Top Ad unit 728 × 90

Jejantas stesen LRT Bandaraya ke Wisma Bumiraya siap 15 November

Jejantas stesen LRT Bandaraya ke Wisma Bumiraya siap 15 November - Peristiwa Penting, Maklumat, #Berita dan Ilmu. Informasi Semasa dan Terkini dengan pautan penuh Portal Berita Harian Online. Medium Perkongsian Bestari Wardah Berita dan Informasi. Muat Turun atau Baca berita sepenuhnya di Jejantas stesen LRT Bandaraya ke Wisma Bumiraya siap 15 November

Jejantas stesen LRT Bandaraya ke Wisma Bumiraya siap 15 November


DATUK Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib. - Foto Mohd Yusni Ariffin

KUALA LUMPUR: Projek jejantas pejalan kaki berbumbung dari stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya ke Wisma Bumiraya di Jalan Raja Laut dijangka siap 15 November depan, kata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Beliau berkata jejantas sepanjang 215 meter itu turut dilengkapi kemudahan untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

"Jalan Raja Laut adalah lokasi yang sudah lama dikenal pasti dengan kesesakan sehingga menyebabkan aliran lalu lintas menjadi perlahan dan terhenti pada waktu puncak.

"Dengan adanya jejantas ini, pejalan kaki boleh berjalan dengan selamat tanpa membahayakan nyawa mereka," katanya kepada pemberita.

Beliau merasmikan pembukaan sebahagian jambatan Sungai Gombak dari Jalan Raja Laut dan Jalan Dang Wangi ke Jalan Kuching menuju arah selatan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Phesal, pembinaan jejantas pejalan kaki itu dan jambatan Sungai Gombak sepanjang 35 meter yang mempunyai empat laluan kereta, dua laluan motosikal serta dua laluan pejalan kaki adalah antara lima skop projek Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tiga lagi skop projek ialah pembinaan jejambat sepanjang 370 meter yang menyeberangi Jalan Kuching dari Sungai Gombak menghala ke arah utara, pelebaran Jalan Kuching serta menaik taraf lorong dan laluan bas Jalan Dang Wangi sepanjang 100 meter.

"Lima skop projek bernilai RM31.8 juta yang dimulakan sejak 18 Julai 2013 itu dijangka siap sepenuhnya pada November ini," katanya.

- BERNAMA


Wardah Berita dan Informasi Jejantas stesen LRT Bandaraya ke Wisma Bumiraya siap 15 November diterbitkan oleh Media Prima Berhad pertama kalinya di laman Berita Harian Online.
Jejantas stesen LRT Bandaraya ke Wisma Bumiraya siap 15 November Reviewed by Bellicose on 8:49 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.