Top Ad unit 728 × 90

AS, sekutu bincang di Paris selepas serangan IS

AS, sekutu bincang di Paris selepas serangan IS - Berita dan Peristiwa Penting. Informasi Semasa dan Maklumat Ilmu. Perkongsian Wardah Berita Terkini, SOKESTO Bestari.

AS, sekutu bincang di Paris selepas serangan IS

PARIS: Negara anggota pakatan diketuai Amerika Syarikat yang melancarkan serangan udara ke atas kumpulan IS akan bermesyuarat di Paris hari ini selepas serangan bom nekad ke atas kem polis Iraq semalamm mengorbankan sekurang-kurangnya 37 orang.

Serangan itu yang melambatkan lagi operasi menawan semula bandar Ramadi, dilancarkan sehari sebelum mesyuarat yang akan membincangkan siri kejayaan IS di medan perang di Iraq dan Syria.

Semalam, seorang pengebom nekad meletupkan kenderaan yang sarat dengan bahan letupan di kem polis di wilayah Salaheddin, menyebabkan sekurang-kurangnya 37 orang terkorban dan 30 yang lain cedera.

"Kebanyakan mangsa adalah anggota polis," kata seorang doktor di hospital utama di bandar Samarra yang terletak berhampiran lokasi serangan.

Kem itu digunakan untuk operasi tentera bagi memutuskan bekalan kumpulan IS di wilayah Anbar di barat Iraq.

Militan IS sebelum ini menawan pelbagai senjata dan kenderaan tempur daripada tentera Iraq yang melarikan diri.

Kejayaan terbaru IS ialah pada 17 Mei lalu apabila mereka menawan Ramadi, ibu negeri Anbar. - AFP


Pautan berita penuh dan bergambar di di AS, sekutu bincang di Paris selepas serangan IS. Wardah Berita dan Informasi AS, sekutu bincang di Paris selepas serangan IS diterbitkan oleh Media Prima Berhad dan diulangsiar dari Portal Berita Harian Online.
AS, sekutu bincang di Paris selepas serangan IS Reviewed by Bellicose on 12:51 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.