Top Ad unit 728 × 90

Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam 2018

Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam 2018 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

 

Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam 2018. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah. Pada kali ini, admin mengongsikan pemberitahuan daripada Bahagian Tajaan Pendidikan KPM bahawa Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam 2018 kini dibuka.

PERMOHONAN ADALAH DIBUKA BERMULA 01 APRIL SEHINGGA 30 APRIL 2018. SILA LAYARI PAUTAN http://epenawaran.gov.my UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut merupakan syarat bagi memohon biasiswa ini:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN
IJAZAH SARJANA MUDA DI UNIVERSITI AWAM TAHUN 2018

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2018 (tahun permohonan);
  3. Calon memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  4. Bagi calon Pendidikan (Fakulti Pendidikan), calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama dan kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda seperti di bawah ambilan September 2016 dan September 2017. Calon perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.5 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon;
  5. Bagi calon Skim Latihan Tenaga Kepakaran Pendidikan Khas (bidang Pendidikan Khas, Fakulti Sains Sosial/Sains Kesihatan), calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda seperti di bawah bagi ambilan September 2017. Calon perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.0 dan ke atas bagi keputusan semester terkini untuk memohon;
  6. Calon yang berkelayakan dan memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan menghadiri sesi temu duga;
  7. Calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada; dan
  8. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

Berikut merupakan bidang yang berkaitan:

BIDANG-BIDANG PENDIDIKAN YANG LAYAK MEMOHON:

  1. Bahasa Melayu/Kesusasteraan Melayu/Bahasa Malaysia
  2. Bahasa Inggeris/TESL/TESOL
  3. Sejarah
  4. Ekonomi Rumah Tangga
  5. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  6. Seni Visual
  7. Geografi
  8. Kimpalan dan Fabrikasi Logam

BIDANG-BIDANG SKIM LATIHAN TENAGA KEPAKARAN PENDIDIKAN KHAS – BIDANG PENDIDIKAN KHAS YANG LAYAK MEMOHON:

  1. Audiologi
  2. Terapi Pertuturan
  3. Terapi Cara Kerja
  4. Psikologi
  5. Fisioterapi

Sebarang Pertanyaan/Cadangan/Komen boleh diajukan kepada pihak Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga pemberitahuan daripada Bahagian Tajaan Pendidikan ini iaitu Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam 2018 memberikan informasi kepada anda semua.

Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam 2018
Mohd Suhaimin Isnen


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam 2018

Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam 2018 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam 2018 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Permohonan Biasiswa Perguruan Persekutuan Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam 2018 Reviewed by Unknown on 7:51 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.