Top Ad unit 728 × 90

Kerja Kosong Perkhidmatan Awam Gred 11 dan 19

Kerja Kosong Perkhidmatan Awam Gred 11 dan 19 medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Kerja Kosong Perkhidmatan Awam Gred 11 dan 19

Peluang kepada mereka yang mahu bekerja di dalam sektor awam bagi yang mempunyai sijil SPM / SKM dan SRP / PMR / PT3. Terdapat 54 kekosongan sekarang bagi mereka yang berminat menjadi pekerja kerajaan untuk gred 11 dan 19.

2 jawatan tersebut merupakan Pembantu Penilaian Gred W19 bagi yang berkelulusan SPM / SKM dan Pembantu Awam Gred H11 bagi yang mempunyai sijil SRP, PMT dan PT3.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 8 Julai 2018 Ahad pada pukul 11.59 malam. Tiada resume diperlukan dan hanya perlu memohon secara online.

Antara ciri peribadi yang diperlukan adalah seperti berketrampilan baik, semangat tinggi dalam bekerja berkumpulan, mempunyai bakat kepimpinan, jati diri cemerlang dan berkelayakan profesional sesuai dengan jawatan.

Sedikit mengenai Pembantu Penilaian Gred W19 Gaji permulaan RM 1353 dengan maksimun RM 4005. Kenaikan tahunan adalah RM 100. Skop tugas adalah seperti Menerima arahan dan menjalankan penilaian harta tanah dan pentadbiran, menerima arahan tugas informasi harta tanah, menerima arahan dan menjalankan latihan dan penyelidikan, mendapatkan kelulusan terhadap nilaian yang melebihi kuasa untuk melaporkannya dan lain-lain kelulusan terhadap perkara dinyatakan di atas.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Sedikit mengenai Pembantu awam gred H11 Gaji Permulaan RM 1218 dengan gaji maksimun RM 2939. Kenaikan tahunan adalah RM 80. Skop tugas adalah seperti Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja. Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

Mohon segera di Laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

 

The post Kerja Kosong Perkhidmatan Awam Gred 11 dan 19 appeared first on Sumber Pendidikan.


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Kerja Kosong Perkhidmatan Awam Gred 11 dan 19

Kerja Kosong Perkhidmatan Awam Gred 11 dan 19 merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Kerja Kosong Perkhidmatan Awam Gred 11 dan 19 atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Kerja Kosong Perkhidmatan Awam Gred 11 dan 19 Reviewed by Unknown on 12:16 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.