Kata Kunci Soalan dalam Memilih Operasi Pengiraan (Matematik) dengan Tepat
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia
Kata Kunci Soalan dalam Memilih Operasi Pengiraan (Matematik) dengan Tepat. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, Sistem Guru Online mengongsikan salah satu tips dalam memilih operasi pengiraan (kira-kira) dengan betul dalam menjawab soalan khususnya dalam mata pelajaran Matematik.
Matematik merupakan mata pelajaran yang khusus kepada ilmu pengiraan. Biasanya, soalan-soalan dalam Matematik ini menguji minda murid dalam memilih operasi pengiraan yang betul dalam menyelesaikan sesuatu masalah (jawapan). Sehubungan dengan itu, berikut merupakan kata kunci yang boleh digunakan untuk mengenal pasti dalam memilih operasi pengiraan yang betul dalam menyelesaikan soalan (masalah) sama ada operasi penambahan (+), penolakan (-), pembahagian (÷) atau pendaraban (x).
KATA KUNCI OPERASI PENAMBAHAN – TAMBAH (+)
Cari jumlah
Terima/ dapat
Lebih banyak
Lebih besar/ daripada
Hasil tambah/ bertambah
Kesemuanya/ semua sekali
Selepas/ lambat/ kemudian
KATA KUNCI OPERASI PENOLAKAN – TOLAK (-)
Beza
Selisih
Kurang daripada
Lebih kecil
Dibuang / dikeluarkan
Beri kepada
Menggunakan
Baki
Yang masih ada
Sebelum
KATA KUNCI OPERASI PEMBAHAGIAN – BAHAGI (÷)
Bahagi
Hasil bahagi
Kongsi bersama
Baki dari operasi bahagi
Diagihkan sama rata
Dipotong sama rata
Purata
KATA KUNCI OPERASI PENDARABAN – DARAB(X)
Darab
Kali
Daripada (pecahan / peratus)
Jumlah bagi sesuatu bilangan
Jumlah kesemuanya
Luas (panjang x lebar)
Isipadu = (panjang x lebar x tinggi)
Hasil darab
Semoga perkongsian pada kali ini iaitu Kata Kunci Soalan dalam Memilih Operasi Pengiraan (Matematik) dengan Tepat sedikit sebanyak dalam membantu murid-murid khususnya calon UPSR dalam menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan operasi pengiraan iaitu Matematik iaitu dengan memilih operasi pengiraan yang tepat dalam menyelesaikan soalan (masalah).
Kata Kunci Soalan dalam Memilih Operasi Pengiraan (Matematik) dengan Tepat
Mohd Suhaimin Isnen
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Kata Kunci Soalan dalam Memilih Operasi Pengiraan (Matematik) dengan Tepat
Kata Kunci Soalan dalam Memilih Operasi Pengiraan (Matematik) dengan Tepat merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Kata Kunci Soalan dalam Memilih Operasi Pengiraan (Matematik) dengan Tepat atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: