Top Ad unit 728 × 90

AirAsia X, FLT meterai perjanjian pembekalan utama

AirAsia X, FLT meterai perjanjian pembekalan utama - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

AirAsia X, FLT meterai perjanjian pembekalan utama

KUALA LUMPUR: AirAsia X, syarikat penerangan kos rendah jarak jauh sekutu Kumpulan AirAsia, menandatangani perjanjian dengan The Flight Centre Travel Group (FLT) bagi mengukuhkan saluran pembekalan di Australia.

Menerusi perjanjian itu, FLT dan Kumpulan AirAsia akan bekerja bersama-sama secara proaktif bagi mempromosi tambang syarikat penerbangan, mewujudkan penawaran baharu dan unik untuk pelanggan serta meluaskan pasaran perjalanan keluar.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutifnya, Benyamin Ismail, berkata syarikat penerbangan itu mengenal pasti peluang pertumbuhan yang kukuh di Australia.

"Menerusi kerjasama rapat dengan FLT, kami dapat mengetengahkan penawaran kami kepada pangkalan asas pelanggan syarikat yang luas serta mempromosi secara proaktif kepada pengguna merentas saluran jenama dan jualan syarikat, terutama 1,000 kedai runcit perjalanan.

"Kepelbagaian jenama ini sangat penting berikutan model penerbangan kos tambang rendah tradisional semakin berkembang dan semakin popular dalam kalangan pelanggan secara lebih luas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perjanjian itu bakal menyaksikan FLT memperoleh akses barisan penuh produk AirAsia menerusi aplikasi program antara muka dalam sistem pengedaran global.

- BERNAMA


Pautan berita penuh dan bergambar di di AirAsia X, FLT meterai perjanjian pembekalan utama. Wardah Berita dan Informasi AirAsia X, FLT meterai perjanjian pembekalan utama diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
AirAsia X, FLT meterai perjanjian pembekalan utama Reviewed by Bellicose on 12:51 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.