Top Ad unit 728 × 90

Guru ini kongsikan cara selesaikan hutang kereta 2 tahun lebih cepat

Guru ini kongsikan cara selesaikan hutang kereta 2 tahun lebih cepat medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Guru ini kongsikan cara selesaikan hutang kereta 2 tahun lebih cepat

Pengurusan hutang sangat penting dalam kehidupan sekarang kerana banyak keperluan kita diperolehi melalui hutang ataupun sewa beli melalui bank. Bagaimana jika terdapat cara untuk kita pendekkan tempoh hutang kita dengan bank. Penulisan berikut merupakan apa yang telah dikongsikan oleh seorang individu yang bekerja sebagai guru berkenaan cara untuk menyelesaikan hutang kereta 2 tahun lebih cepat daripaada tempoh sepatutnya. Berikut merupakan apa yang telah dikongsikan oleh beliau.

Disebabkan ramai berminat nak tahu cara bagaimana saya selesaikan hutang kereta dgn cepat, jadi saya kongsikan sikit ilmu yg tak seberapa ni.
Harap bermanfaat buat semua.

Saya gunakan Teknik Snowball + ASBF

Teknik Snowball
-adalah teknik menghapuskan hutang paling kecil ke hutang yg semakin besar. Teknik ni banyak diajar oleh pakar-pakar kewangan. Boleh cuba google dan baca. Saya nak type panjang sangat nnt. Teknik ini bila diaplikasi/dibuat kira-kira, baru nampak keberkesanan dia. Kalau sekadar baca, tak nampak. Saya sendiri tak nampak dulu. Tapi bila dah buat, baru nampak hasilnya.

ASBF (ASB Loan)
-ini adalah “peluru” saya dalam menghapuskan hutang kereta. Dgn peluru ni, saya tak perlu lagi keluarkan duit poket utk bayar baki hutang kereta.

Pada Januari 2016, saya mula aplikasi teknik ni. Pada masa tu, baki hutang kereta ada lagi 4 tahun (RM 45080). Jumlah bayaran bulanan adalah sebanyak RM1040.

Jadi pada Januari 2016, saya apply ASBF RM 400000. Jumlah bayaran bulanan utk ASBF tersebut adalah RM2100. Utk tahun 2016, komitmen bulanan jd sgt tinggi iaitu RM 3150.

Agak stress juga masa ni. Tapi saya masih sanggup teruskan sbb matlamat saya utk hapuskan segala liabiliti dgn secepat mungkin dan tambah cashflow.

Pada Januari 2017, saya menerima dividen sebanyak 6.75% (RM 27000) dari ASBF. Dengan dividen tersebut, saya menggunakan RM 25200 untuk membuat bayaran bulanan ASBF saya utk sepanjang tahun 2017. Baki dividen yang tinggal adalah RM 1800. Baki dividen tersebut saya gunakan untuk topup bayaran kereta.

Pengiraannya
RM 1040 x 12 = Rm 12480 (Jumlah bayaran kereta sepatutnya)
RM 12480 – RM 1800 = RM 10680 (Jumlah perlu bayar selepas tolak baki dividen)
RM 10680 / 12 bulan = RM 890 (Jumlah wang yang saya perlu keluarkan setiap bulan utk bayar kereta pada 2017)

Tapi..
Pada Januari 2017, baki pinjaman kereta adalah sebanyak RM 34600. Saya meneruskan mengeluarkan wang poket sebanyak RM 3150, sama seperti tahun 2016. Masa ni excited sgt sbb dah nampak perjalanan teknik ini dgn lebih jelas.

RM 3150 – RM 890 = RM 2260 (Lebihan ini saya gunakan utk bayar prinsipal bulanan kereta)

Pada 2017, saya membayar ansuran kereta sebanyak RM 1040 + RM 2260 (bayar prinsipal). Dalam masa 11 bulan, baki hutang kereta telah dilangsaikan. Saya berjaya menjimatkan tempoh pembayaran sebanyak 25 bulan.

Dan yang paling best..
Pada Januari 2018..
Saya ada
1) Sebuah kereta yg telah selesai pembiayaan
2) Dividen ASB 7.25% sebanyak RM 29000
3) Surender Value ASBF sebanyak RM 12500
4) Baki wang pada Dis 2017 sebanyak RM 3150
Jumlah lebihan tunai sebanyak RM 44650

Simpanan Bulanan utk 2018 pun meningkat
RM 3150 x 12 bulan = RM 37800

Bagi sesiapa yang mahu rujuk facebook guru ini..boleh rujuk di sini Facebook Cikgu Adi

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Guru ini kongsikan cara selesaikan hutang kereta 2 tahun lebih cepat appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Guru ini kongsikan cara selesaikan hutang kereta 2 tahun lebih cepat

Guru ini kongsikan cara selesaikan hutang kereta 2 tahun lebih cepat merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Guru ini kongsikan cara selesaikan hutang kereta 2 tahun lebih cepat atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Guru ini kongsikan cara selesaikan hutang kereta 2 tahun lebih cepat Reviewed by Unknown on 10:38 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.