Top Ad unit 728 × 90

Sharnaaz berhati-hati buat kenyataan elak kontroversi

Sharnaaz berhati-hati buat kenyataan elak kontroversi - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

Sharnaaz berhati-hati buat kenyataan elak kontroversi

farhana@bh.com.my

KUALA LUMPUR : Menyedari hakikat kebanyakan kenyataan yang dibuatnya menjadi kontroversi, pelakon Shaarnaz Ahmad membuat keputusan untuk lebih berhati-hati apabila menyatakan pandangannya pada masa depan.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Basir Ahmad, 30, mengakui sering terpalit dengan pelbagai kontroversi apabila beliau bersuara.

"Betul juga, boleh dikatakan kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh saya menjadi kontroversi. Mungkin saya perlu 'tone down' sedikit ketika bercakap.

"Saya tidak rasa kenyataan saya sering dimanipulasi oleh sesetengah pihak kerana memang saya sendiri yang mengeluarkan kenyataan itu.

"Bagi mengelakkan kekeliruan saya rasa lebih baik peminat terus ke Instagram milik saya kerana mereka boleh terus membaca kenyataan saya, sekali gus mengelakkan salah faham," kata Sharnaaz kepada BH Online.

Sharnaaz yang ditemui di majlis pelancaran filem Darah Panas turut meluahkan kegusarannya terhadap filem yang menjalani penggambaran tiga tahun lalu.

"Tidak dinafikan saya berdebar untuk menonton mutu lakonan saya tiga tahun lalu. Saya sering mengkritik lakonan orang lain, kini tiba giliran saya pula.

"Saya sendiri akan mengkritik lakonan saya bagi menghasilkan yang terbaik untuk peminat. Ia juga menjadi rujukan kepada saya bagi memperbaiki diri saya berbanding tiga tahun lalu," kata Sharnaaz.

Sharnaaz memegang watak sebagai Adi iaitu pengedar dadah dalam filem Darah Panas yang bakal berada di pawagam 4 Jun ini. Filem itu turut membariskan pelakon hebat seperti Fathia Latiff, Datuk Jalaluddin Hassan dan Aznah Hamid.

Dalam perkembangan lain, Sharnaaz turut teruja dengan sambutan hangat yang diberikan oleh peminat terhadap produk kecantikan kolagen yang menampilkan beliau sebagai duta.

"Alhamdulillah sambutan semakin menggalakkan dan peminat turut memberikan respons positif terhadap produk ini. Tahun ini saya sememangnya ingin memberikan sepenuh fokus kepada kerjaya dan bisnes," katanya.


Pautan berita penuh dan bergambar di di Sharnaaz berhati-hati buat kenyataan elak kontroversi. Wardah Berita dan Informasi Sharnaaz berhati-hati buat kenyataan elak kontroversi diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
Sharnaaz berhati-hati buat kenyataan elak kontroversi Reviewed by Bellicose on 12:51 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.