Top Ad unit 728 × 90

Bayi ditinggal dalam kereta berkunci

Bayi ditinggal dalam kereta berkunci - Peristiwa Penting, Maklumat, #Berita dan Ilmu. Informasi Semasa dan Terkini dengan pautan penuh Portal Berita Harian Online. Medium Perkongsian Bestari Wardah Berita dan Informasi. Muat Turun atau Baca berita sepenuhnya di Bayi ditinggal dalam kereta berkunci

Bayi ditinggal dalam kereta berkunci

SHAH ALAM: Tindakan pantas orang ramai menyelamatkan seorang bayi yang ditinggalkan dalam kereta di hadapan sebuah bank di Seksyen 9 di sini tengah hari tadi.
Bayi yang tidak diketahui jantinanya itu ditinggalkan dalam kereta ibunya yang berkunci dan enjinnya dimatikan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Azisman Alias, berkata orang ramai menyedari bayi itu ditinggalkan keseorangan dan mereka cuba mengesan ibu bapanya tetapi gagal.
"Kira-kira lima minit kemudian, orang ramai bertindak memecahkan cermin pintu belakang kereta itu untuk menyelamatkan bayi berkenaan yang sudah berpeluh.
"Ibu bayi itu tiba sebaik anaknya berjaya diselamatkan dan beliau mengakui terlupa menghidupkan enjin keretanya kerana mahu tergesa-gesa atas urusan penting," katanya.
Azisman mengucapkan terima kasih kepada anggota masyarakat yang prihatin dan menyelamatkan nyawa bayi itu.
Video tindakan pantas orang ramai menyelamatkan bayi berkenaan menjadi viral di laman Facebook dan mendapat pelbagai reaksi yang kebanyakannya mengecam tindakan ibu bayi berkenaan yang meninggalkan anaknya.
- BERNAMA

Wardah Berita dan Informasi Bayi ditinggal dalam kereta berkunci diterbitkan oleh Media Prima Berhad pertama kalinya di laman Berita Harian Online.
Bayi ditinggal dalam kereta berkunci Reviewed by Bellicose on 7:03 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.