Top Ad unit 728 × 90

kata tugas

kata tugas medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

kata tugas

Perkongsian kali ini melibatkan bahan Bahasa Melayu sesuai untuk peringkat sekolah rendah dan menengah iaitu kata tugas

Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.

Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).

Antara nota dan latihan berkaitan dengan ini adalah

Kata tugas ialah satu kelompok perkataan yang kehadirannya dalam ayat penting kerana tugas-tugas sintaksis.Kata tugas hadir dalam ayat,sama ada di bahagian hadapan ayat,di bahagian hadapan frasa,atau di belakang perkataan-perkataan tertentu untuk memberikan makna khusus atau memainkan peranan sintaksis tertentu dalam ayat berkenaan.

Jenis-jenis kata tugas

a. Kata Hubung

Kata hubung ialah kata penyambung ayat,iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis.
Contoh:

i. Ali,Ahmad dan Halim pergi ke sekolah.
ii. Aslinda menari sambil menyanyi.
iii. Dia pandai tetapi adiknya bodoh.
iv. Tidak boleh ada ahli yang memegang dua atau lebih.

v. Kalimat itu menunjukkan bahawa dia sememangnya mehu memberitahu.

b) Kata Seru

Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.

Contoh:
i) Aduh, sakitnya tanganku!
ii) Aduhai, apalah malang nasibku ini! iii) Ah, aku tidak bersetuju!
iv) Amboi, sombongnya dia!
v) Eh, bilakah kau pulang ke tanah air!

c) Kata Tanya

Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana.

Contoh:

Berapa

Bila

– Harga barang itu berapa?
– Berapa tahunkah dia belajar di luar negeri?

– Mereka sampai bila?
– Bilakah gerangan kekanda akan pulang?

1

Bagaimana – Kesihatannya sekarang bagaimana?

d) Kata Perintah

– Bagaimanakah keputusan peperiksaannya?

Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan.
Contoh:

i)Jangan buang sampah di sini. ii)Usah biarkan dia berseorangan.

iii)Silalah datang ke rumah saya jika ada kelapangan. iv)Jemput masuk!
v)Minta tuan-tuan bersabar sebentar.

e) Kata Pangkal Ayat

Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana. Namun, kata pangkal ayat ini tidak begitu banyak diamalkan sekarang. Perkataan ini umumnya digunakan dalam bahasa Melayu klasik, misalnya hatta, maka, arakian, syahadan, dan sebagainya.

Contoh:
i)Hatta istana itu pun siaplah.
ii)Maka panglima itu pun diberi persalinan.

iii) Syahadan baginda pun berangkat meninggalkan Melaka. iv)Adapun kuda itu dipunyai oleh Tun Umar.

v)Alkisah tidak beberapa lama kemudian hamillah permaisuri.

Berikut merupakan bahan kata tugas

KATA TUGAS

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post kata tugas appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

kata tugas

kata tugas merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link kata tugas atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
kata tugas Reviewed by Unknown on 4:14 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.