Top Ad unit 728 × 90

Tips Siap kursus ithink dalam satu hari !!!!

Tips Siap kursus ithink dalam satu hari !!!! medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Siap kursus ithink dalam satu hari !!!!

Percaya tak anda bahawa kursus ithink boleh siap dalam masa 1 hari?? Malah ada yang hanya buat kursus ithink selama 5-6 jam sahaja sudah dapat voucher untuk ditukarkan dengan sijil. Ini adalah betul dan terbukti.

Kursus ithink ini sangat bermasalah kepada guru jika melaksanakan kursus ini secara online. Antara masalah seperti tidak support resolution, java plug in outdate, browser tak support windows 32 bit dan macam macam lagi perkara. Oleh itu, disarankan jika nak siap dalam masa sehari, boleh baca tips yang dikongsikan oleh rakan guru ini yang sememangnya terbukti boleh disiapkan dalam masa sehari.

Baca dahulu pengumuman penting ini. “Pengguna boleh memuat turun aplikasi KiLT dalam versi Windows, Android dan MacOS berserta manual pengguna di Laman Ithink Rasmi. Aplikasi KiLT ini disediakan bagi memudahkan guru dan pentadbir yang menghadapi masalah mengakses Kursus i-THINK Dalam Talian (KiDT) dan mengurangkan kebergantungan kepada talian internet. Keseluruhan kandungan modul i-THINK boleh dilancarkan terus dalam komputer peribadi, komputer riba atau telefon pintar mengikut versi yang disediakan setelah dimuat turun. Fail yang dimuat turun boleh disebarkan kepada pengguna lain.”

Akses internet hanya digunakan untuk daftar masuk (log-in), penghantaran data status kemajuan, pautan beberapa video dan pengaktifan voucher tamat kursus dalam ujian akhir. Jangkaan masa bagi menamatkan KILT adalah 2 hingga 4 minggu (2 – 3 jam sehari). Pengguna diingatkan untuk memasukkan alamat e-mel yang betul dalam profail di dalam akaun masing-masing bagi membolehkan sistem menghantar voucher tamat kursus.

usernama ithink adalah is masing masing dan password ialah ” password “. Sewaktu diperkenalkan dahulu pada tahun 2014, ithink sangat mudah dan cepat dibuat oleh guru. Guru hanya perlu klik next sehinggalah sampai ke bahagian 3 modul terakhir iaitu modul di mana guru perlu mencapai markah lulus untuk membolehkannya layak mendapat sijil tamat kursus.

Berbeza dengan sekarang di mana, guru tidak boleh lagi terus klik button next sehingga semua video ataupun aktiviti telah dilakukan oleh guru. Perkara inilah yang memakan masa guru kerana perlu mendengar orang bercakap dan menyoal dan menerangkan pelbagai perkara melalui video tersebut.

Langkah pertama jika hendak menggunakan aplikasi ithink luar talian ini, pastikan log in dahulu di laman web mygfl untuk kemaskini maklumat peribadi terutamanya emel kerana salinan voucher tamat kursus akan dihantar ke alamat emel tersebut selepas tamat dan lulusnya ujian akhir.

Antara tips nak tamat kursus ithink dalam sehari adalah…. setiap aktiviti yang dilalui tidak perlu guru untuk memenuhi semua latihan atau menulis semua aktiviti tersebut. Cukup sekadar menulis satu huruf atau simbol dan klik simpan atau hantar dan selepas itu guru dapat klik seterusnya.

Apabila sampai di bahagian penilaian kendiri yang mana terdapat hampir pada semua modul, guru hanya perlu klik langkau secara cepat dan tidak perlu menjawab soalan. Walaupun semua soalan pada bahagian penilaian kendiri tidak dijawab, itu tidak mengapa di mana guru masih boleh pergi ke modul seterusnya. Yang penting di sini adalah pada bahagian penilaian akhir yang mengandungi 3 modul iaitu bab 25 penetapan konteks, bab 26 proses pemikiran dan bab 27 ujian terakhir. Ketiga tiga bab ini guru perlu mencapai markah lulus untuk membolehkan sijil diperolehi.

Jika berlaku hang ataupun null iaitu tiada respon sama ada suara ataupun pergerakan pada aplikasi ini, guru perlu menekan butang play dan pause beberapa kali. Kebanyakan guru akan mengalami masalah ini pada modul ke-12 di mana aplikasi ini tidak memberi respon. Itu tidak mengapa kerana jika berlau hang ataupun lag, tekan sahaja butang play/pause beberapa kali.

Pada modul peta pemikiran, pada bahagian di mana guru perlu klik beberapa peta pemikiran untuk melihat contoh dan sampel, guru hanya perlu klik peta pemikiran itu satu satu dengan cepat sehingga yang terakhir. Jika ada yang tidak diklik, guru tidak akan dapat pergi ke modul seterusnya.

Pada bahagian soal jawab atau aktiviti yang memerlukan guru drag maklumat ke dalam peta pemikiran, guru hanya perlu drag satu maklumat sahaja dan klik simpan. Guru pastinya akan diminta buat sekali lagi dan ulang lagi drag satu maklumat sahaja dan klik hantar. Apabila ini berlaku, aplikasi ini akan menunjukkan sampel jawapan kepada kita. Perkara ini lebih menjimatkan masa di mana kita tidak perlu membaca dan drag semua maklumat ke dalam peta pemikiran yang pastinya memakan lebih masa.

Pada bahagian di mana guru perlu menekan pautan video yang membawa guru ke laman youtube, . Guru tidak perlu menonton video tersebut. Klik sahaja pada butang seterusnya / next

Penting untuk guru sentiasa menekan progress update bagi mengemaskini progress cikgu. Untuk memudahkan cikgu, cuba pangkah selepas beberapa modul dan log in balik untuk memeriksa sama ada kemajuan kita disimpan atau tidak dalam melaksanakan kursus ithink ini.

Bagi mempercepatkan lagi proses menjalani kursus ithink ini, para guru boleh tengok skema jawapan bagi 3 modul terakhir di mana skema ini pastinya akan melayakkan guru mendapat markah lulus seterusnya memperolehi voucher untuk ditukarkan dengan sijil.

Jawapan 3 Modul Terakhir Ithink

In sha Allah berguna kepada rakan guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Tips Siap kursus ithink dalam satu hari !!!! appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Tips Siap kursus ithink dalam satu hari !!!!

Tips Siap kursus ithink dalam satu hari !!!! merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Tips Siap kursus ithink dalam satu hari !!!! atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Tips Siap kursus ithink dalam satu hari !!!! Reviewed by Unknown on 10:12 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.