12 Konstruk dalam Program LINUS2.0
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia
12 Konstruk dalam Program LINUS2.0. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyedari bahawa isu asas literasi dan numerasi masih belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun telah dilaksanakan pelbagai program pemulihan di sekolah-sekolah.
Disebabkan perkara itu, Program LINUS (Literacy and Numeracy Screening) telah dilaksanakan iaitu satu program yang dirancang dengan lebih teliti dan sistematik dalam memastikan kemahiras asas dalam literasi dan numerasi dapat dicapai dalam kalangan murid sekolah rendah.
KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tiada masalah pembelajaran berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi sebelum berakhir persekolahan Tahap I. Program LINUS mula dilaksanakan pada tahun 2010 yang melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah dan telah mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun 2012.
Program LINUS diperluas skopnya dengan memasukkan Bahasa Inggeris dalam komponen literasi mulai tahun 2013 dan dikenali sebagai Program LINUS2.0. Peluasan ini bertujuan untuk mengukuhkan penguasaan literasi bahasa Inggeris dalam kalangan murid Tahap I.
Sehubungan dengan itu, terdapat konstruk yang telah ditetapkan dalam Program LINUS2.0 ini mengikut mata pelajaran iaitu seperti yang berikut :
Konstruk Literasi (Bahasa Melayu)
Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, terdapat 12 konstruk yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu seperti berikut :
- Konstruk 1: Keupayaan membaca (membunyikan) dan menulis huruf vokal dan konsonan
- Konstruk 2: Keupayaan membaca (membunyikan) dan menulis suku kata terbuka
- Konstruk 3: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka
- Konstruk 4: Keupayaan membaca (membunyikan) dan menulis suka kata tertutup
- Konstruk 5: Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup
- Konstruk 6: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup ‘ng’
- Konstruk 7: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong
- Konstruk 8: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding
- Konstruk 9: Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung
- Konstruk 10: Keupayaan membaca dan menulis perkataan berimbuhan awalan dan akhiran
- Konstruk 11: Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah
- Konstruk 12: Keupayaan membaca, memahami dan menulis berdasarkan bahan rangsangan
Konstruk Literasi (Bahasa Inggeris)
Dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pula, terdapat 12 konstruk yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu seperti berikut :
- Konstruk 1: Able to identify and distinguish the shapes of the alphabet
- Konstruk 2: Able to associate sounds with the letters of the alphabet
- Konstruk 3: Able to blend phonemes into recognisable words
- Konstruk 4: Able to segment words into phonemes
- Konstruk 5: Able to understand and use the language at word level
- Konstruk 6: Able to participate in daily conversations using appropriate phrases
- Konstruk 7: Able to understand and use the language at phrase level in linear texts
- Konstruk 8: Able to understand and use the language at phrase level in nonlinear texts
- Konstruk 9: Able to read and understand sentences with guidance
- Konstruk 10: Able to understand and use the language at sentence level in non-linear texts
- Konstruk 11: Able to understand and use the language at paragraph level in linear texts
- Konstruk 12: Able to construct sentences with guidance
Konstruk Numerasi (Matematik)
Dalam mata pelajaran Matematik bagi program ini pula, terdapat 12 konstruk yang telah ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu seperti berikut :
- Konstruk 1: Keupayaan pranombor dan mengenal angka
- Konstruk 2: Keupayaan membilang
- Konstruk 3: Keupayaan memahami nilai nombor
- Konstruk 4: Keupayaan membuat seriasi
- Konstruk 5: Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
- Konstruk 6: Keupayaan menyatakan waktu
- Konstruk 7: Keupayaan mengendalikan operasi asas
- Konstruk 8: Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia
- Konstruk 9: Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu
- Konstruk 10: Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya
- Konstruk 11: Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
- Konstruk 12: Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang
Berdasarkan senarai konstruk di atas, dapat disimpulkan bahawa dalam setiap mata pelajaran (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik), terdapat 12 konstruk yang telah ditetapkan sebagai panduan kepada guru dalam melaksanakan program LINUS2.0 ini melalui ujian saringan yang dilakukan.
Semoga perkongsian berkaitan 12 Konstruk dalam Program LINUS2.0 ini membantu guru sebagai panduan dalam melaksanakan program ini di sekolah khususnya dalam bilik darjah.
SUMBER : BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
12 Konstruk dalam Program LINUS2.0
Mohd Suhaimin Isnen
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
12 Konstruk dalam Program LINUS2.0
12 Konstruk dalam Program LINUS2.0 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link 12 Konstruk dalam Program LINUS2.0 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: