Top Ad unit 728 × 90

Bersediakah kita dengan virus wannacry ransomware

Bersediakah kita dengan virus wannacry ransomware medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.
Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

Bersediakah kita dengan virus wannacry ransomware

Beberapa hari yang lalu kita boleh lihat bagaimana virus trojan wannacry merebak dan menjadi epidemic dunia komputer dan teknologi maklumat. Bayangkan dalam masa sehari, 45 ribu kes dilaporkan mengenai kesan virus ini. Dipanggil ransomware kerana virus ini akan mengunci fail dalam komputer dan akan meminta wang untuk fail tersebut dikembalikan kepada pengguna.

Serangan ini juga mengakibatkan organisasi besar juga terkesan seperti hospital di Britain yang terpaksan menggantung operasi mereka. Data juga menyebut bahawa 200 ribu komputer telah terkesan dengan serangan virus ini.

Serangan terbesar dilaporkan berlaku di negara seperti Russia, Ukraine, India dan Taiwan dan juga dilaporkan 74 negara telah terkesan dengan virus ini.

Pada umumnya Wannacry ini datang dalam 2 bahagian iaitu bahagian pertama exploit yang melibatkan jangkitan dan penyebaran dan bahagian kedua adalah encryptor iaitu penguncian.

Bahagian pertama adalah jangkitan. Untuk menyerang sesuatu komputer, wannacry tidak perlu meminta pengguna komputer memuaturun file ataupun tertekan pautan yang berbahaya seperti virus yang lain. Virus ini dapat menjangkiti sesuatu komputer dengan mudah melalui internet, wireless dan storan yang disambung pada komputer.

Selepas berjaya menjangkiti komputer, wannacry akan menyerang komputer lain dan tersebar  melalui rangkaian setempat ataupun internet. Itulah menjadi penyebab utama kenapa wannacry menjadi satu epidemic kerana apabila ia menyerang organisasi besar yang mengandungi rangkaian yang besar, maka semua komputer dalam rangkaian tersebut boleh dijangkiti.

Bagaimana cara hendak mempertahankan komputer kita terhadap virus wannacry ini.

Buat masa sekarang, tiada lagi cara ataupun antivirus yang boleh membuka kembali fail yang telah dikunci atau dijangkiti virus wannacry. Namun, ramai pengkaji sedang mencari usaha dan alternatif untuk mengatasi masalah ini.

Mahupun begitu, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghalang jangkitan dan mengurangkan kerosakan akibat virus ini.

  1. Pasang antivirus internet secutiry yang berbayar pada laptop masing-masing dan pastikan semua area dan kawasan dalam laptop sentiasa discan ataupun diimbas. Semua worm dan trojan yang dikesan perlu dibuang.
  2. Pastikan menggunakan windows terkini dan sentiasa update windows ini kerana MS17-010 system security update bagi meningkat keselamatan. Update ini terdapat juga untuk windows lama seperti XP dan 2003.
  3. Apa yang paling penting, buatkan back up untuk file file penting dan simpan dalam banyak tempat terutamanya dalam dvd.
  4. Jangan klik pautan yang kita curigai terutamanya yang datang melalui laman web ataupun emel.

Semoga bermanfaat.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di http://ift.tt/2qvqNZn  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> http://ift.tt/2qvHS5G

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Facebooktwittergoogle_plusredditpinterestlinkedinmail

The post Bersediakah kita dengan virus wannacry ransomware appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Bersediakah kita dengan virus wannacry ransomware

Bersediakah kita dengan virus wannacry ransomware merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Bersediakah kita dengan virus wannacry ransomware atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Bersediakah kita dengan virus wannacry ransomware Reviewed by Unknown on 11:23 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.