Contoh Jadual Waktu PDPR 2.0 Versi Mudah
Contoh Jadual Waktu PDPR 2.0 Versi Mudah
Perkongsian kali ini melibatkan Contoh Jadual Waktu PDPR 2.0 Versi mudah untuk sekolah kebangsaan bagi tahap 1 dan tahap 2.
KPM telah mengeluarkan manuap pdpr versi 2.0 dan contoh jadual waktu untuk kegunaan semasa pdpr ini. Antara perkara penting yang perlu diambil kira semasa menggubal jadual waktu PDPR adalah
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian Internet dan penggunaan peranti yang membolehkan murid belajar secara masa sebenar (real time). Guru boleh melaksanakan PdPR melalui:
8.1.1. pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa), Cikgootube, EduWebTV dan aplikasi media sosial; atau
8.1.2. aplikasi seperti Google Meet atau Microsoft Teams secara lintas langsung (live streaming); atau
8.1.3. E-Permainan (gamification), video, klip audio, e-Buku dan rakaman atau tugasan dalam talian.
Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara luar talian berlaku tanpa capaian Internet tetapi murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau telefon pintar. Pembelajaran juga boleh berlaku apabila murid belajar menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran lain. Pendekatan ini boleh dilaksanakan seperti yang berikut:
8.2.1. Bahan-bahan PdP dalam bentuk video, audio, slaid, nota dan latihan boleh dimuat turun daripada sumber seperti di para 8.1.1 dan 8.1.3.
8.2.2. Proses memuat turun bahan dilakukan semasa terdapat capaian Internet dan diberikan kepada murid melalui medium komunikasi yang bersesuaian.
Pelaksanaan PdPR dalam talian dan luar talian yang melibatkan penggunaan peranti perlu mengambil kira tempoh layar (screen time). Tempoh layar merujuk kepada masa yang diluangkan bagi penggunaan peranti seperti televisyen, komputer, komputer riba, tablet dan telefon pintar. Penggunaan peranti semasa PdPR secara berterusan tanpa melibatkan sebarang pergerakan fizikal yang aktif dalam satu tempoh yang lama boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan dan perkembangan murid.
Antara peranan guru adalah , Mengadakan perbincangan antara guru untuk mengelakkan murid menerima tugasan/kerja rumah yang banyak pada satu- satu masa, Menetapkan masa perbincangan dengan murid selain waktu PdPR., Menggunakan pelbagai kaedah pentaksiran seperti kuiz, tugasan/latihan dan projek untuk menentukan pencapaian murid, Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa/penjaga untuk menyokong pembelajaran murid di rumah dan Memaklumkan ibu bapa/penjaga jika kelas tidak dapat dijalankan seperti yang dijadualkan.
Ibubapa/penjagaberperananuntuk: Membantu anak/anak jagaan mendapat maklumat berkaitan dengan sesi PdPR bersama-sama guru ataupun arahan/tugasan/kerja rumah yang diberikan guru. Membantu anak/anak jagaan mengakses DELIMa, TV Pendidikan, EduwebTV (koleksi video) dan Cikgootube.
Berdasarkan manual dan panduan, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira. Kiranya ramai ibu bapa yang memaklumkan bahawa pembelajaran 4 atau 5 mata pelajaran adalah terlalu banyak kerana boleh memberikan bebanan tambahan kepada ibu bapa di rumah. Ramai berpendapat bahawa 2 atau 3 subjek sehari sudah memadai bagi membolehkan ibubapa membantu dan memantau pdpc anak-anak di rumah.
Oleh itu, berdasarkan manual dan panduan, dikongsikan contoh jadual waktu pdpr bagi sekolah kebangsaan untuk tahap 1 dan tahap 2 yang boleh dijadikan panduan kepada pihak sekolah untuk menggubal jadual waktu yang lebih mudah.
Berikut merupakan contoh jadual waktu bagi tahap 1 dan tahap 2 beserta dengan soft copy.
Contoh Jadual Waktu PDPR 2.0 SK Tahap 1 Versi Mudah
Contoh Jadual Waktu PDPR 2.0 SK Tahap 2 Versi Mudah
Semoga bermanfaat kepada guru dan pelajar/murid.
Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.
Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com / sumberpendidikanguru@gmail.com]
The post Contoh Jadual Waktu PDPR 2.0 Versi Mudah appeared first on Sumber Pendidikan.
Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.
Contoh Jadual Waktu PDPR 2.0 Versi Mudah
Contoh Jadual Waktu PDPR 2.0 Versi Mudah merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.Link Contoh Jadual Waktu PDPR 2.0 Versi Mudah atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
No comments: