Kesalahan Remaja Bakar Tahfiz di Letakkan Pada Bahu Guru dan Sekolah
Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia
Salah Guru! Itulah yang boleh disimpulkan dari komen yang diberikan oleh netizen ini. Tergamam sekejap apabila admin baca komen ini dan kemudian timbul persoalan, “mamat” ini tak tahu ke yang remaja ini remaja yang berpeleseran tidak bersekolah?
Sebelum mengulas panjang, ini versi lebih jelas mengenai komen Rahman Zainal ini mengenai isu ini.
Rasanya tak perlu kita mengulas lebih lanjut tentang isu remaja ini kerana semua tahu siapa remaja ini sekarang. Apa yang menarik hati dan perhatian admin ialah persoalan yang dilemparkan oleh dia mengenai soalan berikut.
Apa Guru di Sekolah Buat Sehingga Gagal Mendidik Anak Murid?
Sebelum ini admin pernah menulis artikel bertajuk Luahan Hati Guru yang Patut Semua Rakyat dan Pemimpin Tahu yang nampaknya berjaya menarik perhatian ramai orang. Artikel panjang itu yang admin rangkumkan pelbagai luahan dan penerangan berjaya mendapatkan lebih 1700 perkongsian di laman sosial.
Jadi, hari ini admin ingin memanggil semua guru di Malaysia. Bantu admin untuk jawab soalan netizen ini mengenai persoalan dia. Kalau admin, pasti banyak yang admin ingin luahkan. Rasa geram pula. Tetapi admin ingin bagi peluang kepada anda semua untuk beritahu rakyat Malaysia, apa yang anda fikir dan apa yang anda rasa. Tidak kira mengenai kes spesifik tentang remaja yang bakar tahfiz ini ataupun secara umum iaitu “Apa Guru di Sekolah Buat Sehingga Gagal Mendidik Anak Murid?”
Sila komen.
Kesalahan Remaja Bakar Tahfiz di Letakkan Pada Bahu Guru dan Sekolah
Encik Mohd Aried Rifke
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Kesalahan Remaja Bakar Tahfiz di Letakkan Pada Bahu Guru dan Sekolah
Kesalahan Remaja Bakar Tahfiz di Letakkan Pada Bahu Guru dan Sekolah merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Kesalahan Remaja Bakar Tahfiz di Letakkan Pada Bahu Guru dan Sekolah atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: