Top Ad unit 728 × 90

Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaya 2018

Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaya 2018 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI Universiti Malaya 2018

Berita baik kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk menjadi seorang guru. Universiti Malaya akan menganjurkan satu kursus Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI pada tahun 2018 ini. Bagi mereka yang berminat, boleh memohon sekarang. Perlu diingatkan bahawa walaupun berjaya lulus dengan cemerlang kursus ini, tiada jaminan kepada peserta bahawa mereka dijanjikan posting atau penempatan.

Namun, memiliki diploma dalam pendidikan membolehkan anda dianggap lebih layak untuk menjadi guru jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai kelulusan diploma dan ijazah dalam pendidikan. Untuk menjadi guru, perlu lulus temuda SPP iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

Guru yang ditempatkan sebelum lulus temuduga SPP merupakan guru interim untuk mengisi kekosongan di sesebuah sekolah. Apabila dilantik ke jawatan interim, perlu peka dengan temuduga SPP untuk memudahkan dilantik menjadi guru tetap Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kursus DPLI ini melibatkan 3 semester bagi menggantikan KPLI (2 semester).  Program DPLI 2018 ini merupakan program anjuran Universiti Malaya.  Antara bidang program yang ditawarkan termasuklah:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Matematik
  • Pendidikan Islam
  • Sains
  • Pendidikan Pra Sekolah
  • Pendidikan Seni Visual
  • Kemahiran Hidup
  • Pendidikan Jasmani
  • Pengajian Sosial
  • Pendidikan Muzik

Berikut merupakan antara syarat kelayakan program DPLI 2018 bawah universiti malaya ini adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 35 tahun.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
  • Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).
  • Bagi memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.
  • Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
  • Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
  • Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.

Bagi memohon, pengguna perlu mendaftar dahulu username di laman universiti malaya seperti di bawah

Selepas itu, perlu memilih kursus DPLI 2018 ini. Kemasukan diploma ini merupakan kemasukan bagi sesi September 2018.

Berikut merupakan pautan kepada permohonan program diploma pendidikan lepasan ijazah DPLI UM Universiti Malaya ini. Kursus ini juga merupakan satu kursus di bawah post graduate iaitu lepasan ijazah. Perlu diingatkan bahawa terdapat kesukaran dalam membuat permohonan mungkin kerana server yang sesak. Boleh refresh selalu webpage.

Link Permohonan Program DPLI UM

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaya 2018 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaya 2018

Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaya 2018 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaya 2018 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Permohonan Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Malaya 2018 Reviewed by Unknown on 7:48 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.