAN MERUMUS

i. Perlu mengenal pasti isi-isi utama dalam petikan

ii. Asingkan isi utama dan isi sampingan, huraian dan bukti

iii. Panjang rumusan mestilah tidak melebihi 120pp

iv. Jumlah isi tersurat dan tersirat adalah antara 2 – 8 isi dan boleh ditulis lebih asalkan tidak melebihi jumlah patah kata

v. Boleh memetik ayat dalam petikan, asalkan tidak disalin secara terus. Tukar dengan perkataan lain / tukarkan penanda wacana

vi. Rumusan mesti ditulis dalam 4 peranggan iaitu peranggan pendahuluan, isi tersurat, isi tersirat dan kesimpulan

1. Menulis frasa pendahuluan
CONTOH : Petikan membincangkan/ membicarakan/ menyatakan…

2. Tukarkan arahan 1 dengan sinonim
CONTOH: Petikan membincangkan punca-punca/ sebab- sebab penderaan pembantu rumah…

3. Letakkan penambahan sedikit pada hujung ayat yang menggambarkan keseluruhan petikan seperti di negara kita/ pada masa ini / dalam kalangan …

CONTOH: Petikan membincangkan perkara-perkara yang mendorong majikan mendera pembantu rumah mereka di negara ini.

CONTOH ISI TERSURAT

I: Isi tersurat merupakan isi yang terdapat secara langsung dalam petikan memenuhi arahan soalan / tugasan pertama.

II, Jika arahan soalan ialah faktor….. isi tersurat mestilah berkaitan dengan faktor.

III. Pelajar dilarang menyalin bulat-bulat / keseluruhan ayat daripada petikan. Calon mesti menggunakan ayat sendiri dengan membuat sedikit penggubahsuaian dari ayat asal

IV. Beberapa ayat boleh digabungkan dalam ayat majmuk tetapi mesti lengkap.

CONTOH ISI TERSIRAT

I. Isi tersirat merupakan ulasan yang munasabah terhadap unsur kedua /kata tugas kedua dalam arahan soalan

II. Sekiranya unsur isi tersirat dalam arahan soalan kedua…. kesan-kesan.. maka pelajar hendaklah menulis kesan yang munasabah.

Contoh :
Penderaan menyebabkan pembantu rumah mengalami tekanan jiwa/ perasaan

CONTOH PENUTUP

I. Dalam bahagian ini, pelajar mesti mengemukakan 2 unsur yang dapat menyimpul / merumus petikan

II. Unsur pertama – menyatakan cadangan/ saranan terhadap isu….. dengan ditandakan dengan kata… mestilah/ haruslah / hendaklah.

III. Unsur kedua – menyatakan harapan / penyelesaian terhadap isu. Harapan ini ditandakan dengan kata … agar / supaya

Contoh :

Kesimpulannya, kerajaan hendaklah membendung masalah penderaan pembantu rumah dengan segera agar hak-hak mereka dapat dilindungi.

Berikut merupakan bahan Teknik Membuat Rumusan

TEKNIK MEMBUAT RUMUSAN

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Teknik Membuat Rumusan appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Teknik Membuat Rumusan

Teknik Membuat Rumusan merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Teknik Membuat Rumusan atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Teknik Membuat Rumusan Reviewed by Unknown on 5:14 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.