Top Ad unit 728 × 90

Panduan Penggunaan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Panduan Penggunaan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

 

Panduan Penggunaan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bermula tahun ini (2018), Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memuat naik templat pelaporan yang baharu yang dinamakan sebagai Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) untuk kegunaan semua peringkat sekolah sama ada peringkat sekolah rendah (KSSR) mahupun sekolah menengah (KSSM).

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) adalah sebahagian daripada komponen di dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Pelaksanaannya telah bermula sejak tahun 2011 berdasarkan Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 3 Tahun 2011. PBD sebelum ini dikenali sebagai PS (Pentaksiran Sekolah) di mana ia dilaksanakan secara formatif dan sumatif dengan pelbagai pendekatan dan kaedah bagi mengenal pasti perkembangan pembelajaran murid secara keseluruhan.

Sehubungan dengan itu, berikut merupakan panduan yang telah dinyatakan oleh BPK KPM dalam menggunakan templat pelaporan PBD ini :

MAKLUMAT AM

Templat Pelaporan PBD ini mengandungi 5 halaman (sheet ) :

  1. PANDUAN
  2. REKOD PRESTASI MURID
  3. LAPORAN MURID (INDIVIDU)
  4. DATA PERNYATAAN TAHAP PENGUASAAN
  5. GRAF PELAPORAN

Berikut merupakan pratonton setiap halaman yang terdapat dalam templat PBD ini

PENGGUNAAN TEMPLAT

Guru hendaklah melengkapkan maklumat asas pada templat ini di halaman REKOD PRESTASI MURID . Maklumat yang perlu dilengkapkan adalah:

  1. Nama dan Alamat Sekolah
  2. Nama Guru dan Nama Kelas
  3. Senarai Nama Murid, Nombor Kad Pengenalan dan Jantina
  4. Nama Pentadbir
  5. Jawatan Pentadbir (Guru Besar/ Pengetua)

TAHAP PENGUASAAN

Tahap Penguasaan murid bagi setiap komponen di dalam templat ini direkodkan untuk tujuan pelaporan perkembangan pembelajaran murid bagi sesuatu tempoh tertentu (Pertengahan / Akhir Tahun). Guru hanya perlu merekodkan Tahap Penguasaan ini di halaman REKOD PRESTASI MURID sahaja dan seterusnya pelaporan individu murid akan dijana secara automatik di halaman LAPORAN MURID (INDIVIDU) untuk cetakan. Tahap Penguasaan (TP) bagi tujuan analisis kelas dijana secara automatik di halaman GRAF PELAPORAN .

PENENTUAN TAHAP PENGUASAAN

  1. Pentaksiran atau penilaian perlu dilakukan sepanjang masa semasa proses PdP berlaku yang berfokuskan kepada sesuatu standard pembelajaran yang dipilih ketika proses sesuatu PdPc. Tercapai atau tidak sesuatu tahap penguasaan boleh dikenal pasti melalui objektif PdPc berdasarkan standard pembelajaran yang dipilih. Murid yang tidak mencapai objektif standard pembelajaran tersebut akan diulang ajar oleh guru.
  2. Tahap Penguasaan murid akan ditentukan melalui pentaksiran atau penilaian yang dilakukan oleh guru semasa proses PdPc. Sebagai bukti pentaksiran tahap penguasaan murid telah dilakukan, guru boleh merekodkan atau mencatat tahap
    penguasaan tersebut untuk membantu guru mengisi templat pelaporan yang disediakan.
  3. Bagi tujuan pelaporan, guru hendaklah mengisi templat pelaporan yang disediakan oleh KPM sebanyak dua kali setahun iaitu pertengahan dan akhir tahun. Guru hendaklah memilih option di sebelah kanan bahagian atas halaman untuk menentukan pertengahan atau akhir tahun.
  4. Tahap penguasaan yang terbaik dilaporkan di dalam templat pelaporan tersebut bagi setiap kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Pelaporan ini sebagai rekod prestasi keseluruhan kemahiran bahasa yang patut dikuasai oleh setiap murid. Tahap Penguasaan ini ditentukan melalui pertimbangan profesional guru berasaskan setiap standard pembelajaran yang dipelajari oleh murid. Pernyataan setiap Tahap Penguasaan tersebut tercatat pada data Pernyataan Tahap Penguasaan.

Dapatkan “Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)” di sini


Di sini admin nak kongsikan bahan tersebut. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Download : 

KSSR

  1. Himpunan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 1
  2. Himpunan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahun 2

KSSM

  1. Himpunan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tingkatan 1
  2. Himpunan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tingkatan 2

 

 

Sehubungan dengan itu, semoga perkongsian Panduan Penggunaan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) ini memberikan manfaat kepada kita semua khususnya kepada guru mata pelajaran dalam menggunakan templat pelaporan ini dengan baik dan betul mengikut panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia

SUMBER : BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

 

Panduan Penggunaan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
Mohd Suhaimin Isnen


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Panduan Penggunaan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)

Panduan Penggunaan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Panduan Penggunaan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Panduan Penggunaan Templat Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Reviewed by Unknown on 9:40 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.