PPSR Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia
PPSR Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan satu lagi pelaksanaan sistem baru di dalam dunia pendidikan negara kita. Dari hari ke hari, pelbagai perubahan, inovasi dan ajakan paradigma yang cuba dilakukan oleh pihak kementerian bagi memastikan pendidikan di negara kita setanding dengan negara-negara maju diluar sana.
Baiklah, sebelum kita pergi lebih jauh mari kita berkenalan dahulu dengan lebih details tentang PPSR. Tak kenal maka tak cinta, mungkin pepatah ini sesuai sekali dengan situasi semasa dimana belum apa-apa lagi sudah ada pihak yang menyuarakan kebimbangan dan ketidakpuasan hati mereka dengan PPSR ini. Baiklah, mari kita lihat apa sebenarnya Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah yang baru ini.
Apa itu PPSR Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah?
PPSR sebenarnya secara ringkas boleh dikatakan sebagai laporan terkahir untuk memberi maklumat tentang kemenjadian murid di akhir persekolahan rendah mereka. Untuk lebih details lagi, Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah atau singkatannya PPSR ialah suatu pelaporan pentaksiran baru hasil daripada pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang akan digunakan mulai Tahun 2018.
PPSR ini dilaksanakan untuk mentaksir pencapaian semua murid secara holistik (menyeluruh) pada peringkat pendidikan rendah (sekolah rendah) bagi menggantikan istilah pentaksiran Tahun 6 yang sedia ada iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Perbezaan Antara UPSR dan PPSR yang Paling Ketara
UPSR |
PPSR |
|
|
|
|
Penerangan Lanjut Mengenai 4 Komponen dalam PPSR
Seperti yang kita semua sudah maklum, Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah atau PPSR ini mempunyai 4 komponen utama iaitu:
1) Pentaksiran Bilik Darjah
2) Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan Dan Kokurikukum (PAJSK)
3) Pentaksiran Psikometrik
4) UPSR
Untuk lebih mendalam lagi, kita akan pergi satu persatu bagi setiap komponen PPSR ini.
Komponen #1 : Kenali Apa itu PBD Pentaksiran Bilik Darjah bagi PPSR
PBD atau lebih tepat Pentaksiran Bilik Darjah iala satu pentaksiran yang berterus dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan kebolehan dan pencapaian murid.
Jadi, PBD ini sebenarnya bersifat formatif dan mengutamakan kemajuan setiap murid selain dapat membantu para guru untuk membuat diagnostik secara individu dan menyeluruh.
Pentaksiran Bilik darjah dilihat dapat membantu guru dari segi :
- Menggalakkan pemikiran ingin tahu (inquisitive), kritis dan kreatif dalam diri murid.
- Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran.
- Menerapkan nilai ketuhanan, nilai murid, estetika dan patriotisme.
- Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
- Merancang dan mengubah suai kaedah pengajarannya.
- Mengetahui keberkesanan pengajarannya.
- Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
Untuk pengetahuan semua, PBD ini adalah dilaksanakan bagi semua matapelajaran dengan pelbagai kaedah pentaksiran oleh para guru yang mengajar subjek. Apa yang lebih menarik, tahap penguasaan (TP) murid bukan lagi satu perbandingan individu antara sesama mereka tetapi merupakan satu standard prestasi.
Tahap Penguasaan bagi Pentaksiran Bilik Darjah PBD
Tahap |
Deskripsi |
Tahap 6 Tahu, faham dan |
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatid dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi. |
Tahap 5 Tahu, faham dan |
Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif. |
Tahap 4 Tahu, faham dan |
Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu keamhiran dengan beada iaitu mengikut prsedur atau secara analitik dan sistematik. |
Tahap 3 Tahu, faham dan |
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. |
Tahap 2 Tahu dan faham |
Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi. |
Tahap 1 Tahu |
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. |
Komponen #2 : Kenali Apa itu PAJSK Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum bagi PPSR
Secara amnya, PAJSK ialah satu kaedah penilaian aktiviti kokurikulum, ekstra kurikulum dan kecergasan fizikal untuk diguna pakai oleh semua sekolah dan dilaksanakan sepanjang tempoh persekolahan setiap tahun.
PAJSK ini menilai tentang beberapa perkara iaitu penglibatan, penyertaan dan prestasi murid di dalam kelab atau persatuan, pasukan badan beruniform serta sukan permainan.
Untuk lebih details, berikut ialah rujukan untuk para guru dan masyarakat sekali boleh lihat :
- PAJSK Online oleh KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
- Manual PAJSK 2017 Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum PAJSK Online
- 3 Komponen PAJSK KPM Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan & Kokurikulum
Komponen #3 : Kenali Apa itu Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dalam PPSR
Pentaksiran psikometrik ialah satu kaedah sistematik untuk menggambarkan ciri, atribut atau tret psikologi seseorang sama ada dalam domain kognitif atau afektif. Ianya dilakukan melalui Ujian Aptitud Khusus Tahun 6 yang mana digunakan untuk melihat kecenderungan sebenar murid dalam perkara berikut iaitu :
- Bidang pembelajaran
- Aliran persekolahan
- Bidang pekerjaan
Konstruk Inventori Kecerdasan Pelbagai (IKep) Tahun 6
Mengikut KPM, terdapat 9 IKeP yang terdiri daripada :
- Muzik
- Logik-Matematik
- Visual-Ruang
- Verbal Linguistik
- Naturalis
- Kinestatik
- Interpersonal
- Intrapersonal
- Eksistensial
Komponen #4 : Kenali Apa itu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dalam PPSR
UPSR seperti yang kita sudah sedia maklum berperanan sebagai 1 checkpoint untuk mengukur kemahiran murid di dalam 4 aspek besar iaitu :
- Menulis
- Membaca
- Mengira
- Menaakul
Bagi pelaporan UPSR, gred yang digunakan adalah seperti berikut :
GRED |
TAFSIRAN GRED |
A |
Cemerlang |
B |
Baik |
C |
Memuaskan |
D |
Mencapai tahap |
E |
Belum mencapai |
Komponen Murid Berkeperluan Khas : Kenali Apa itu Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) dalam PPSR
PPsi untuk Murid Berkeperluan Khas (MBK) dibuat menerusi Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR), iaitu mengukur pencapaian murid melalui pendekatan pentaksiran bersepadu dalam situasi sebenar keperluan murid.
PASR merupakan satu pelaporan komprehensif khusus bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran dimana mereka menggunakan 1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas (KSSRPK). Terdapat 2 konstruk utama di dalam PASR iaitu ProKhas 1 dan ProKhas 2.
Kesimpulan Mengenai Pelaksanaan PPSR Bagi Menggantikan UPSR
Secara jujurnya, kita lihat pelbagai usaha hebat pihak kementeriaan untuk menjadikan sistem pendidikan negara kita menjadi antara yang terbaik di dunia. Pelaksanaan PPSR dilihat bukan suatu bebanan kepada guru dan bukan menggantikan UPSR sebalik menambahbaik UPSR kepada satu sistem pentaksiran yang lebih holistik.
Melalui PPSR, kita akan dapat membuktikan bahawa setiap murid memiliki keunikan tersendiri dan tidak semata-mata jumlah A diperoleh dalam peperiksaan menunjukkan mereka berjaya. Selain pencapaian akademik, yang lebih penting adalah pembangunan karektor murid. Jadi, marilah kita bersama-sama menyokong pelaksanaan PPSR Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah.
PPSR Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM
Encik Mohd Aried Rifke
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
PPSR Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM
PPSR Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link PPSR Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia KPM atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: