Top Ad unit 728 × 90

Pengambilan Felo Kohort 2019 untuk Program Teach For Malaysia (TFM)

Pengambilan Felo Kohort 2019 untuk Program Teach For Malaysia (TFM) medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

 

Pengambilan Felo Kohort 2019 untuk Program Teach For Malaysia (TFM). Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin mengongsikan pemberitahuan daripada Pihak Yayasan TFM berkaitan pengambilan felo kohort 2019 iaitu untuk tahun hadapan.

Pihak  Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) bekerjasama dengan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam pengambilan dan pemilihan graduan terpilih dan menempatkan mereka di sekolah berkeperluan tinggi di seluruh negara.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 04 APRIL 2018.

Felo TFM akan mengajar di sekolah berkeperluan tinggi di Malaysia selama tempoh dua (2) tahun sepenuh masa bermula dari 1 Januari 2019 hingga Disember 2020, bagi meningkatkan pencapaian akademik dan aspirasi pelajar sekolah.

Selepas tamatnya tempoh perkhidmatan di bawah Program TFM selama dua (2) tahun, Felo TFM akan memacu impak sistemik dan membawa transformasi di dalam dan di luar bilik darjah menerusi gerakan Alumni TFM. Sebelum memulakan perkhidmatan, calon-calon yang telah berjaya menerima tawaran bagi Program TFM ini dikehendaki untuk melalui fasa-fasa seperti berikut:

  1. Lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG).
  2. Menjalani Rancangan Orientasi Sekolah selama tempoh satu (1) minggu di antara bulan Julai 2018 hingga bulan September 2018.
  3. Memenuhi Latihan Pra-Perkhidmatan Program TFM dari bulan Oktober 2018 hingga bulan Disember 2018.

SYARAT-SYARAT ASAS PERMOHONAN

Syarat-syarat asas bagi permohonan untuk Felo Program TFM adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemegang Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktorat dalam mana-mana bidang (KECUALI ijazah yang berkaitan dengan bidang pendidikan seperti Bachelor/Masters of Education, Bachelor of TESL dan lain-lain).
  3. Tidak memegang sebarang ikhtisas pendidikan.
  4. Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
  5. Berumur 32 tahun atau ke bawah sebelum 1 Januari 2019.
  6. Memperolehi minimum “Kredit” bagi subjek Bahasa Melayu untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  7. Memperolehi minimum CGPA 3.00/4.00 atau “Second Class Upper“.

KRITERIA PENTING YANG PERLU JUGA DIMILIKI OLEH CALON:

  1. Fasih dan yakin berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris serta Bahasa Malaysia.
  2. Pemahaman dan komitmen yang mendalam misi dan visi Teach For Malaysia.
  3. Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi.
  4. Kemahiran berfikir secara kritis.
  5. Kecekalan dalam mengatasi dugaan dan cabaran.
  6. Kebolehan berinteraksi dan membina hubungan yang baik.

CARA PERMOHONAN

Calon yang berminat dinasihatkan untuk melayari laman web http://www.teachformalaysia.org untuk maklumat lanjut. Semua permohonan perlu dibuat di atas talian menerusi laman web Yayasan Teach For Malaysia (YTFM) di pautan laman web berikut: https://www.tfaforms.com/4661550

Semoga informasi ini Pengambilan Felo Kohort 2019 untuk Program Teach For Malaysia (TFM) iaitu bermanfaat kepada anda semua khususnya kepada sesiapa yang berkelayakan dan berminat untuk mengikuti program ini. Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online, Komuniti Pendidikan Malaysia.

SUMBER : Institut Pendidikan Guru Malaysia

Pengambilan Felo Kohort 2019 untuk Program Teach For Malaysia (TFM)
Mohd Suhaimin Isnen


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

Pengambilan Felo Kohort 2019 untuk Program Teach For Malaysia (TFM)

Pengambilan Felo Kohort 2019 untuk Program Teach For Malaysia (TFM) merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link Pengambilan Felo Kohort 2019 untuk Program Teach For Malaysia (TFM) atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
Pengambilan Felo Kohort 2019 untuk Program Teach For Malaysia (TFM) Reviewed by Unknown on 7:51 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.