Teks Khutbah Aidilfitri 2020 dalam Rumi dan Jawi
Teks Khutbah Aidilfitri 2020 dalam Rumi dan Jawi
Perkongsian kali ini melibatkan teks khutbah Aidilfitri 2020 dalam rumi dan jawi. Memandangkan tahun ini suasana Aidilfitri disambut dalam cabaran Perintah kawalan pergerakan, terdapat beberapa persoalan yang boleh dijawab.
Waktu solat sunat Eidul Fitri bermula apabila terbitnya matahari sehinggalah kepada tergelincirnya matahari. Anggaran waktunya adalah pada pukul 8:00 pagi ke atas sehingga sebelum masuknya waktu solat Zohor.
Hukum melaksanakan solat hari raya di rumah adalah harus khususnya bagi mereka yang terhalang melaksanakannya di masjid disebabkan sakit, hujan lebat, mahupun ada perasaan takut seperti mengelakkan penularan penyakit berjangkit dan sebagainya. Keharusan ini juga adalah terpakai bagi mereka yang terlepas melaksanakannya di masjid, maka boleh baginya melaksanakan solat sunat Eidul Fitri di rumah selama masih ada waktu.
Solat hari raya boleh diadakan bersendirian, khususnya bagi mereka yang memang tinggal bersendirian. Adapun jika berkeluarga, atau tinggal bersama rakan-rakan, maka afdhalnya solat sunat Eidul Fitri itu dilakukan secara berjemaah.
Pada rakaat pertama, dibaca 7 kali takbir sesudah takbiratul ihram. Manakala pada rakaat kedua dibaca 5 kali takbir sesudah takbir bangun dari sujud. Digalakkan untuk bertasbih, bertahmid, bertahlil, dan bertakbir antara takbir- takbir tersebut. Iaitu dengan membaca:
Disunatkan membaca surah Al-A’la sesudah bacaan surah al-Fatihah pada rakaat yang pertama manakala pada rakaat yang kedua disunatkan bacaan surah al-Ghaasyiah sesudah bacaan al-Fatihah. Meskipun begitu, sekiranya seseorang tidak menghafal surah-surah ini, boleh sahaja membaca mana- mana surah yang dihafal.
Disunatkan bagi mereka yang solat secara berjemaah agar imam berkhutbah sesudah solat sunat Eidul Fitri. Manakala bagi yang menunaikan solat secara bersendirian, tidak perlu untuk dia berkhutbah selepas solat.
Takbir raya Eidul Fitri bermula setelah terbenamnya matahari pada malam Eidul Fitri, sehingga imam keluar untuk mendirikan solat sunat Hari Raya. Justeru, sudah tidak dilakukan takbir raya sesudah tamatnya solat sunat Eidul Fitri.
Berikut merupakan khutbah Hari Raya Aidilfitri dalam Rumi dan Jawi daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Boleh muaturun untuk dibaca semasa Hari Raya Aidilfitri nanti.
Semoga bermanfaat kepada semua
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
The post Teks Khutbah Aidilfitri 2020 dalam Rumi dan Jawi appeared first on Sumber Pendidikan.
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Teks Khutbah Aidilfitri 2020 dalam Rumi dan Jawi
Teks Khutbah Aidilfitri 2020 dalam Rumi dan Jawi merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Teks Khutbah Aidilfitri 2020 dalam Rumi dan Jawi atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: