Top Ad unit 728 × 90

8 Perkara Terkini yang Perlu Anda Ketahui Berkaitan Prasekolah

8 Perkara Terkini yang Perlu Anda Ketahui Berkaitan Prasekolah medium Perkongsian Bestari Warga Pendidikan Malaysia. Perkongsian bahan-bahan pendidikan, hebahan berita semasa dan pemberitahuan informasi.

Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - Komuniti Pendidikan Malaysia

8 Perkara Terkini yang Perlu Anda Ketahui Berkaitan Prasekolah. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada kali ini, admin mengongsikan 8 informasi terkini yang perlu kita ketahui berkaitan prasekolah bersumberkan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK).

Berikut merupakan 8 perkara tersebut:

  1. Adakah semua prasekolah/tadika perlu mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)(Semakan 2017)?
    Ya.
  2. Mengapa semua prasekolah/tadika perlu mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)(Semakan 2017)?
    Ia berdasarkan Akta Pendidikan 1996, Bab 2 – Pendidikan Prasekolah, Seksyen 22 Kurikulum Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika.
  3. Adakah prasekolah/tadika boleh melaksanakan program tambahan?
    Ya boleh,selepas mendapat kelulusan bertulis daripada Ketua Pendaftar berdasarkan peruntukan dalam Akta Pendidikan 1996, Bab 2 – Pendidikan Prasekolah, Subseksyen 22 (3)
  4. Berapakah peruntukan masa minimum di tadika/kelas prasekolah?
    Sekurang-kurangnya 240 minit sehari (termasuk waktu rehat), untuk kanak-kanak yang berumur 5+ tahun.
    Sekurang-kurangnya 210 minit sehari (termasuk waktu rehat), untuk kanak-kanak yang berumur 4+ tahun.
  5. Bolehkan Aktiviti Fizikal dan Main Bebas dilaksanakan pada hari yang sama?
    Tidak boleh
  6. Siapakah yang mengajar Pendidikan Islam di tadika/kelas prasekolah?
    Guru Pendidikan Islam yang bertauliah (sekurang-kurangnya 120 minit seminggu).
  7. Apakah yang dimaksudkan dengan Main Bebas?
    Aktiviti yang memberi kebebasan kepada murid untuk memilih apa, bila, bagaimana untuk bermain. Mereka juga bebas untuk menentukan peraturan dan peranan semasa bermain.
  8. Apakah peranan guru semasa Main Bebas?
    Sebagai perancang, fasilitator, play partner dan pemerhati.

Semoga perkongsian 8 Perkara Terkini yang Perlu Anda Ketahui Berkaitan Prasekolah ini memberikan informasi yang berguna untuk anda semua. Teruskan menyokong kami di Sistem Guru Online.

SUMBER : BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

8 Perkara Terkini yang Perlu Anda Ketahui Berkaitan Prasekolah
Mohd Suhaimin Isnen


Koleksi bahan-bahan pendidikan untuk warga guru, ibu-bapa dan murid pautan download percuma dan bestari.

8 Perkara Terkini yang Perlu Anda Ketahui Berkaitan Prasekolah

8 Perkara Terkini yang Perlu Anda Ketahui Berkaitan Prasekolah merupakan artikel ulangsiar. Untuk maklumat lanjut atau informasi sepenuhnya sila klik pautan sumber.
Link 8 Perkara Terkini yang Perlu Anda Ketahui Berkaitan Prasekolah atau pautan download media atau bahan bantu mengajar yang berbentuk softcopy seperti gambar, video, soalan, pekeliling, bahan bantu mengajar dan media lainnya di blog sksungaitong ini adalah ulangsiar dari beberapa laman blog dan website pendidikan di Malaysia. Halaman tersebut berkongsi bahan percuma dan tidak berasaskan keuntungan.
8 Perkara Terkini yang Perlu Anda Ketahui Berkaitan Prasekolah Reviewed by Unknown on 7:51 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sokesto Bestari © 2014 - 2015
Powered By Blogger, Designed by Sweetheme

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.