Top Ad unit 728 × 90

Sukan SEA: Katrina, Yhing Huey ungguli renang duet berirama

Sukan SEA: Katrina, Yhing Huey ungguli renang duet berirama - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Sukan SEA: Katrina, Yhing Huey ungguli renang duet berirama

SINGAPURA: Atlet renang berirama Katrina Ann Abdul Hadi dan Lee Yhing Huey mengungguli acara duet teknikal di Sukan SEA Singapura di Pusat Akuatik OCBC, di sini hari ini.

Katrina dan Yhing Huey berjaya menarik perhatian juri dengan kutipan mata tertinggi iaitu 75.3436 mata manakala Singapura di tempat kedua dan ketiga, masing-masing menerusi Stephanie Chen-Crystal Yap dan Natalie Chen-Debbie Soh.

Stephanie dan Crystal meraih 73.9705 mata manakala Natalie dan Debbie mengumpul 70.4160 mata.

Separuh daripada markah tersebut akan dicampur dengan jumlah markah mata acara duet rutin bebas pada Khamis ini bagi penentuan pingat.

Katrina berkata kejayaan tersebut menyuntik semangat duo negara itu untuk meraih pingat emas pada aksi final nanti.

"Saya berpuas hati dengan aksi hari ini. Peluang pingat emas ada tetapi kami perlu memberikan fokus bagi acara rutin bebas nanti," kata Katrina. - Bernama


Pautan berita penuh dan bergambar di di Sukan SEA: Katrina, Yhing Huey ungguli renang duet berirama. Wardah Berita dan Informasi Sukan SEA: Katrina, Yhing Huey ungguli renang duet berirama diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Sukan SEA: Katrina, Yhing Huey ungguli renang duet berirama Reviewed by Bellicose on 6:49 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.