Top Ad unit 728 × 90

Dasar Pengangkutan Negara

Dasar Pengangkutan Negara medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Dasar Pengangkutan Negara

Salah satu dasar yang perlu diketahui oleh mereka yang akan melalui peperiksaan atau temuduga ke sektor kerajaan adalah Dasar Pengangkutan Negara. Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik PTD dan temuduga SPP untuk menjadi guru merupakan antara peluang kerjaya yang diminati ramai rakyat Malaysia.

Join channel telegram PTD di Telegram nota dan soalan PTD dihttps://t.me/persediaanPTD41

Join channel temuduga SPP di https://t.me/notatemudugaspp

Berikut merupakan huraian dasar Pengangkutan Negara ini

Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 telah digubal melalui kerjasama yang rapat di antara sektor kerajaan dan swasta. Semenjak September 2016, lebih 150 orang ahli dari sektor kerajaan, akademik dan wakil-wakil dari sektor swasta telah terlibat dalam beberapa siri bengkel, perbincangan kumpulan fokus dan mesyuarat bagi menggubal kandungan dasar ini.

Objektif DPN 2019-2030 adalah seperti berikut:

  1. Mencipta ekosistem yang kondusif bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing industri pengangkutan
  2. Membantu melancarkan pergerakan barangan untuk meningkatkan aktiviti komersial dan memudahkan pengendalian perniagaan
  3. Menyediakan mobiliti yang memenuhi permintaan rakyat dan bersifat inklusif
  4. Meningkatkan perkongsian mod pengangkutan awam
  5. Menyediakan sistem pengangkutan yang pintar dan selamat
  6. Memastikan bahawa sektor pengangkutan menggunakan sumber secara mampan dan mengurangkan impak terhadap alam sekitar

Sektor pengangkutan merupakan pemangkin utama bagi pembangunan sosioekonomi negara ini. Kecekapan sistem pengangkutan negara berkait secara langsung dengan pertumbuhan ekonomi dan aktiviti perdagangan. Pada tahun 2017, subsektor pengangkutan dan pergudangan menyumbang 3.6% kepada KDNK dengan nilai sebanyak RM48.8 bilion, dan 6.6% kepada nilai tambahan sektor perkhidmatan. Subsektor ini berkembang pada kadar purata 5.6% setahun di antara tahun 2005-2017 dan diunjurkan akan berkembang pada kadar 8.9% atau lebih di masa hadapan.

Malaysia telah membina dan menambah baik rangkaian pengangkutan secara berterusan dengan membina rangkaian jalan raya dan rel bagi menyokong mobiliti penumpang dan barangan. Pelabuhan dan lapangan terbang bertaraf antarabangsa seperti KLIA dan Pelabuhan Klang telah dibina untuk menyokong aktiviti perniagaan dan perdagangan. Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik di Selat Melaka, salah satu laluan perkapalan yang terpenting di dunia yang menghubungkan beberapa ekonomi utama di Asia seperti India, Indonesia, Malaysia, Singapura, China, Jepun, Taiwan dan Korea Selatan. Hampir 100,000 buah kapal melalui selat tersebut setiap tahun, menjadikannya salah satu laluan yang paling sibuk di dunia, yang mengendalikan kira-kira 25% barangan yang diperdagangkan di seluruh dunia.

Selain itu, kedudukan geografi dan kualiti infrastruktur yang baik menjadikan Malaysia pintu masuk semula jadi ke Asia Tenggara. Pada tahun 2016, Malaysia disenaraikan di kedudukan ke-18 daripada 140 buah negara di dalam Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia, iaitu kedudukan yang teratas berbanding ekonomi membangun yang lain di Asia. Pelabuhan Klang disenaraikan di kedudukan ke-11 di dunia dari segi pengendalian TEU pada tahun 2016, manakala PTP berada di kedudukan ke-19. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah mengendalikan 52.6 juta penumpang pada tahun 2016, dan ini meletakkannya di kedudukan ke-24 di dunia.

Untuk mendapatkan dokumen terperinci berkenaan dasar ini

Dokumen Dsr Pengangkutan Malaysia

Untuk pelbagai info boleh follow telegram di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

The post Dasar Pengangkutan Negara appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Dasar Pengangkutan Negara

Dasar Pengangkutan Negara merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Dasar Pengangkutan Negara atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Dasar Pengangkutan Negara Reviewed by Unknown on 4:16 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.