Top Ad unit 728 × 90

Modul Pembolehubah UPSR

Modul Pembolehubah UPSR medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Modul Pembolehubah UPSR

Walaupun format UPSR sudah berubah bermula 2016, namun soalan berbentuk Kemahiran Proses Sains melibatkan pembolehubah masih disoal pada soalan nombor 7 dan nombor 8 kebiasaanya.

Mahupun begitu, soalan berbentuk pembolehubah ini agak sukar dijawab oleh murid sederhana dan lemah. Ini disebabkan, bagi menulis dengan tepat, terdapat parameter yang perlu digunakan oleh murid dengan betul. Tambahan pula, murid perlu mengenalpasti dengan sebaiknya pembolehubah-pembolehubah yang terdapat dalam soalan tersebut.

Pemboleh ubah ialah faktor-faktor atau perkara-perkara yang boleh mempengaruhi sesuatu eksperimen Sains. Pada umumnya, untuk menulis sesuatu pembolehubah ianya mengandungi dua perkara iaitu parameter dan benda kecuali berkaitan dengan masa seperti tahun, bulan, minggu dan hari. Ianya hanya mengandungi parameter sahaja.

Terdapat 3 pemboleh ubah iaitu Pemboleh ubah dimanipulasikan (PM) atau apa yang diubah yang merupakan perkara yang kita ubah-ubah diawal sesuatu eksperimen. Kedua ialah pemboleh ubah bergerak balas (PB) atau ppa yang diukur / diperhatikan  yang merupakan  Hasil eksperimen / keputusan eksperimen yang diperhatikan / dicatat. Yang ketiga ialah pemboleh ubah malar (PMalar) atau Apa yang ditetapkan / dimalarkan / sama  yang merupakan perkara yang ditetapkan / sama  supaya tidak mempengaruhi keputusan eksperimen.

Pembolehubah boleh dikenalpasti melalui jadual, graf, carta dan rajah serta ayat yang diberikan. Biasanya dalam jadual menegak, apa yang diukur (PB) adalah pada kolum yang akhir. Bagi jadual berbentuk menegak, untuk menentukan sama ada kolum 1 atau 2, apa yang diubah (PM) atau apa yang ditetapkan (P MALAR) kita perlu melihat data yang diberikan.

Jika datanya tidak sama maka kolum tersebut adalah apa yang diubah (PM). Jika datanya sama maka kolum tersebut adalah apa yang ditetapkan (P MALAR). Begitu jugalah bagi jadual berbentuk melintang, apa yang diukur  (PB) adalah pada baris yang akhir.

Untuk menentukan sama ada baris 1 atau baris 2, apa yang diubah (PM) atau apa yang tetap (P MALAR) kita perlu melihat data yang diberikan. Jika datanya tidak sama maka baris  tersebut adalah apa yang diubah (PM). Jika datanya sama maka baris  tersebut adalah apa yang ditetapkan (P MALAR).

Berikut merupakan modul pembolehubah yang mengandungi panduan, parameter, nota soalan sebagai persediaan UPSR format baru ini di bawah ini.

Modul Pembolehubah UPSR

Semoga bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Modul Pembolehubah UPSR appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Modul Pembolehubah UPSR

Modul Pembolehubah UPSR merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Modul Pembolehubah UPSR atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Modul Pembolehubah UPSR Reviewed by Unknown on 3:25 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.