Top Ad unit 728 × 90

Modul Cemerlang Bahasa Melayu Pemahaman Penulisan UPSR Format Baharu

Modul Cemerlang Bahasa Melayu Pemahaman Penulisan UPSR Format Baharu medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Modul Cemerlang Bahasa Melayu Pemahaman Penulisan UPSR Format Baharu

Bermula 2016, format UPSR telah berubah di mana kertas Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan melalui perubahan dari segi struktur soalan dan pemberian markah. Bahasa Melayu Pemahaman yang dahulunya mengandungi soalan objektif sahaja kini telah dibahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A soalan objektif dan Bahagian B soalan subjek.

Berikut merupakan beberapa soalan yang dikongsikan pada modul cemerlang Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan bagi UPSR format baharu ini.

Kami berasa sungguh gembira kerana cikgu sudi mengajar di sekolah kami. Walaupun sekolah ini agak jauh terpencil, namun warga sekolah serta penduduk di sini sentiasa bermuafakat untuk memajukan sekolah. Kami berharap cikgu akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah dan persekitarannya. Kami akan sentiasa memberikan kerja sama agar cikgu akan berasa seronok di sini walaupun suasananya mung-kin jauh berbeza daripada tempat tinggal cikgu di kota.

Siapakah yang menyampaikan ucapan tersebut? Pada pendapat kamu, apakah sikap yang perlu ada dalam diri Cikgu Azlina? Terangkan maksud peribahasa kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan berdasarkan petikan di atas.

Gambar di bawah menunjukkan situasi di sebatang jalan raya. Tulis lima ayat yang lengkap tentang cara-cara menjaga keselamatan ketika berada di jalan raya berdasarkan gambar tersebut

Kamu dan kawan berjalan menuju ke kantin semasa waktu rehat. Semasa dalam perjalanan kamu lihat seorang murid Tahun Satu menangis. Ceritakan tindakan kamu pada ketika itu.

Tulis ulasan tentang ciri-ciri pelajar cemerlang dalam bentuk perenggan

Kecemerlangan dalam bidang akademik merupakan idaman dan impian setiap pelajar. Pelajar cemerlang merupakan aset negara. Golongan pelajar seperti inilah yang akan mencorakkan masa depan negara.

Antara ciri utama pelajar cemerlang ialah pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang akademik. Pelajar cemerlang sentiasa memberikan tumpuan terhadap pelajaran dan proses pembelajaran di sekolah. Pelajar seperti ini akan membuat persediaan awal bagi menghadapi peperiksaan. Justeru, pelajar cemerlang akan belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan seperti kata peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

Berikut merupakan modul cemerlang bahasa melayu pemahaman dan penulisan UPSR.

Modul Cemerlang UPSR Bahasa Melayu Pemahaman dan penulisan UPSR

Semoga bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

The post Modul Cemerlang Bahasa Melayu Pemahaman Penulisan UPSR Format Baharu appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Modul Cemerlang Bahasa Melayu Pemahaman Penulisan UPSR Format Baharu

Modul Cemerlang Bahasa Melayu Pemahaman Penulisan UPSR Format Baharu merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Modul Cemerlang Bahasa Melayu Pemahaman Penulisan UPSR Format Baharu atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Modul Cemerlang Bahasa Melayu Pemahaman Penulisan UPSR Format Baharu Reviewed by Unknown on 1:11 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.