Amalan Sunat Hari Raya di Aidilfitri
Amalan Sunat Hari Raya di Aidilfitri
Hari Raya Aidilftri merupakan hari yang disambut bagi meraikan kemenangan dan kejayaan setelah sebulan berjaya melawan hawa nafsu dan juga setelah sebulan amalan dan ibadat kita dilipat gandakan bagi mengejar berkat dan ganjaran di bulan Ramadan.
Semestinya, di Hari Raya Aidilfitri tersebut, ada beberapa amalan sunat yang boleh dilakukan oleh masyarakat Islam untuk mengejar ganjaran dan pahala. Antaranya seperti…
1.Bertakbir di malam raya. Bertakbir di malam raya merupakan amalan yang sangat disyariatkan. Kita juga disunatkan bertakbir sepanjang perjalanan di pagi raya ketika menuju ke masjid untuk menunaikan solat aidilfitri bagi menyerlahkan syiar islam.
2.Lafaz ucapan selamat hari raya Aidilfitri. Lazimnya, masyarakat Malaysia akan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Namun, amalan yang kita boleh teladani daripada sunnah Nabi Muhammad S.A.W adalah dengan mengucapkan “taqabbalullah minna waminka” iaitu Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu.
3.Meneruskan qiamullail. Jika sepanjang ramadan telah kita usaha untuk solat malam, kenapa tidak kita lakukannya pada hari selepas ramadan. Solat sunat seperti solat tahajjud dan taubat serta tasbih adalah solat sunat yang sangat digalakkan dalam Islam.
4.Mandi pada padi hari raya. Mandi hari raya adalah mandi yang disunatkan seperti mandi pada hari jumaat, hari arafah dan hari raya korban.
5.Makan sebelum solat aidilfitri. Disunatkah makan sebelum pergi ke masjid untuk bersembahyang.
6.Memakai pakaian yang indah. Lelaki boleh memakai wangian, baju bersih dan baju yang terbaik dimilik. Perempuan pula tidak perlulah memakai pakaian yang bercorak dan hiasan yang boleh menarik perhatian lelaki.
7.Berjalan kaki menuju tempat solat Hari Raya.
8.Menggunakan jalan berbeza ketika pulang dari masjid selepas solat hari raya. Pendapat mengatakan bertujuan untuk bersalaman dengan orang lain di kedua-dua jalan tersebut.
9.Tempat solat hari raya. Sunat dilaksanakan solat sunat hari raya di tempat lapang dan terbuka yang membolehkan khatib melihat semua jemaah yang hadir.
10.Mengerjakan solat Aidilfitri.
11.Bergembira di Hari Raya. Bergembira di hari raya merupakan satu tuntutan Islam sama ada dengan menziarah saudara mara ataupun apa sahaja yang dapat menaikkan suasana ceria.
12.Berpuasa enam hari di bulan syawal. Ganjarannya seolah-olah telah berpuasa setahun.
Semoga bermanfaat.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
The post Amalan Sunat Hari Raya di Aidilfitri appeared first on Sumber Pendidikan.
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Amalan Sunat Hari Raya di Aidilfitri
Amalan Sunat Hari Raya di Aidilfitri merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Amalan Sunat Hari Raya di Aidilfitri atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: