Top Ad unit 728 × 90

Penentuan waktu berbuka puasa di atas kapal terbang

Penentuan waktu berbuka puasa di atas kapal terbang medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Kaedah berbuka puasa di atas kapal terbang

Bagi mereka yang menggunakan pengangkutan udara, pastinya akan datang saat di mana mereka perlu berbuka puasa semasa masih di atas awan iaitu ketika sedang bermusafir. Mereka yang bekerja di malaysia timur yang pulang ke semenanjung atau sebaliknya pastinya akan melalui saat-saat ini.

Dalam menentukan waktu berbuka puasa, ramai orang menganggap bahawa waktu berbuka puasa bagi mereka pada hari tersebut adalah berpandukan waktu ketika di ruang udara tempat tersebut. Contohnya, jika pesawat tersebut berada di ruang udara indonesia, maka waktu berbuka puasa perlu mengikuti waktu berbuka puasa di Indonesia.

Mengikut Ketua Persatua Ulamak sedunia, waktu berbuka puasa bagi mereka yang sedang bermusafir dengan menaiki kapal terbang adalah selepas jatuhnya atau terbenamnya matahari atau hilangnya matahari dari penglihatan mereka dan bukannya mengikut waktu di mana kapal terbang berada.

Setiap orang yang bermusafir dengan menaiki kapal terbang itu tidak boleh berbuka puasa mengikut waktu dari kawasan kapal terbang itu berlepas atau mengikut waktu di mana kapal terbang itu mendarat dan juga tidak mengikut waktu di mana kedudukan kapal terbang itu berada sekarang.

Matahari belum terbenam.

Oleh itu, sebagai peringatan, jika terdapat kabin crew yang mengumumkan telah masuk waktu berbuka puasa, lebih baik perhatikan di tingkap di mana kedudukan matahari. Jika masih ternampak matahari, maksudnya belum masuk waktu berbuka. Ingat ya, antara definisi puasa adalah menahan diri dari makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Oleh itu, waktu berbuka puasa bagi mereka yang berada di dalam kapal terbang di ketinggian yang tinggi pastinya akan sedikit lewat berbanding mereka di darat walaupun berada di negara atau kawasan yang sama. Kelewatan ini boleh mencecah sehingga lewat 20 minit.

Jika penumpang tidak yakin, berbukalah ketika sudah sampai di destinasi. Tidak menjadi masalah jika berbuka lewat sedikit daripada kita terpaksa menggantikan puasa kita kerana berbuka awal.

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

 

The post Penentuan waktu berbuka puasa di atas kapal terbang appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Penentuan waktu berbuka puasa di atas kapal terbang

Penentuan waktu berbuka puasa di atas kapal terbang merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Penentuan waktu berbuka puasa di atas kapal terbang atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Penentuan waktu berbuka puasa di atas kapal terbang Reviewed by Unknown on 6:38 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.