Top Ad unit 728 × 90

3 maut, 2 parah nahas 4 kenderaan di Raub

3 maut, 2 parah nahas 4 kenderaan di Raub - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

3 maut, 2 parah nahas 4 kenderaan di Raub

KUANTAN: Tiga maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan di KM350, Jalan Kuala Lumpur-Kota Baharu dekat Raub pagi tadi.

Mangsa yang maut adalah pemandu Proton Iswara, Bahari Abu, 63, dan penumpangnya, Abdurrahman, 27, dari Lombok Tengah, Indonesia serta penumpang Perodua Kancil iatu Talib Ibrahim, 56, dari Kampung Jenut, Raub.

Manakala mangsa yang cedera ialah pemandu serta penumpang Perodua Kancil, Zahim Abd Rahman, 40, dan Mohd Faiz Amirudin, 23, yang kini menerima rawatan di Hospital Raub.

Ketua Polis Daerah Raub, Supt Wan Zahari Wan Busu, berkata kejadian pada pukul 8.25 pagi itu melibatkan dua kereta, treler dan lori.

"Kemalangan berlaku apabila Proton Iswara yang dipandu Bahari dari arah Kuala Lumpur menghala Kota Baharu dikatakan terbabas dan memasuki laluan bertentangan ketika tiba di lokasi kejadian.

"Pada masa sama sebuah treler yang membawa muatan kayu bergergaji datang dari arah hadapan tidak sempat mengelak mengakibatkan kedua-dua kenderaan itu bertembung," katanya kepada BERNAMA.

Beliau berkata, treler itu kemudian bergesel dengan sebuah lori membawa muatan roti sebelum terbabas ke dalam gaung di sebelah kanan jalan.

"Sebuah Perodua Kancil yang berada di belakang lori itu tidak sempat mengelak dan turut terbabit dalam kemalangan berkenaan," katanya.

Katanya, pemandu lori muatan roti berumur 51 itu tidak cedera tetapi ditahan untuk membantu siasatan selepas ujian air kencing dijalankan mendapatinya positif syabu.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

- BERNAMA


Pautan berita penuh dan bergambar di di 3 maut, 2 parah nahas 4 kenderaan di Raub. Wardah Berita dan Informasi 3 maut, 2 parah nahas 4 kenderaan di Raub diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
3 maut, 2 parah nahas 4 kenderaan di Raub Reviewed by Bellicose on 6:34 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.