Modul Literasi Bahasa Melayu (LINUS) – Mari Membaca
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia
Modul Literasi Bahasa Melayu (LINUS) – Mari Membaca. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan modul berkaitan salah satu komponen penting dalam Program LINUS iaitu modul bagi literasi Bahasa Melayu.
Modul ini bertajuk Mari Membaca yang telah dihasilkan oleh Teacher Nabila. Modul ini sesuai digunakan dalam menjalankan ujian saringan dalam Program Linus di sekolah.
Modul ini disusun berdasarkan 12 konstruk yang telah ditetapkan oleh BPK KPM seperti berikut :
Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, terdapat 12 konstruk yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu seperti berikut :
- Konstruk 1: Keupayaan membaca (membunyikan) dan menulis huruf vokal dan konsonan
- Konstruk 2: Keupayaan membaca (membunyikan) dan menulis suku kata terbuka
- Konstruk 3: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka
- Konstruk 4: Keupayaan membaca (membunyikan) dan menulis suka kata tertutup
- Konstruk 5: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup
- Konstruk 6: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’
- Konstruk 7: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
- Konstruk 8: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding
- Konstruk 9: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung
- Konstruk 10: Keupayaan membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran
- Konstruk 11: Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah
- Konstruk 12: Keupayaan membaca, memahami dan menulis berdasarkan bahan rangsangan.
PREVIEW MODUL MARI MEMBACA
Sehubungan dengan itu, anda boleh memuat turun modul ini pada pautan muat turun yang telah disediakan.
Dapatkan “Modul Literasi Bahasa Melayu (LINUS) – Mari Membaca” di sini
Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.
Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’
Download : Modul Literasi Bahasa Melayu (LINUS) – Mari Membaca
KREDIT KEPADA CIKGU NABILA
Jutaan terima kasih kepada Teacher Nabila kerana sudi mengongsikan modul ini kepada kita semua. Sehubungan dengan itu, semoga perkongsian pada kali ini iaitu Modul Literasi Bahasa Melayu (LINUS) – Mari Membaca bermanfaat kepada semua khususnya guru yang terlibat dalam menjalankan program LINUS ini.
Modul Literasi Bahasa Melayu (LINUS) – Mari Membaca
Mohd Suhaimin Isnen
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Modul Literasi Bahasa Melayu (LINUS) – Mari Membaca
Modul Literasi Bahasa Melayu (LINUS) – Mari Membaca merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Modul Literasi Bahasa Melayu (LINUS) – Mari Membaca atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: