Top Ad unit 728 × 90

Senarai Perkataan Bahasa Melayu Yang Kita Salah Tulis

Senarai Perkataan Bahasa Melayu Yang Kita Salah Tulis medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

ejaan-salah-dan-betul

Sebenarnya ramai dikalangan kita yang mungkin kurang peka pada perubahan ejaan yang berlaku. Hal ini kerana segala perubahan ini bukanlah diwar-warkan secara meluas sebaliknya kita sendiri yang perlu sentiasa merujuk kepada bahagian Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengetahui jika ada perubahan ejaan bagi mana-mana perkataan.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu adalah salah satu tempat untuk kita membuat rujukan mengenai cara ejaan ini. Selain ejaan-ejaan perkataan baru, PRPM ini juga ada memberikan update terkeini bagi ejaan-ejaan perkataan lama.

Kali ini admin ingin menyentuh lebih kurang 37 ejaan bahasa melayu yang mungkin kita telah salah menyimpang jauh dari ejaan sebenar.

Senarai 37 Ejaan Bahasa Melayu Mungkin Ramai Salah Eja

  1. Ejaan Agen (x) dan Ejen (/)

2. Ejaan Analisa (x) dan Analisis (/)

3. Ejaan Atlit (x) dan Atlet (/)

4. Ejaan Audien (x) dan Audiens (/)

5. Ejaan Baucer (x) dan Baucar (/)

6. Ejaan Buffet (x) dan Bufet (/)

7. Ejaan Bumiputra (x) dan Bumiputera (/)

8. Ejaan Catit (x) dan Catat (/)

9. Ejaan Efisyen (x) dan Efisien (/)

10. Ejaan Ehsan (x) dan Ihsan (/)

11. Ejaan Emel (x) dan E-mel (/)

12. Ejaan Faksimili (x) dan Faksimile (/)

13. Ejaan Garfu (x) dan Garpu (/)

14. Ejaan Hajjah (x) dan Hajah (/)

15. Ejaan InsyaAllah (x) dan Insya-Allah (/)

16. Ejaan Istirehat (x) dan Istirahat (/)

17. Ejaan Karenah (x) dan Kerenah (/)

18. Ejaan Kerinting (x) dan Keriting (/)

19. Ejaan Kolestrol (x) dan Kolesterol (/)

20. Ejaan Komersil (x) dan Komersial (/)

21. Ejaan Komisyen (x) dan Komisen (/)

22. Ejaan Kontingen (x) dan Kontinjen (/)

23. Ejaan Korum (x) dan Kuorum (/)

24. Ejaan Lagenda (x) dan Legenda (/)

25. Ejaan Lojik (x) dan Logik (/)

26. Ejaan Losyen (x) dan Losen (/)

27. Ejaan Merbahaya (x) dan Berbahaya (/)

28. Ejaan Mertua (x) dan Mentua (/)

29. Ejaan Minima (x) dan Minimum (/)

30. Ejaan Paspot (x) dan Pasport (/)

31. Ejaan Pengembala (x) dan Penggembala (/)

32. Ejaan Pensil (x) dan Pensel (/)

33. Ejaan Redha (x) dan Reda (/)

34. Ejaan Silaturrahim (x) dan Silaturahim (/)

35. Ejaan Spesis (x) dan Spesies (/)

36. Ejaan Stokin (x) dan Stoking (/)

37. Ejaan Sunnah (x) dan Sunah (/)

Semua gambar ini diambil dari says.

Senarai Perkataan Bahasa Melayu Yang Kita Salah Tulis
Encik Mohd Aried Rifke


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Senarai Perkataan Bahasa Melayu Yang Kita Salah Tulis

Senarai Perkataan Bahasa Melayu Yang Kita Salah Tulis merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Senarai Perkataan Bahasa Melayu Yang Kita Salah Tulis atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Senarai Perkataan Bahasa Melayu Yang Kita Salah Tulis Reviewed by Unknown on 5:50 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.