Top Ad unit 728 × 90

3 rakan didakwa tipu, palsukan tiket Piala FA 2015

3 rakan didakwa tipu, palsukan tiket Piala FA 2015 - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

3 rakan didakwa tipu, palsukan tiket Piala FA 2015

KUALA LUMPUR: Tiga rakan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu dan membuat tiket palsu bagi perlawanan akhir Piala FA 2015 baru-baru ini.

Ewan Suratin, 49; Lee Kok Nam, 55; dan Muhammad Faris Mahassan, 25, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibaca secara berasingan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Ewan, seorang peniaga, didakwa memalsukan satu tiket perlawanan akhir bola itu dengan niat menipu supaya tiket palsu itu digunakan pada perlawanan berkenaan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10 pagi di Strawberry Graphic Design, Jalan Nyonya off Jalan Pudu di sini, 21 Mei lepas mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Lee, seorang pereka grafik, dituduh membuat enam plat untuk mencetak tiket bola palsu di Lee Brothers Graphic Studio, Jalan Nyonya Off Jalan Pudu di sini, pada 12 tengah hari, 22 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 473 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Muhammad Faris, seorang peniaga, dituduh menipu seorang pelajar Afi Ikhwan Mohd Zulkifli, 25, bahawa 165 keping tiket bola itu yang diberi kepada Afi Ikhwan adalah tulen sehingga dia memasukkan wang RM5,400 ke akaun Maybank tertuduh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pekarangan Stadium Bukit Jalil di sini, pukul 2 petang, 23 Mei lepas mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 17 Jun untuk sebutan semula.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Vincent Chew Zi Xian.

- BERNAMA


Pautan berita penuh dan bergambar di di 3 rakan didakwa tipu, palsukan tiket Piala FA 2015. Wardah Berita dan Informasi 3 rakan didakwa tipu, palsukan tiket Piala FA 2015 diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
3 rakan didakwa tipu, palsukan tiket Piala FA 2015 Reviewed by Bellicose on 6:49 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.