Top Ad unit 728 × 90

Darjah Penghabisan

Darjah Penghabisan medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Darjah Penghabisan

Perkongsian kali ini melibatkan bahan Bahasa Melayu sesuai untuk peringkat sekolah rendah dan menengah iaitu Darjah Penghabisan

Kaedah latih tubi bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada murid tentang sesuatu pembelajaran spesifik supaya mereka secara automatik boleh menyebut atau memperingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian.

Perkara penting dalam latih tubi adalah maklmat khusus yang perlu diketahui (contohnya, kegunaan baja tumbuhan pada pokok, kegunaan alat tertentu dan sebagainya) atau dalam bentuk pengetahuan yang lain (misalnya, mengapakah baja penting kepada tumbuhan, mengapakah tidak boleh bermain dengan alat tajam dan sebagainya).

Antara nota dan latihan berkaitan dengan ini adalah

  1. 1.1  se + kata adjektif + gandaan + kata nama

    Contoh:

    1. Setinggi-tinggi gunung, tinggi lagi hasrat kami.
    2. Sebijak-bijak budak itu, akhirnya tertipu juga.
    3. Faridlah sebaik-baik sahabat yang pernah saya kenali.
  2. 1.2  ter + kata adjektif

    Contoh:

    1. Aminlah murid yang terpandai di dalam kelas ini.
    2. Liza antara gadis yang tercantik di kampong ini.
    3. Jambatan Pulau Pinang ialah jambatan yang terpanjang di Asia.
  3. 1.3  paling + kata adjektif

    Contoh:

    1. Antara adik-beradiknya, Fifilah yang paling cerdik.
    2. Kita mesti mencari jalan penyelesaian yang paling baik.
    3. Menara Berkembar Petronas ialah bangunan yang paling tinggi di Malaysia.
  4. 1.4  kata adjektif + sekali

    Contoh:

    1. Perniagaan Encik Sulaiman maju sekali.
    2. Sedap sekali ayam goreng ini.
    3. Suasana di dalam dewan ini meriah sekali.
  5. 1.5  ter + amat, sangat + kata adjektif

    Contoh:

    1. Raja itu teramat baik terhadap rakyat baginda.
    2. P. Ramlee seorang seniman agung yang teramat masyhur.
    3. Kek yang tersangat lazat ini pernah saya makan.
    4. Shamimi tersangat baik sehingga kami begitu sayang kepadanya.
  6. 1.6  amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali

    Contoh:

    1. Peserta larian itu amat cergas sekali.
    2. Kain songket di kedai itu sungguh halus sekali.
    3. Suara penyanyi itu sangat merdu sekali.

Kesalahan darjah penghabisan

Berikut merupakan bahan Darjah Penghabisan

DARJAH PENGHABISAN

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Darjah Penghabisan appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Darjah Penghabisan

Darjah Penghabisan merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Darjah Penghabisan atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Darjah Penghabisan Reviewed by Unknown on 12:14 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.