Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
![Share on Facebook Facebook](https://sumberpendidikan.com/wp-content/plugins/social-media-feather/synved-social/image/social/regular/64x64/facebook.png)
![Share on Twitter twitter](https://sumberpendidikan.com/wp-content/plugins/social-media-feather/synved-social/image/social/regular/64x64/twitter.png)
![Share on Google+ google_plus](https://sumberpendidikan.com/wp-content/plugins/social-media-feather/synved-social/image/social/regular/64x64/google_plus.png)
![Share on Reddit reddit](https://sumberpendidikan.com/wp-content/plugins/social-media-feather/synved-social/image/social/regular/64x64/reddit.png)
![Pin it with Pinterest pinterest](https://sumberpendidikan.com/wp-content/plugins/social-media-feather/synved-social/image/social/regular/64x64/pinterest.png)
![Share on Linkedin linkedin](https://sumberpendidikan.com/wp-content/plugins/social-media-feather/synved-social/image/social/regular/64x64/linkedin.png)
![Share by email mail](https://sumberpendidikan.com/wp-content/plugins/social-media-feather/synved-social/image/social/regular/64x64/mail.png)
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
Perkongsian mengenai Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang mengandungi 52 halaman kesemuanya dengan 28 halaman dalam Bahasa Malaysia. Kongsikan kepada rakan guru.
Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi;
Dalam akta ini, terdapat pelbagai perkara yang disenaraikan dan memberikan punca kuasa kepada pegawai tertentu bagi mencegah penularan penyakit berjangkit. Boleh baca untuk kefahaman orang ramai.
Antara langkah kerajaan menangani pencegahan penyakit covid-19 ini adalah
Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020.
Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari;
Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara;
Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti;
Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan
Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
![Share on Facebook Facebook](https://sumberpendidikan.com/wp-content/plugins/social-media-feather/synved-social/image/social/regular/64x64/facebook.png)
![Share on Twitter twitter](https://sumberpendidikan.com/wp-content/plugins/social-media-feather/synved-social/image/social/regular/64x64/twitter.png)
![Share on Google+ google_plus](https://sumberpendidikan.com/wp-content/plugins/social-media-feather/synved-social/image/social/regular/64x64/google_plus.png)
![Share on Reddit reddit](https://sumberpendidikan.com/wp-content/plugins/social-media-feather/synved-social/image/social/regular/64x64/reddit.png)
![Pin it with Pinterest pinterest](https://sumberpendidikan.com/wp-content/plugins/social-media-feather/synved-social/image/social/regular/64x64/pinterest.png)
![Share on Linkedin linkedin](https://sumberpendidikan.com/wp-content/plugins/social-media-feather/synved-social/image/social/regular/64x64/linkedin.png)
![Share by email mail](https://sumberpendidikan.com/wp-content/plugins/social-media-feather/synved-social/image/social/regular/64x64/mail.png)
The post Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 appeared first on Sumber Pendidikan.
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988
Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: