Top Ad unit 728 × 90

PDRM terbit SOP baharu pengurusan lokap - EAIC

PDRM terbit SOP baharu pengurusan lokap - EAIC - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

PDRM terbit SOP baharu pengurusan lokap - EAIC

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerbitkan prosedur operasi standard (SOP) Pengurusan Lokap pada April lepas, menurut Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Pengerusinya, Datuk Yaakob Md Sam, berkata EAIC berharap dengan adanya SOP itu, insiden kematian tahanan dalam lokap dapat dielakkan.

"SOP baharu itu juga perlu disusuli dengan kursus ulang kaji bagi anggota pengawasan dan pengurusan lokap bagi memastikan pengawasan yang lebih efektif," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Dialog EAIC Bersama 21 Agensi Penguatkuasaan Seliaan Zon Selatan di sini hari ini.

Yaakob berkata, EAIC sedang dalam usaha menambah baik SOP agensi penguatkuasaan di bawah seliaannya bagi memperkasa integriti agensi berkenaan.

Menurutnya, EAIC telah melaksanakan beberapa usaha dengan membuat kajian, siasatan dan memberikan syor penambahbaikan SOP kepada beberapa agensi penguatkuasaan.

Beliau berkata, usaha menambah baik SOP amat penting dalam memberikan perkhidmatan penguatkuasaan dan pentadbiran undang-undang terbaik kepada rakyat serta meningkat keyakinan rakyat terhadap perkhidmatan yang diberikan.

"Tindakan dan tingkah laku kita terdedah kepada penelitian dan pemerhatian orang awam khasnya pihak-pihak yang berurusan dengan kita.

"Keadaan ini menuntut kita supaya berhati-hati ketika melakukan sesuatu aktiviti penguatkuasaan undang-undang," katanya.

Beliau juag berharap agensi penguatkuasaan lebih proaktif dalam usaha mempertingkat serta memantap integriti anggota seliaan mereka.

- BERNAMA


Pautan berita penuh dan bergambar di di PDRM terbit SOP baharu pengurusan lokap - EAIC. Wardah Berita dan Informasi PDRM terbit SOP baharu pengurusan lokap - EAIC diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
PDRM terbit SOP baharu pengurusan lokap - EAIC Reviewed by Bellicose on 6:34 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.